Text


Tuesday, August 5, 2008

Konsep Manusia @ Khalifah(update)

Manusia adalah makhluk ciptaan ALLAH yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada makhluk lain

"Dan kami telah memuliakan anak-anak Adam,dan kami telah membenarkan mereka menggunakan pelbagai rezeki kpda mereka supaya mereka menggunakan ke jalan yang diredhai olehNYA"->maksud lebih kurang..

berdasarkan pernyataan di atas,jelas menunjukkkan bahawasanya,kita sbg manusia ni adalah makhluk ciptaan ALLAH SWT, dan Allah meninggikan darjat kita sbg manusia. cuba kita rebung-renungkan,sebesar-besar gajah,seliar-liar harimau, segarang2 singa, namun kita boleh menggunakan makhluk2 tersebut untuk kegunaan pada jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT..sbg contoh, sebesar-besar gajahpun, kita tetap dapat gunakannya untuk kerja-kerja pembalakan dan sebagainya.. begitulah ALLAH meninggikan darjat kita sebagai manusia di kalangan makhluk-makhlukNya.. namun, kita mesti ingat, ada tujuaannya ALLAH menciptakan kita sebagai makhluk ciptaanNya yang mulia dan mempunyai taraf yang tinggi di muka bumi ini.. apakah tujuannya??

berbalik kepada tujuannya,saya akan cuba untuk mengulas sedikit sebanyak tentang tujuannya berdasarkan ceramah yang saya dengar dan ikuti daripada YB Ustaz Nasaruddin Daud untuk manfaat kita bersama:

i)Tujuan dimuliakan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi kerana manusia dikurniakan nafsu dan Aqal.Dimana jalinan kedua-duanya berpandukan Al-Quran & Sunnah akan membawa kepada kemakmuran bumi.. namun disini,kita mesti memahami apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? mengikut pandangan daripada ulama' yang terdahulu, makna khalifah adalah seperti berikut:

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama."


Berdasarkan pernyataan di atas, sekali lagi saya ingin menjelaskan kenapa Allah SWT memilih kita untuk menjadi Khalifah.Ini adalah kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang diciptakan dan dikurniakan Aqal serta Nafsu. namun, manusia seharusnya bijak untuk menggunakan kedua-dua nikmat anugerah daripada ALLAH SWT .Kita dikurniakan keinginan(nafsu) dan akal,namun kita seharusnya menjadikan Syara' sebagai panduan untuk memandu nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT. sebagi contoh , nafsu kita berkeinginan untuk membina rumah, namun mengikut syara' dan panduan, sumber untuk membina rumah tersebut seharusnya menggunakan sumber yang berkat dan halal seperti yang dinyatakan oleh syara'.

selain itu, tugas kita sebagai khalifah juga adalah untuk peribadatan kepada Allah,segala perbuatan manusia juga seharusnya menjurus kepada memperhambakan diri kepada ALLAH SWT bersesuaian dengan Firman Al-Quran yang bermaksud:

"Dan Ingatlah,tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"

kita juga seharusnya melaksanakan fungsi khalifah iaitu dengan mentadbir dan memerintah sesuatu Negara,Organisasi dan kelompok dengan Islam sebagai contoh,segala perlakuan yang kita lakukan seharusnya berpandukan dengan Islam dan semata-mata kerana ALLAH SWT.

"Allah telah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini bertujuan untuk memakmurkan bumi dan bukan untuk merosakkannya. tanpa mengikut panduan ALLAH SWT,terkadang manusia menyangka melakukan kebaikan, namun tindak-tanduknya mengundang keburukan dan kerosakan."

keterangan daripada Ustaz Nasaruddin Daud diatas bersesuaian dengan firman ALLAH SWT seperti dalam surah Al-Baqarah ayat ke 11 & 12:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (11)"

أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ

"Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12)"

Namun begitulah yang terjadi kepada segelintir daripada kita,selaku rakyat Malaysia sendiri, tanpa kita sedari, tindak tanduk yang dirasakan adalah betul sebenarnya tidak menepati hukum syara'.. sebagai contoh yang terdekat adalah pada pemimpin kita sendiri. pada zahirnya, mereka merasakan pemerintahan mereka tanpa mengamalkan hukum-hukum yang berlandaskan Islam dalam pemerintahan umpamanya mengabaikan perlaksanaan Hukum Hudud adalah baik dimata mereka,bersesuain dengan 'environtment' negara kita yang dikatakan pelbagai bangsa dan agama.. namun, undang-undang yang tidak mengikut syariat dan hukum syara' tetap membawa kerosakan dan bencana.. seperti kesan yang kita lihat sekarang contohnya, segelitir daripada rakyat malaysia semakin susah untuk bersatu walaupun di kalangan orang melayu sendiri, kes-kes jenayah semakin berleluasa dan malangnya maksiat semakin bermaharajalela dan yang amat menyedihkan,golongan remaja sudah mula berjinak-jinak dengan gelaja tersebut..

seterusnya,kita juga seharunya sedar bahawasanya kita telah dipilih untuk memegang amanah dalam segala aspek dari segi akhlak,ekonomi politik dan soial bertepatan dgn firman ALLAH SWT:

"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab, amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada kesediaan kepada mereka untuk memikulnya dan pada ketika itu manusia dengan kesediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Dan ingatlah tabiat keburukan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan"

Berdasarkan firman ALLAH diatas, jelas diterangkan bahawa manusia adalah diantara makhluk yang pada asalnya berjanji dan bersedia untuk menerima tanggungjawab memerintah dan memakmurkan bumi ALLAH SWT. Ini adalah disebabkan oleh keistimewaan manusia yang mempunyai nafsu dan aqal yang membezakan taraf di antara manusia dengan makhluk ciptaan ALLAH yang lain. berhubung dgn itu,kita sebagai manusia seharusnya sedar dan bersedia menerima tugas dan amanah yang diberikan oleh ALLAH SWT. namun, apa yang dikesalkan,ada segelintir manusia malah yang beragama Islam sendiri yang pada zahirnya mengaku sebagai Islam, tetapi pada hakikatnya menolak terus apa yang telah digariskan oleh ALLAH SWT umpamanya hukum yang telah ditetapkan dalam kitab suci Al-Quran.

Berhubung dengan itu,ALLAh SWT juga menguji setiap hambanya yang pada asalnya mengaku sebagai khalifah ALLAH SWT di muka bumi ini. Antara contoh ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT adalah menerusi kepimpinan.sesuai dengan firman Nya yang bermaksud:

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah bumi ini dan meninggikan sesetengah daripada kamu di muka bumi ini atas setengah yang lain beberapa darjat kerana Dia hendak menguji kamu di atas apa yang dikurniakan kepada kamu,sesungguhnya tuhan kamu amatlah cepat azab seksanya dan ALLAH SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

berdasarkan di atas,jelaslah ALLAH SWT sengaja menjadikan kita sbg khalifah di muka bumi dan ALLAH SWT meninggikan darjat kita sesetengah daripada yang lain dan membezakan darjat diantara kita dengan kehendak NYA hanya untuk ujian semata-mata. Diantara ujian-ujian yang lain adalah berbentuk kekayaan dan kemiskinan dan semuanya adalah untuk menguji tahap kesabaran manusia dan sejauh mana manusia bersyukur terhadap nikmatNya.

Secara tuntasnya, berdasarkan apa yang telah dijelaskan di atas, kita sebagai manusia seharusnya sedar dan kembali muhasabah diri kita sendiri dan seharusnya bersedia menerima tanggungjawab dan amanah yang diamanahkan oleh ALLAH SWT di muka bumi ini.. Wallahuwa'lam bissowab..

No comments: