Text


Tuesday, October 21, 2008

.:Akhirnya, Motorku dirawat di 'ICU' terdekat:.



(Ni la moto ana yang sedang dibedah,JGH2745..Tengok skali, lawa jugak moto ni..hehehee)

Alhamdulillah.. Setelah ana berusaha men'survey' tempat baiki motor, tetiba plak, ditakdirkan ALLAH SWT, ana berjumpa dengan senior kt sini yang pandai and terrer jugaklah repair moto ni. Nasib baiklah ada dia. Dapat jugak ana tahu serba serbi pasal moto ni. Cara maintain moto, proses-proses yang berlaku dalam enjin, benda tu, benda ni dan banyak lagi lah yang dia bagitu. Betullah firman Allah SWT,:

وَعَسَىٰٓ تَعۡلَمُونَ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[surah Al-Baqarah : 216]

Mungkin ni la kebaikan yang ana dapat lepas 'incident' x tukar minyak itam haritu. Kalau tak jadi macam tu, sampai sekarang ana tak tau masalah dalaman enjin yang bakal terjadi kalau x salin minyak hitam and how it will affect the whole engine. Sebelum ni ana hanya tahu, kalau tak tukar minyak hitam, enjin just rosak je. Then, the good solution is, just go to the workshop. Erm, mungkin ALLAH nk suruh ana beware lain kali takut-takut time nk bincang pasal usrah @ jumpa naqib, time tu pulak moto buat hal. Takke naya??hehehe..

(RM85 kos untuk semua barang di atas>potong blog,piston original+gasket top set, dah macam mat rempit pulak minggu nih,hehehe)

Then, the other advantage is, ana sekarang boleh tahu sikit sebanyak pasal enjin aircraft & proses-proses yang berlaku kat enjin aircraft samaada sama dan x sama dengan proses yang berlaku dalam enjin motor sebab senior tu dah terangkan skali ngan enjin aircraft time dia explain pasal enjin moto(Pasal Filter la, hydraulic la dan macam2 lagi).

Terkadang, bila fikir balik, rasa hina pun ada ana ni. ye la, bila ada apa-apa terjadi, selalu je menyalahkan itu dan ini. Rupa-rupanya ana x sedar yang ALLAH punyai perancangan yang lebih baik untuk setiap hamba-hambaNya.

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ

"Kita selalu merancang,Allah juga Maha Merancang dan sebaik-baik perancang adalah dari ALLAH SWT"


قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad):Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan ALLAH bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (denagn kepercayaan itu) maka kepada ALLAH jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.(Ay-Taubah ayat 51)"

Kita selalu mahukan hari yang cerah, Tapi ALLAH SWT lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesulitan mahupun kesusahan, tapi ALLAH SWT lebih mengetahui, kesusahan itulah yang mengajar kehidupan.

Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan, tetapi sememangnya manusia tidak dapat lari dari dosa dan kesilapan. Semua itu bukanlah satu hukuman, tetapi sebagai tanda kasih sayang ALLAH SWT agar kita lebih beriman.mudah-mudahan kita sentiasa dala rahmat dan redha ALLAH SWT.

p/s:Anggaran kos untuk semua proses 'rawatan' ke atas motor ni:
1)Macam dalam gambar->RM85
2)Tambahan beli gam dan perkakas lain->RM20
3)Upah senior->Acctually tak tahu lagi sbb bila tanya macam segan-segan je, tapi ana cadang RM30(upah buka enjin & bedah mot0 tu>x kedekut ke ni?dah ok ke byk ni?<)
so: jumlah dianggarkan RMRM135..

mintak-mintak x jejas head moto.. kalau jejas, lagi byk kena repair..huhuhuuu

1 comment:

PUTERA VERSATILE said...

eh, meme lah lawa muto tu, brapo ribu tu aku habis nok jadi gitu dari mulo2 ambik nga smeay dulu... mulo2 mari dlu karak barak, soyok rabok n supo tubik lade getoh...

jago molek laaa... ni keto ni plok kalu sarah x ambik paka, buleh ko ayoh plok...