Bukan untuk mengaibkan diri,tapi sekadar untuk peringatan dan keyakinan kepada diri sendiri bahawa hidayah ALLAH adalah untuk mereka yang terpilih dan supaya saya dapat menambahkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.Mudah-mudahan, diri ini tidak terus terlena dan hanyut..Ya ALLAH, Syukur padaMu Ya ALLAH kerana telah mengalihkan hijab di hatiku ini.
DULU
Saya hanya seorang lelaki dan remaja yang tidak mengenal apa-apa erti kehidupan.. Yang saya tahu adalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang akademik dan duniawi.Hal-hal yang berkaitan dengan agama langsung tidak diambil peduli. Walhal sebagai seorang muslim, saya seharusnya sedar akan tanggujawab yang dikurniakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini..
Walaupun begitu besar impian tersebut, namun saya tidak pernah berusaha untuk berjaya. Apa yang menjadi rutin harian saya ketika itu adalah menonton TV, Game, Komputer, Mengebas duit mak ayah untuk ke Cyber Café dan meronda-ronda di sekitar kawasan kampung sendiri. Solat 5 waktu yang saya tunaikan sekadar memenuhi tuntutan dan rutin harian,itupun dilakukan hampir-hampir masuk waktu solat yang seterusnya(untuk menjimatkan Wudhuk). Al-Quran? Tidak pernah tededik di hati ketika itu untuk menyentuh Kitab Suci tersebut. Entah mengapa, seolah-olah begitu keras hati di ketika itu untuk ditembusi oleh segala input-input keagamaan. Melihat orang-orang agamapun tidak memberi apa-apa makna.. ketika itu, pantang sesiapa yang
Teringat juga ketika kejahilan dulu, malah kedua ibupaba sendiripun hampir setiap hari saya derhakai. Selalu memberontak dan melawan jika dipaksa melaukan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Solat di awal waktu misalnya.Terkadang saya tidak tahu mengapa, betapa kuatnya penguasaan syaitan dalam diri ini tika itu.
TAPI..
ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dikala perangai saya ketika itu yang sememangnya teramat-amat jahil dalam agama, namun sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim ALLAH mengatasai segala-galanya. Saya sendiri tidak tahu apa yang ada pada saya dan apa lebihnya saya pada pandangan ALLAH hinggakan Dia sudi untuk mengalihkan hijab yang teramat tebal di dalam diri saya terhadap Islam.. Hijab yang berinci-inci tebal antara saya dan Kalam ALLAH(Al-Quran). Terasa amat bertuah dan bersyukur kepada ALLAH SWT.
Teringat pada permulaan di mana saya disindir oleh abang kandung saya yang bercuti ketika itu. Sindiran yang memberi sejuta makna bagi diri saya, ia cukup untuk mengetuk hati yang terlampau keras ketika itu. Di tambah pula pada waktu itu seluruh dunia gempar dengan bencana Alam yang paling teruk di ketika itu. Teringat akan kata-katanya yang menyebabkan saya terdiam diri dan lantas mengalirkan air mata keinsafan. Ketika itu, betapa terkejutnya kedua ibubapa saya melihat anaknya yang selama ini susah mengeluarkan air mata dan selalu memberontak serta melawan tiba-tiba berkelakuan seperti seorang kanak-kanak yang menangis umpama mencari sesuatu yang hilang. Mungkin ketika itu saya tersedar apabila melihat mayat-mayat yang mengaibkan di kaca televisyen akibat daripada bencana tersebut,melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT.
Hari keseterusnya,hati saya terus diketuk dengan sesuatu yang menyebabkan saya semakin cintakan Islam, semakin cuba untuk mendekati kitab suci Al-Quran walaupun ketika itu saya langsung tidak tahu membaca Al-Quran, apa yang saya tahu hanyalah Al-Fatihah dan surah-surah tertentu dalam juzuk Amma. Saya rasakan seolah-olah keadaan sekeliling telah menyuntik semangat dalam diri saya untuk terus berubah. Televisyen terus menunjukkan kesan bencana dan diselang selikan dengan kuliah agama. Entah kenapa, hati saya yang dulu yang teramat benci apabila kedua orang tua saya membuka siaran agama di televisyen tiba-tiba tergerak untuk mendengar siaran Al-Kuliah yang disiarkan di sekitar tempat bencana. Hati saya terus tersentuh apabila melihat air muka ustaz-ustaz yang di undang untuk berforum dalam rancangan tersebut. Pada waktu itu, mata saya tidak pernah kering daripada mengalirkan air mata. Begitu hebat sekali sentuhan ALLAH SWT terhdap diri saya ketika itu.
NAMUN..
Oleh kerana saya hanyalah insan yang lemah, perubahan tersebut tidak lama. Mungkin kerana faktor sekeliling dan kurangnya ilmu agama untuk menempuh cabaran dan ujian dan tiada bimbingan.Akhirnya,perangai lama saya mula menjenguk balik ditambah dengan hasutan-hasutan yang meruntuhkan semangat saya yang diterima daripada ‘kawan-kawan’ lama. Kesan daripada itu, saya memutuskan untuk menjaga Hidayah ALLAH SWT dengan berpindah sekolah untuk melarikan diri daripada hasutan tersebut, sekolah yang lebih jauh dengan harapan dapat melarikan diri dengan hasutan tersebut. Namun, begitu hebat ujian ALLAH SWT untuk menguji saya ketika itu menyebabkan saya semakin teruk dari keadaan asalnya dimana di sekolah baru tersebut, saya telah mula berjinak-jinak dengan pelbagai masalah salah laku yang membabitkan senior di tingkatan 6 atas.. Dipendekkan cerita, Abang saya dapat menghidu masalah tersebut dan tidak putus-putus memberi tekanan kepada saya dan akhirnya saya terpaksa kembali ke sekolah lama.
AKHIRNYA..
Setelah tamat Sijil Pelajaran
KINI..
Walaupun begitu, kini saya semakin berjauhan dengan tempat dan insan-insan tersebut.. Semakin hari, semakin banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi seorang diri.. Kini saya dapat merasakan erti kehidupan sebenar dan memahami dengan lebih mendalam makna ujian dalam kehidupan. Bila di imbas balik, saya rasa teramat-amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya kepada saya kerana terus memberi peluang kepada saya walaupun pelbagai dosa yang telah saya lakukan.Syukur kepada ALLAH SWT kerana sudi memandang dan mengutip saya yang berada di lembah kelalaian dan yang pernah tersungkur di lembah kelalaian tersebut. InsyaALLAH, akan saya jadikan pengalaman-pengalaman lepas sebagai pengajaran bagi diri saya kini mudah-mudahan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama..Mudah-mudahan, Rahmat ALLAH selalu bersama saya..AMIINN..
“Hidayah ALLAH itu umpama hujan..Kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. ALLAHlah yang mencampakkan hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah-hidayah itu adalah hati-hati manusia.. Terpulanglah pada kita untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya.. Dan bilamana kita bertanya tentang hidayah ALLAH, itulah permulaan HidayahNya.”
2 comments:
tempat yang dimaksudkan adalah.. INPAL.. Rong Chenak,Pasir Mas, Kelantan... teringat ustaz2 dan sahabat2 disana..
salam... tak nak join gath ke...
Post a Comment