Text


Wednesday, August 6, 2008

Hinanya Orang yang tidak solat

Subhanallah, terkejut saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang mengajar di surau berdekatan kota damansara tadi.. Mungkin ada sesetengah daripada pembaca sudah mendengar kisah ini,namun bagi yang belum pernah mendengar, saya akan cuba untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut, mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar bersama. Ustaz yang memberi ceramah tersebut menceritakan kisah di zaman Rasulullah SAW di mana ada sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin, namun disebabkan oleh takdir ALLAH SWT, pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah lama mencuba, akhirnya si suami bernazar dengan ALLAH SWT untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan dirinya. Dan nazar tersebut adalah,si suami sanggup untuk meminum kencing anjing sekiranya dikurniakan cahaya mata.


Setelah beberapa tahun menunggu, dengan takdir dan izin daripada ALLAH SWT, pasangan tersebut akhirnya dikurniakan cahaya mata lelaki. Namun si suami yang pada awalnya yang telah bernazar telah terlupa akan janjinya dengan ALLAH SWT sehingga anaknya mececah usia belasan tahun. Takdir ALLAH yang maha Esa, akhirnya lelaki tersebut tersedar akan nazarnya apabila anak lelakinya sedang asyik bermain di tengah padang dan lelaki tersebut secara tidak sengaja telah terpandang seekor anjing yang sedang mengangkat kakinya untuk membuang air.Ekoran daripada itu, lelaki tersebut dengan segera bertemu dengan Rasulullah SAW dan memberitahu tentang nazarnya yang telah dilakukan belasan tahun dahulu. Dipendekkan cerita, Rasulullah SAW menghalang lelaki tersebut daripada meminum air kencing anjing dan sebagai ganti untuk memenuhi nazarnya, Rasulullah SAW mengarahkan lelaki tersebut untuk menggantikan air kencing anjing dengan meminum air hujan yang turun dari atap rumah kecil yang berada di kampung berdekatan. Maka lelaki tersebut kehairanan dan mempersoalkan tentang air hujan yang turun dari atap rumah berkenaan. Alangkah terkejutnya apabila mendengar alasan daripada Rasulullah SAW yang mengatakan,air hujan yang turun dari atap rumah berkenaan sama tarafnya dengan air kencing anjing iaitu binatang yang diklasifikasikan sebagai najis berat dalam Islam.


Setelah mendapat penjelasan yang lanjut, rupa-rupanya rumah yang terletak di sebelah kampung yang berdekatan itu sedang dihuni oleh isi rumah yang tidak menunaikan solat 5 waktu seperti yang diperintahnya. Begitu sekali taraf yang deberikan kepada sesiapa yang meninggkalkan dan mengabaikan solat.Begitulah ringkasan kisah yang diceritakan oleh ustaz tadi. Semoga kisah tersebut dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua, dan kepada sesiapa yang selalu meninggalkan solat, fikir-fikirkanlah..

2 comments: