Text


Monday, September 1, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Surah Al-Baqarah (183)


Alhamdulliah, dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim daripada Allah SWT, pada tahun 1429, sekali lagi ana diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.Bulan yang banyak menjanjikan rahmat dan maghfirah daripada Allah SWT.Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat ana dan kita semua sebagai batu loncatan bagi kita untuk menambahkan sifat kehambaan dalam memburu impian yang sejati iaitu Cinta Hakiki, CintaMu Ya Robbul Izzatti

"Ya Allah,Pimpinlah daku dengan Iman dan Islam untuk melakukan ibadah sepanjang bulan ini hanya keranaMu..AMINN"

Ana tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh ustaz yang menyampaikan tazkirah Ramadhan di Surau Al-Ihsaniah, Kampung Melayu Subang semalam. Di kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan ibadah yang akan kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan kualiti ibadah kita semua. InsyaALLAH..

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan di antara kita pada awal bulan Ramadhan rata-ratanya begitu bersemangat sekali untuk melakukan pelbagai ibadah pada bulan yang penuh berkat ini.Ada yang menanam azam untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh sebulan,ada yang berzam untuk melakukan terawikh sampai 20 rakaat, dan banyak lagi.Begitu bagus dan tinggi sekali azam kita tidak terkecuali bagi diri ana sendiri. Mudah-mudahan,kita semua dapat mencapai dan melakukan apa yang diazamkan pada bulan ini

Tapi, dalam semangat yang begitu berkobar-kobar, terkadang kita terlupa matlamat asal kepada tujuan penghambaan dan tujuan ibadah kita dalam bulan ini. Segelintir daripada kita hanya terlalu menumpukan pada kuantiti ibadah tanpa melihat kepada kualiti ibadah kita. Amat malang sekali bagi sesiapa yang sedemikian.Namun begitu, ana tidak bermaksud untuk menghalang pembaca sekalian untuk memaksimakan target ibadah pada bulan penuh berkat ini,(menurut kitab Furuq Misail,Azam nk buat benda baik tu dah dapat pahala dah walaupun x buat lagi, so bagus jugak azam tinggi2 ni,) tapi apa yang ana ingin tekankan di sini adalah supaya kita semua muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada pengalaman Ramadhan yang lepas. Apa yang kita dapat lihat, hanya pada permulaan Ramadhan sahaja semangat berkobar-kobar untuk melakukan ibadah, namun pada akhirnya, rata-rata surau dan masjid semakin lekang dan semakin kurang bilangan jemaah.

Di sini ana ingin mengambil satu contoh ringkas berkenaan ibadah solat sunat tarawikh. Seperti yang kita ketahui, biasanya solat terawikh dilakukan dengan bilangan 8 rakaat diikuti solat sunat witir dan ada juga sesetengah surau @ masjid melakukan sebanyak 20 rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Bagi ana, tidaklah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang memilih untuk melakukan 8 rakaat sunat tarawikh diikuti dengan solat sunat witir, dan tidak juga menjadi kesalahan bagi sesiapa yang ingin melakukan 20 rakaat solat sunat tarawikh diikuti solat sunat witir. Terpulanglah kepada kemampuan individi masing-masing untuk memilih. Tapi dalam kita melakukan ibadah tersebut, kita mesti patuh kepada syarat-syarat dan landasan yang ditetapkan. Berdasarkan apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut,di sini ana ingin kongsikan berkenaan 3 perkara yang disampaikan oleh ustaz tersebut berkenaan solat:

Ketika sembahyang,kita mestilah mempunyai 3 perkara
berikut:

  1. Hamba yang dimiliki oleh Allah SWT. Maka setiap yang dimiliki
    mestilah mematuhi setiap arahan daripada ALLAH SWT. Maka ketika sembahyang, kita
    tidak akan merasa keluh kesah.
  2. Hamba mesti benar-benar tunduk dan merendah diri kepada Allah
    SWT.
  3. Hamba yang ketar kerana takut kepada ALLAH.


daripada 3 di atas, Nabi Muhammad S.A.W. menjelaskan bahawa,
sesiapa yang melakukan solat tanpa ada 3 perkara tersebut, maka sembahyang
mereka adalah tipu sahaja.



Itulah sedikit sebanyak yang disampaikan oleh ustaz tersebut.Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil iktibar untuk melakukan ibadah solat sunat tarawikh.Dan janganlah kita terlalu ekstream untuk beribadah sampai terlupa matlamat asal kepada ibadah tersebut. Kalau boleh, biarlah ketiga-tiga perasaan tersebut muncul ketika kita melakukan solat biarpun 8 rakaat @ biarpun 20 rakaat. And one thing before i miss it, pasal baca Al-Quran pada bulan Ramadhan ni, kalau boleh ambillah kesempatan untuk membaca dan mentadabbur Al-Quran serentak, jangan pula kerana terlalu mengejar matlamat nak habiskan 30 juzuk, kita just baca je. kalau boleh, cuba-cubalah faham Isi kandungan Al-Quran pada bulan Nuzul Al-Quran ni-17Ramadhan-.(Nasihat untuk diri ana juga.Doakan skali ye..). Lagipun ALLAH lebih suka amalan yang biarpun sedikit, tapi berkekalan daripada amalan yang banyak tapi separuh jalan.Think for it!!

At last but not least,sebagai mengakhiri tulisan ana pada pagi ini, mari kita renungi sebuah hadis Rasulullah S.A.W di bawah:

"Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan, Maka Allah akan mengharamkan diri mereka daripada dientuh oleh api neraka"

Selamat menjalani Ibadat Puasa.. Jom sama-sama meningkatkan amal dan memohon keampunan daripada ALLAH SWT. Sama-samalah berdoa semoga kita sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT sepanjang bulan Ramadhan ini dan sehingga ke akhirat sana..InsyaALLAH..

No comments: