Text


Friday, April 17, 2009

Surah Al-Fatihah






Jika diperhatikan secara kasar, masih ramai di antara kita yg masih belum mengetahui dengan mendalam berkenaan dengan surah Al-Fatihah yg dianggap sebagai pembuka Al-Quran... sesuai dengan nama surah Al-Fatihah itu sendiri yang bermaksud pembuka, maka adalah digalakkan bagi kita untuk sama2 mengkaji melalui jalan ilmu untuk mengetahui akan maksud @ pengajaran dari surah Al-Fatihah itu sendiri...

Jika di kaji, sebenarnya dalam surah Al-Fatihah ini, sudah cukup untuk menghuraikan 3 aspek yang perlu diketahui secara mendalam bagi setiap individu muslim iaitu aspek akidah,ibadah dan akhlak. Oleh sebab itulah, surah Al-Fatihah ini merupakan salah satu surah yg menjadi rukun dalam solat dan sekiranya tersilap baca @ tidak dibaca dalam solat, maka rukun solat itu tidak sempurna dan sekaligus akan membatalkan solat.



Baiklah, mungkin pembaca tertanya-tanya dimanakan terkandungnya Akidah, Ibadah dan Akhlak dalam surah Al-Fatihah ni? InsyaALLAH di kesempatan ini, saya akan cuba untuk kupaskan sedikit sebanyak berkenaan tafsir dalam ayat-ayat yang terkandung dalam surah Al-Fatihah.Namun untuk lebih memahami dengan lebih mendalam,adalah disarankan supaya belajar dengan mana2 alim2 atau ustaz2 yang mahir dalam bidang tafsir untuk mendapat lebih kefahaman

Cuba kita perhatikan pada ayat pertama dimana maksudnya:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam


Pada permulaan ayat,kita disarankan supaya sentiasa mengucapkan syukur hanya kepada ALLAH SWT dan pada permulaan ayat ini juga kita telah memanjatkan syukur pada ALLAH SWT kerana kekuasaanNya dalam memelihara dan mentadirkan sekalian alam.Di sini,tanpa kita sedari,sebenarnya ayat ini telah cukup untuk membuktikan bahawa kita telah mengakui dan memuji ALLAH SWT di atas kekuasaanNya & ini merupakan salah satu bentuk iktiqad yang kita lafazkan dan selalu kita sebutkan ketika sedang bersolat.

ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

pada ayat yang ketiga ini, kita juga sebenarnya talah menyatakan berkenaan dengan sifat ALLAH SWT itu sendiri yang bersifah Maha Pemurah terhadap kesemua makhluk tidak kira kufur atau beriman dan sifat ALLAH SWT yang Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya yang patuh. Tanpa kita sedari, sebenarnya,pada ayat yang kedua ini sebenarnya telah menyentuh berkaitan dengan aspek Akidah dalam mentauhidkan ALLAH SWT.


مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Pada ayat yang ke-4 ni, kita juga menyakini dan mengakui bahawasanya ALLAH SWT itu berkuasa menguasai pemerintahan penuh pada hari pembalasan di mana secara tidak langsung kita sendiri telah mempercayai akan adanya hari pembalasan. Disini,sudah cukup untuk membuktikan bahawa akan adanya hari pembalasan selepas kehidupan di atas muka bumi ini supaya kita tidak kecewa terhadap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini kerana setiap apa yg kita lakukan akan mendapat balasan di Akhirat kelak.Secara tidak langsung, ayat ini juga mengajar manusia berkenaan hubung kait manusia di dunia dan di akhirat supaya manusia sentiasa berhati-hati dalam setiap apa yang mereka lakukan.


إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Pada ayat yang ke-5 ini,kita mengakui sebenar-benarnya bahawa ALLAH SWT adalah tuhan yang sebenar-benarnya yang layak di sembah dan kepada ALLAH SWT sahajalah tumpuan sekalian makhluk(kami). Oleh yang sedemikian, barang siapa yg mengabdikan diri dan mengharap selain daripada ALLAH SWT, maka mereka telah termasuk dalam golongan orang2 yang mensyirikkan ALLAH SWT.Sekiranya diperhatikan, ayat ini juga mengupas berkenaan mentauhidkan ALLAH SWT dan berkaitan pengabdian diri(ibadah) kepada ALLAH SWT.

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus."

Di sini, kita berdoa kepada ALLAH SWT untuk memimpin dan membimbing kita kearah hidayah ALLAH SWT dan disini juga kita memohon daripada ALLAH SWT untuk membimbing kita dalam semua aspek samaada dari segi Tauhid,Ibadah,Akhlak,gaya hidup dan sebagainya.

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat


Pada ayat yang terakhir ini,menjelaskan pergantungan yang jitu kepada ALLAH SWT untuk membimbing kita supaya tergolong dalam golongan hamba2 yang telah dikurniakan nikmat oleh ALLAH SWT(golongan yang baik kefahaman Akidahnya,baik Amal Ibadatnya dan baik Akhlaknya) dan salah satu caranya adalah dengan menjaga hubungan dengan ALLAH SWT melalui amal ibadat, melalui akhlak dan sebagainya.dalam ayat ini juga, kita juga merayu pada ALLAH SWT supaya lindungi kita dari termasuk dalam golongan orang-orang yang telah ALLAH murkai dan golongan yang telah disesatkan oleh ALLAH SWT.



Mudah-mudahan pembaca dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan dengan surah Al-Fatihah dan menghayati maknanya dengan sepenuh hati ketika bersolat dan dalam apa jua keadaan.Namun, apa yg saya kupaskan adalah sedikit sahaja,diharapkan agar kita semua terus berusaha untuk memahami kitab suci AL-Quran dengan sepenuhnya melaui jalan ilmu samaada berguru dengan alim2 ulama dan ustaz2 yang mahir dalam bidang terjemahan. Segala yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yg lemah itu datangnya dari saya dan hakikat semua itu adalah dari ALLAH SWT