Text


Tuesday, November 27, 2012

.:Limitation:.

L.I.M.I.T.A.T.I.O.N...setiap makhluk d dunia secara lumrahnya mempunyai satu tahap tersendiri... ada kalanya agak susah untuk menjaga diri,mengekalkan prestasi & menambah kapasiti kebaikan & nilaian iman yang semakin hari semakin pudar dan luntur akibat permainan dunia. adakalanya,kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik, & terkadang kita terjerlus & terjerumus juga. kenapa ini berlaku?

Seringkali kita memberi jawapan dengan mudah melatah & memarahi suasana & persekitaran yang ditakdirkan menjadi teman untuk kita.Agak malang bagi kita juga sebenarnya jika kita terus menunding jari pada makhluk ciptaan Allah yang lain,sedangkan mereka hanya berjalan tidak lari dari lingkungan atau takluk Suluhi Qadim Ilmu Allah yang telah ada sejak azali lagi, malah kita sendiri turut mengakui & menyerah diri sepenuh hati dengan apa yang telah dirancangkan ketika Azali dahulu. Lahirnya kita di dunia, secara automatik takluk Tanjizi Hadis terhadap Kudrat Allah berlagsung, sebagai petanda untuk mengukur kesetiaan kita terhadap perancangan Allah SWT...namun amat menyedihkan sekali apabila kita mula gundah & gulana & terkadang sampai kepada tahap berputus asa dari Rahmat Allah SWT...Tidakkah malu kita dengan Pencipta? yang dahulu kita membangga bangga, & pernah berjanji untuk setia? Namun bila sampai masanya Iradat Allah dizahirkan,KudratNya mengambil tempat melalui takluknya yang perlu kita fahami,kita sudah lupa,lupa terus pada perjanjian keramat kita dahulu... adakah kita lupa,hikayat hidup yang perlu kita utamakan adalah kembali mengenal DIA, sepertimana rapatnya & kenalnya kita dengan DIA ketika di alam Ruh dahulu? Dan adakah kita sedar,segala takdirNya yang berlaku ke atas kita tidak lain & tidak bukan antara lainnya untuk kita kenal & kembali balik kepadaNya? Kembali balik untuk membuktikan kesetian kita kepadaNya...

*Hidup itu Indah jika kita tahu erti 'KEINDAHANNYA'

Sunday, May 27, 2012

.:Terkadang:.


Terkadang...
kita merasa agak selesa dengan apa yang sedang kita miliki

Terkadang...
kita merasa agak menderita dengan apa yang telah terjadi

Namun...
Kita terlupa,disebalik keselesaan,
disebalik penderitaan
ada bermacam cabaran yang semakin dekat mendatang...

"usah dipuja langit yang tinggi walau indah dihiasi pelangi...
pandanglah rumput dikaki, walaupun dipijak, tetap melitupi bumi..."

Saturday, April 14, 2012

Belajar...

Tersenyum sendiri bila mengimbau kenangan dulu. Begitulah manusia diajar & ditarbiah oleh Sang Pencipta,walaupun pedih jalannya,walaupun kritikal parah 'luka'nya,walaupun segala macam yang singgah melanda,kita selalunya mudah melatah sehingga terlupa memandang natijah tarbiah yang datang dariNya.

(Dari mata yang terpejam,dalam beberapa seketika boleh terbuka melihat dunia... siapa yang mengajarnya? Dan kenapa?)

Dalam ketika melayani emosi diri mendepani jalan hidup yang bakal mendatang,terkenang kembali perjalanan hidup sewaktu di alam dunia di peringkat permulaan. Dimana manusia diperkenalkan tentang kehidupan melalui tarbiah yang langsung dari Pencipta. Mana tidaknya,dari seorang bayi yang tidak tahu membuka mata diajar secara direct oleh Allah SWT untuk melihat dunia,maka selang beberapa ketika terbukalah si kelopak mata,ajaib bukan? Tidak pula kita tertanya-tanya siapa yang mengajarkannya.ermmm.

Sesudah itu,tarbiah demi tarbiah berlaku melalui kelangsungan kehidupan manusia. Tanpa kita sedari disitulah letaknya fungsi sebenar sang aqal untuk 'mengembara' mencari erti disebalik tarbiah. Untuk apa aku diajar? Untuk apa aku dihidupkan? Untuk apa aku diuji? Mesti ada sesuatu hikmah yang perlu kita ketahui... Dan jawapannya? Ada pada dirimu sendiri...selamat mengembara wahai pencari erti...('',)

(Berkata salah seorang guru den{ust zulkifli ismail}: Antara hikayat kehidupan manusia adalah untuk mengenal hakikat siapakah Pencipta kita sedalam-dalam pengenalan)

*Jalan menuju Allah bukan mudah & ingatlah sntiasa,tiada kebetulan dalam kehidupan kerana Yang mencipta kebetulan & Yang mencipta kehidupan adalah Zat Yang Sama yakni Allah SWT.Kenang kmbali kata2 Arif Billah:"Sesuatu yang Indah dalam kehidupan adalah takdir yang ditetapkn oleh Yang Maha Pencipta,kerana sifatNya Yang Maha Penyayang,Dia takdirkn sesuatu yangg terbaik untuk semua walaupun nampak sukar di pandangan mata.disitu terselit sayangNya pada hamba2Nya."La Tahzan,Allah sentiasa bersama.(^_^)

**Tiba-tiba ilham muncul kembali,katanya untuk dikongsi,kalau bukan untuk yang mencari,mungkin untuk diri sendiri...InsyaAllah,mungkin berguna satu hari nanti.(^_^)

Thursday, February 16, 2012

Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, January 5, 2012

Unknown Post???

Huhuuu, lama x menjenguh blog,bila menjenguh terkezut ceq bila tengok ada post2 kosong dipost kat blog ni... kenapa ya? actually,dulu ceq pernah install apps kat samsung galaxy tab ceq, apps tu mmg agak ok la jugak utk bloggers yg nk update blog tanpa buka internet expolrer mahupun mozila mahupun apa2 lagi lah... ok cukup di situ penjelasannya...jangan sampai lari niat asal ceq nk bagitau yg sebenarnya ceq dah pun jual dah galaxy tab tu, & yang malangnya,ceq terlupa nk uninstall balik apps tu & yg paling cuainya ceq terlupa nk padamkan password & username kt apps blog tu(yg ni ceq terlupa plak sbb time jual aritu ceq ada kelas,kalot punya pasal la tuh...ohhh)...so sbg kesannya,maka banyakla post2 yg x tahu sapa yg post muncul kt blog ceq ni... tapi sbenarnya takdak masalah pun sbb bukannya ramai yg menjenguk blog ceq ni...('',)

*apapun kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...renung2kan dan selamat beramal(ada ke renungnan yg boleh direnung utk post kali ni utk diamalkan? hrmmm...