Sunday, October 4, 2009
:X tahu tajuK:
Hebat sungguh takdir ALLAH, Hebat sungguh ALLAH, Hebat,terlalu hebat & MAHA HEBAT!!!!!
Mengenang segala peristiwa yang berlaku, mengenang takdirnya yang ditetunkan berlaku ke atas diri.Lantas aku menjadi tenang... Tenang setenangnya, dan aku tahu, tiada siapa yang mampu memberi rasa tenang sebegitu, dan sesungguhnya, ketenangan itu juga tidak mampu dibeli dengan harga segunung pun emas yang ada di bumi ini kerana harga ketenangan itu terlalu mahal. terlalu mahal...
Alhamdulillah,syukur...bila mengenang kembali segala peristiwa yang berlaku, segala masalah yang menimpa dan bermacam cara yang aku lakukan untuk mengusir segala masalah yang berlaku. kini aku mengerti segala anugerah yang dikurniakan kepada diri.Anugerah suasana,masyarakat sekeliling dan segala-galanya yang mengelilingi aku.Alhamdulillah...
*kalau time kecik2 dulu, ibubapa tempat mengadu, bila dah besar sikit,kakak2 terdekat dan adik beradik,bila 'rasa' makin matang,member sekeliling dan bila aku mengenal dunia,mengenal suasana dan manusia kini aku tahu ALLAH lah tempat yang selayaknya untuk berkongsi segala kisah suka dan duka serta segala-galanya.....
THANK YOU ALLAH FOR EVERYTHING!!! PLEASE GUIDE ME TO LIGHT!!!
"li kulli marhatim rijaaluha,wa li kulli marhatim masyakiluha"
->Setiap marhalah itu ada rijaal,dan setiap marhalah itu ada masalahnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment