Text


Saturday, August 9, 2008

Apabila Islam Bersatu

Bersama Ustaz Dr Badrul Amin.

Walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, Forum kontroversi 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam tetap diteruskan pada pagi tadi. walupun begitu, Forum tersebut telah berjaya ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan.Sekitar pada jam 8.30 pagi tadi kelihatan rata-rata golongan muslimin dan muslimat mula berkumpul di perkarangan stesyen LRT masjid jamek sebelum memulakan perarakan ke perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. Apa yang membanggakan saya sepanjang saya berada di lokasi adalah, saya dapat melihat rata-rata golongan Islam kelihatan bersatu dalam membantah forum yang dikatakan sememangnya ingin mencabar Islam. Ini cukup membuktikan bahawa pihak yang cuba ingin mencabar Islam khususnya di negara kita tidak patut melakukan perbuatan seumpama untuk mencabar dan mencemarkan imej Islam di negara kita.

Sekitar bantahan di perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar pagi tadi, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap penganjuran forum itu.

Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa.

Walaupun negara kita dilanda pelbagai krisis politik dan kontroversi yang semakin parah, namun pada hari ini jelas menunjukkan isu perkauman tidak boleh menghalang rakyat malaysia yang beragama Islam untuk terus memmbela dan mempertahankan kesucian Islam di negara kita.itulah uniknya apabila kita bersatu untuk memperjuangkan agama Islam, berbeza sekiranya matlamat perjuangan kita hanya berkisarkan selain daripada Islam.

Apa yang turut membanggakan saya adalah penglibatan golongan muda dan mahasiswa khususnya turut memberi kesan dan impak yang besar terhadap perhimpunan yang berlangsung pada pagi tadi.Laungan Takbir dan teriakan Slogan "Student Power" serta ucapan yang disampaikan oleh wakil GAMIS yang berjanji akan menjadikan tubuh badan serta darah mereka sebagai benteng pertahanan Islam pada pagi tadi cukup membuktikan kekuatan dan semangat mereka dalam membantah forum kontroversi tersebut.

Rentetan dari perhimpunan tersebut,pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.Ini jelas menunjukkan kepada semua pihak bahawa perhimpunan tersebut telah berjaya memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk mencabar Islam supaya jagan sesekali mencabar dan melakukan sebarang kontroversi terhadap kesucian agama Islam. Tahniah diucapkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap forum tersebut.

No comments: