
Walaupun aku kenal mereka tak lama berbanding kawan-kawan aku di sekolah menengah dulu,tapi aku rasakan talian persaudaraan aku dengan mereka terlalu rapat.Mungkin ni la dikatakan ikatan ukhuwwah yang terjalin antara kami semua. Ikatan yang dikatakan susah untuk diputuskan dan aku harap agar ikatan ini akan terus berkekalan selama-lamanya.
Teringat ketika aku melawat sahabat-sahabat Rong Chenak pada Hari Raya lepas, aku tersentuh melihat gelagat mereka, malah gelagat mereka membuatkan hati aku bertambah malu, malu dengan tahap mereka berbanding diri aku. Terkadang aku malu untuk bersama mereka dan aku juga sering terfikir sendirian, kalaulah aku tidak mengikut kata hatiku dulu, sudah tentu aku akan jadi seperti mereka. Namun apakan daya, aku hanyalah insan yang lemah, tidak mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diriku lantaran pada masa itu,aku terikut dengan emosi dan terlalu materialistik.Aku berasa malu berhadapan dengan mereka akibat daripada keadaan diriku sekarang, yang serba jahil dengan agama, yang terlalu banyak melakukan maksiat dan bergelumang dengan dosa berbanding mereka yang selalu menghabiskan masa dengan Al-Quran,Kitab-kitab dan segala macam demi untuk menegakkan syiar agama Islam.
Teringat waktu dulu, time aku menyatakan hasrat untuk memilih jalan ke arah keagamaan ketika itu, pelbagai pendapat yang aku dengar. Namun sekarang aku baru melihat kenyataan yang sebenar apabila melihat bekas-bekas pelajar di Institut tersebut ada yang telah berjaya melanjutkan pengajian di Mesir,Yaman dan lain-lain institusi pengajian tinggi dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam agama Islam yang memungkinkan mereka untuk memperoleh satu pekerjaan yang mulia kelak. Dan yang paling membanggakan aku apabila melihat seorang sahabatku yang berjaya berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Satu cita-cita yang aku dan dia serta pelajar lain impikan ketika dulu. namun aku masih lagi menyimpan hasrat tersebut walaupun susah bagiku untuk mencapainya.
Namun,aku bersyukur kepada ALLAH kerana telah meletakkan aku di suatu tempat pilihanNYA sekarang di mana aku ditarbiah dengan alam sekeliling mengenai kehidupan. Dan aku memohon kekuatan daripada ALLAH SWT supaya ditabahkan hati dan di'Istiqamah'kan setiap amalan supaya aku akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti walaupun suasana aku dan mereka berbeza. Dan pesanan salah seorang ustaz di sana kepada ku dulu akan sentiasa aku ingati dan dijadikan sebagai motivasi bagi diriku untuk menjadi 'khayra ummah' walaupun bidang yang aku ceburi terlalu berbeza dengan mereka.aku harap agar dapat mengawal tingkah lakuku dan segala perbuatan supaya tidak bersimpang dengan ajaran islam.InsyaALLAH.

"Salam Ukhwah buat hilmi..kekalkan semangat dan keinginan untuk melihat Islam kembali gemilang melalui ilmu yang dipelajari" ->mesej yang masih tersimpan di dalam hansetku sejak sekian lama yang aku terima dari ustaz yang paling dihormati di Rong Chenak.
p/s:ada satu ayat yang aku x masukkan dalam mesej ni,maklumlah prangai aku dekat rong chenak dulu berbeza dgn perangai aku sekarang, takut riak lak.hehehee.. totally different..ok kt rong chenak lagi..hehee, mesti korang yang kenal aku tak percaya fasa2 perubahan sikap aku ni, bak dalam bahasa sastera, watak dinamik..ngeh7x..
No comments:
Post a Comment