Text


Thursday, October 8, 2009

Bisikan Hati: Imanku Tenat!!!

ALLAHU AKBAR,,, jari jemariku sudah tidak mampu menari serancak dulu.Entahlah,semenjak kelas telah bertukar shift kepada waktu malam, aku rasakan seolah-olah diriku kosong. Ya Kosong dengan pengisian dan kosong dengan segala-galanya. Di saat ini aku rasakan keadaan hatiku begitu tenat. Ya ALLAH... Pimpinlah hambaMU dalam mendepani arus-arus yang mendatang...

Bertambah berat hati bila seorang sahabat memaklumkan bahawa surau di tempat kediaman kami sudah terputus bekalan elektriknya,malah lebih parah,telah ditutup kerana tiada yang mengimarahkan!!!. Innalillah,adakah selepas ketiadaan kami,semua tidak mampu diuruskan? sedangkan kami hanyalah pelajar2 yang masih mencari2 sumber kekuatan diri. Saat itu, aku tertanya-tanya, dimanakah perginya penduduk sekitar? barangkali ke masjid Kota Damansara agaknya,aku cuba beranggapan baik...ahh,bisakan begitu?Kebiasaannya setiap kali azan maghrib berkumandang, aku hnya melihat beberapa biji kenderaan shj yang menuju ke masjid. Yang lainnya, sibuk dgn aktiviti riadah yg tidak kena pada waktu... Wahai manusia, sedarlah, bukankah waktu yang diberikan untuk kita itu datangnya dari Yang maha Mencipta? begitu byk waktu yang diperuntukkan, kenapa di saat itu kalian tidak mampu menggunakannya utk mengabdikan diri padaNya?

Dugaan demi dugaan melanda. Aku cuba untuk memuhasabah diri, "Ya Akhi, jadilah seperti ikan dilaut, walaupun berada dalam laut yang masin,namun isinya tidak diserap rasa masin".Ya Allah, amat mudah peribahasa itu diunggapkan… namun aku akui, imankuku x setebal kulit ikan yang mampu menghalang tindakan osmosis masinnya air laut daripa meresapi isinya, aku hanyalah manusia yang sering bergelumang dengan dosa dan noda... Aku cuma berharap,agar sentiasa dipandu dan dibimbing dengan Rahmat dan Kasih Sayang dari ALLAH SWT... Doakan aku...

*maaf jika terkasar. Namun saya akui,saya sebenarnya takut menulis tentang diri orang. biasanya saya akan teruji dengan apa yang saya katakan.Ya ALLAH lindungi aku.

2 comments:

Husaini said...

usaha ntuk solat malam saudara...
mohon dng Allah betol2..insyaAllah..
semua antara kita x sempurna..
ada akal..tp sering tewas dgn pujukan nafsu dan syaitan..hanya doa la senjata bg kita sorang mukmin...

muhammad hilmi zolkifli said...

syukran ya akhi...doakn kami disini