Ketika manusia dan rakyat sedang sibuk dengan temujanjinya di dataran merdeka untuk 'memBERSIHkan' sistem pilihanraya,aku pula sibuk mengembara di negeri cik siti wan kembang untuk 'memBERSIHkan' diri dan hati.tepat jam 10 pagi di wakaf bharu setelah semalaman berehat,aku memulakan gerak dengan izin ALLAH SWT menuju ke suatu tempat yang belum pernah aku jejaki.unik sekali tempatnya.disana aku bertemu dengan seseorang yang dikenali sebagai pakngah @ lebih dikenali dengan panggilan tok ayah,seorang yang membawa jalan atau aliran BBM(Bapak Bani Muchtar). ketika bersua muka dengannya di terataknya,terasa begitu banyak sekali ilmu yang dapat aku ambil daripadanya, bermula dari ilmu berkaitan hati dan rohani sehinggalah ilmu kebatinan yang berkaitan dengan roh dan perjalanan hidup.sungguh bermanfaat ilmu yang dikongsikan dan banyak juga nasihat yang diberikan kepada aku sebagai bekalan diri dalam meneruskan perjalanan menuju ke arah kehidupan yang abadi. Masih terngiang-ngiang mutiara kata terakhir sebelum aku berangkat ke destinasi seterusnya pada hari yang sama: "Kalau kita x dpt melihat Allah,kita kena fikir,adakah ALLAH SWT nk melihat kita sekarang ni? Kalau kita x dapat bersama Rasulullah SAW Sekarang ni,adakah Rasulullah SAW mahu bersama kita di akhirat nanti? Kita membaca Al-Quran,adakah Al-Quran akan jadi penyuluh kita di akhirat nanti? kalau ini keadaan kita,cuba fikir dan renung2kan".
Usai sahaja menceduk ilmu dan memenuhi takdir perjalanan dan 'pengembaraan' di terataknya,aku diberikan 1 risalah berkenaan BBM-Tasawuf sebagai clue2 didalam perjalanku dalam mencari apa yang perlu dicari.terasa begitu bermanfaat sekali tarbiah dari Sang Pencipta. Perjalanan seterusnya tertumpu pada sebuah madrasah milik seorang guru yang pernah mendidik aku dahulu, jelatok lokasinya.dengan tenang,aku membonceng motorsikal kriss 100 dengan halaju yang sederhana sambil menghayati setiap bait-bait kata yang terbit dari mulut pakngah a.k.a tok ayah BBM tadi. tersenyum sendiri bila memikirkan betapa bermakna dan berharganya setiap kata-kata dari beliau.
Ditakdirkan,apabila tepat waktunya,azan zohor berkumandang.tepat sungguh takdir DIA,begitu ngam rupanya azan tersebut dengan lokasi aku berada yakni betul-betul di madrasah Qadimul Quran milik sang Murobbi(Ustaz Saifuddin),yang merupakan seorang guru dan juga seperti ayah kepadaku yang pernah membimbing aku suatu ketika dahulu berkenaan ilmu2 Al-Quran. agak begitu lama tidak bersua muka dengan beliau. begitu mesra sekali layanan yang diberikan oleh ustaz Din ditambah pula dengan layanan dari pelajar-pelajar di madrasah tersebut membuatkan diriku begitu tenang sekali. ketika disana,aku sekali lagi dijemput oleh orang kampung untuk singgah bertandang dirumahnya untuk makan tengahari bersama ustaz dan pelajar2 di madrasah tersebut.inilah yang dikatakan hubungan Ukhwah dan Silaturrahim yang terbina yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada mereka,dan Alhamdulillah,aku berkesempatan merasa nilai-nilai ukhwah dan saling sayang menyayangi antara mereka sepanjang berada disana ditambah juga dengan nasihat-nasihat dan panduan yang diberikan oleh ustaz Din kepada ku.('',).
Jarum Jam menunjukkan waktu sudah menghampiri 3.30 petang.dengan berat hati dan kaki untuk melangkah,aku meminta diri untuk meneruskan pengembaraan seterusnya yakni ke masjid putih@masjid brunei di Rong Chenak,Danau To' Uban sambil bertemu dengan ustaz2 & pelajar2 di madrasah Al-Balaghulmubin disana. kelihatan ustaz din dan pelajar madrasah begitu berat sekali untuk melepaskan aku berangkat apabila mereka berkali-kali menyuruh aku bermalam sahaja di madrasah mereka memandangkan aku jarang dapat bersama dengan mereka tambahan ketika itu mereka melihat beg pakaian dari subang sudah tersedia bersama aku.
Lebih kurang 3.45 petang,aku bertolak ke danau tok uban. sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kesana. teringat kali terakhir adalah ketika aku pulang bercuti sempena tahun baru cina tahun ini. terasa rindu benar untuk bertemu sahabat-sahabat,pelajar2 dan ustaz2 disana. setelah melalui kawasan kebun getah dan jalan yang masih merah,akhirnya aku tiba di Instituy Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubbin. terimbas segala memori dan kenangan suatu ketika dulu,memori dimana segala-galanya dalam hidup aku semakinberubah dari sedekit demi sedikit,yang membuka jalan untuk perjalanan hidupku. sesampai disana,aku terus menuju ke masjid putih. menghabiskan lebih kurang setengah jam disana,meng'usha'2 masjid dan mengambil beberapa keping gambar.melihat suasana masjid tersebut jugasekali lagi mengingatkan aku suatu ketika dahulu,dimana aku hanya berada disalah satu penjuru masjid,bersama-sama Al-Quran dan ditemani dengan sahabat-sahabat lain,menghayati dan cuba memahami isi dan mesej Al-Quran. begitu indah sekali ketika itu,sama2 berjuang dan sama2 membimbing kearah kebaikan.
jam menunjukkan pukul 4.50,kedengaran azan asar berkumandang,aku mengambil keputusan untuk memasuki kawasan sekolah,bertemu sahabat dan ustaz disana. agak mencuit hati bila melihat anak2 kecil ustaz rosdi melihat aku di kejauhan,barangkali mereka masih ingat tentang aku yang pernah bermain dengannya satu ketika dahulu. dipendekkan cerita,aku berkesempatan bertemu sahabat lama,zahir johari,seorang anak yatim kelahiran negeri kedah. perasaan bangga muncul di dalam diri bila mendegar khabar zahir sudah bergelar ustaz disana,membimbing pelajar2 disana seperti ustaz2 yang lain. aku dijemput kerumahnya(baru berumur 22 tahun dan sebaya umurnya dengan aku). hatiku terasa sebak apabila melihat keadaan rumahnya,melihat di suatu sudut,kelihatan gambarku bersamanya suatu ketika dahulu,masih elok tersimpan,ditampalkan didinding. aku berbisik di dalam hati,alangkah beruntungnya aku mempunyai sahabat yang sepertinya. mudah2han kami semua dibimbing.
setelah lama disana...keadaan juga seperti sebelumnya,Aku dijemput dan dipelawa sekali lagi untuk bermalam disana,namun memandangkan cuti hanya selama 2 hari,aku terpaksa menolak dengan hati yang berat.Alhamdulillah,mereka memahami. lebih kurang jam 6 petang,aku memulakan perjalanan balik ke kemahang. perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. setibanya di kemahang,aku mengambil kesempatan untuk singgah di rumah saudara di blok satu.terkejut mereka melihat kedatangan aku disana.maklumlah sudah sekian lama tak berada di kampung halaman.setelah lama berbual dan bertanya khabar,aku meminta diri untuk pulang kerumah.
sebelah malamnya,aku dimasjid. amat melucukan bila melihat suasana orang kampung.masing2 memandang kearahku,mungkin timbul persoalan dalam fikiran mereka "sapakah budak ni..dari mana datangnya?" teringat dulu aku pernah ditanya sedemikian. hehehe. namun kali ni,sangkaanku meleset. Alhamdulillah,mereka masih mengenali aku,apabila beberapa orang pakcik datang kearahku,bersalam-salaman dan bertanya khabar. bagus sungguh mereka. ada juga yang terkejut bila mereka mendengar aku hanya pulang ke kqmpung selama 2 hari. hehehe. itulah nasib hamba,tiada cuti yang panjang.
ohhh,penat jugak mengarang ni.akhir post. susah jugk nk menceritakan pengalaman ni,hehehe,apa2 pun,pengembaraan aku selama 2 hari dkelantan telahpun berakhir. setibanya di subang kelwk,perjalanan lama perlu diteruskan dan adapub perjalanan di kelantan hanyalan 'iklan-iklan kecil' didalam perjalanan sebenarku. ngeh3x. adiosss amigosss,wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.9
1 comment:
cikgu memberi markah. karangan awak membosankan. hehehe
Post a Comment