Text


Monday, February 16, 2009

Masih byk lagi design yg menarik!!!

Masih byk lagi design baju yg menarik... sesiapa mahukan katalog design baju, bleh emailkan email anda ke awe_kmehe@yahoo.com @ hilmi.zolkifli@gmail.com

Thursday, February 12, 2009

Baju Tarbiah(new Update)

Versi Muslimin (RM26 x termasuk penghantaran)


Versi Muslimat (RM36 x termasuk penghantaran)

Baju Tarbiah

Menjuall sambil berdakwah
Membeli sambil beramal
Memakai sambil mentarbiah


Dengan inspirasi dari iluvislam.com,melaui perbincangan dengan ahli2 usrah ditempat pengajian kami dan juga melalui forum2 iluvislam.com. Maka,kami dengan sukacitanya, ingin memperkenalkan satu produk yang diberi nama sbg baju tarbiah dalam mevariasikan kaedah2@uslub2 dakwah demi mencapai satu matlamat yang satu.

Amat mudah caranya, dengan hanya sehelai baju, kita sudah dapat beramal & berdakwah di jalan ALLAH SWT... Bagaimana??? mungkin ada segelintir pembaca tertanya-tanya... baiklah, begini caranya ia amat mudah sekali, dengan membeli sehelai baju ini, para pembeli sekalian secara tidak langsung telah melakukan amal jariah kerana ALLAH SWT di mana keuntungan daripada hasil jualan ini akan disumbangkan ke dana kelab usrah kami dan ia akan digunakan untuk menganjurkan pelbagai program2 tarbiah dan kem pembinaan rohani bagi peserta-peserta yang akan mengikuti program yang bakal diadakan antaranya:

-Program tafaquh fideen
-Program Intensif pengajian pondok sempena musim cuti di Baitul Qurra
-Mukhayyam,Tamrin,Daurah,Kem2 motivasi dan pelbagai lagi aktiviti tarbiah yang lain

"bersama mengislamkan kehidupan" Besarlah harapan kami melalui baju ini supaya si pemakai akan menyedari akan tugas yang perlu dipikul oleh dirinya sendiri di samping menyedarkan masyarakat sekeliling berkenaan tugas yang telah diamanahkan oleh mereka selaku hamba ALLAH SWT di samping dapat membantu menyebarkan dakwah melalui baju tarbiah ini.

Anda juga boleh turut sama membantu samaada dalam mempromosi,menempah, menjual,membeli serta memakai baju ini...Dan ingat setiap yang anda lakukan akan dihitung di akhirat kelak sebagai bukti usaha anda untuk membantu perjuangan menegakkan ISLAM. Untuk tempahan sila email (hilmi.zolkifli@gmail.com / awe_kmehe@yahoo.com ) @ hubungi 019-9445752. (maklumat akaun akan diberitahu kemudian)....

p/s:Oleh kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan(antaranya masalah printing), baju pertama kami(yg berharga RM25) yg di design oleh kami sendiri tidak dapat dikeluarkan lagi.oleh hal yang sedemikian, kami terpaksa mengambil baju daripada pembekal lain dan harga baju tersebut(RM26) adalah mengikut harga pasaran... kesulitan amat dikesali... InsyaALLAH, design kami sendiri akan dikeluarkan x lama lagi sekiranya masalah printing dapat diselesaikan..

Tuesday, February 3, 2009

Muhammad al-Fatih

(Muhammad al-Fatih)


Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau "si Penakluk" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”


Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah


Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."


Jasa dan sumbangan


Rencana utama: Kejatuhan Constantinople


Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.