Text


Saturday, October 10, 2009

Kuasa Tuhan! Betapa Maha Pengasihnya Tuhan


“Mii,Mii….”, Langkahku terhenti,aku terpaku seketika ketika melangkah keluar dari pejabat urusan Metro Driving School di Kampung Melayu Subang selepas membuat bayaran yuran lesen memandu. Dari jauh aku melihat seorang muslimah,sedang melambaikan tangan ke arahku,kelihatan seperti orang yang aku kenali, mungkin kakak saudaraku,bisik hatiku…

Rupa-rupanya,sangkaanku meleset,bukan kakak saudaraku rupanya, tapi yang pasti aku pernah mengenali kakak ini ketika aku dalam proses untuk membuat lesen motosikal dan kereta dulu. Aku pernah mengenalinya,tapi dalam versi yang amat berbeza, malah jauh berbeza,yang dahulunya bebas memakai apa sahaja pakaian dan bebas mendedahkan aurat. Namun, hari ini,aku terkejut melihat keadaannya yang kemas berkurung dan bertudung seperti seorang muslimah. “Mii, lama tak jumpa, akak dah tak bekerja di sini,akak dah kerja sendiri, nanti Mi ambil nombor telefon akak,mana tahu kalau-kalau ada kawan-kawan Mi yang nk buat lesen kereta…” Aku terdiam, MasyaALLAH, aku tergamam seketika. Tiada apa yg aku mampu ucapkan selain perasaan syukur pada ALLAH SWT.

Namun itulah kuasa tuhan, memberikan hidayah kepada hamba yang dikehendakiNya. Itulah bukti kasih sayang tuhan kepada hamba yang betul-betul ingin berubah keranaNya.


*Pernah dahulu aku berurusan denganya di pejabat urusan METRO dan pernah juga dia meluahkan keinginannya utk menghayati keindahan Islam walaupun keadaannya ketika itu agak ‘bebas’ dari segi pemakaian. Namun itulah janji tuhan,tidak akan melupakan hambaNya yang ingin mendekatiNya… Ingatlah,selangkah kita melangkah kepada ALLAH, seribu langkah ALLAH akan mendekati kita…Bermujahadahlah!!!


*
=>Kepada sesiapa yg ingin belajar memandu dan dapatkan lesen memandu, bolehlah menghubungi KAK ANA-0122622845... InsyaALLAH, katanya bleh bagi harga murah2..('',)

No comments: