Text


Friday, July 23, 2010

Blog kedua saya

(Al-Quran,Sunnah nabawiah dalam merawat gangguan jin,dengan izin dari ALLAH SWT)

Assalamualaikum....

ha, ada masa lagi rupa-rupanya nak menulis, bukan apa,terkadang tu terfikir jugak, apa gunakanya kalau ALLAH SWT bagi kelebihan pandai guna komputer ni kalau tak nak guna kan? ok,ok,di kesempatan ni,sebenarnya takda apa pun yang nak diceramahkan,cuma nak bagitau la sikit-sikit, aku ni dengan tiba-tibanya boleh pulak create blog baru. Ntan nape ntah,tetiba rasa best pulak berblog ni. Apa-apapun, macam lah yang aku kata dulu-dulu,aku pun bukan lah expert sangat, apa yang aku ada aku kongsi, mana tau kot-kot mati ni,blog ni boleh jadi bukti kat kubur kelak,aku dah jalankan tanggungjawab aku.(ha korang tu macamana? takkan nak baca blog orang je? buat la blog sendiri, ilmu yang ada tu kongsi-kongsi lah, kang berkarat pulak)...

walaupun dalam blog aku ni banyak info-info agama(ada ke?) dan nasihat-nasihat yang aku rasa baik untuk diri aku(maybe untuk korang sekali),aku rasa adalah baik jugak kalau korang pun tapis-tapis guna filter ilmu yang ada kat dada korang semua.Aku ingat lagi,terngiang-ngiang kat kepala aku bila ada ustaz bagitau(kira pesan-pesan la),kalau nak menuntut ilmu ni,jangan ambik bulat-bulat,kena tengok dia punya nas-nas,dalil-dalil dan banyak lagi.

Ya la,kita pun kena sedar,kita semua manusia.haa,manusia tu makhluk,sifat makhluk tu selalu melakukan kesilapan.yang terbaiknya,belajar dari ALLAH SWT(kontroversi nii,mesti tertanya-tanya camna nak belajar dengan ALLAH SWT? caranya,banyak-banyakkan memuntut ilmu,kang ilmu tu dari ALLAH kan? manusia cuma menyampaikan je,dah adat manusia perlukan alat,berbeza dengan ALLAH SWT yang tak perlukan alat untuk memberi ilmu kepada hamba-hambaNya.Kita manusia pulak,jangan memandai-mandai nak langgar fitrah,kononnya ilmu tu datang sendiri,x payah usaha...o.ooo.ooo banyak cantik?)

adeih,letih jugak orang yang tak gheti mengajar nak mengajar orang ni(aku la tu),habis pening-pening orang yang dah reti...apa-apa pun, ni je yang sebenarnya yang aku nak cakap setelah panjang lebar aku buat intro kat atas, cuma nak bagitau blog kedua aku---> http://www.muallij-junior.blogspot.com ... untuk pengetahuan,blog kedua ni macam diari-diari rawatan Islam la,kira diari yang aku guna untuk diconteng(dikomen) oleh orang-orang yg otai dalam bidang rawatan Islam,mana tau kot-kot aku ada buat salah semasa proses rawatan @ nak bagi tips-tips lebih kepada aku camna nak berentap dengan jin-jin yang dah lama duk ganggu manusia ni...aisye menn...tak serik-serik jin nih duk kacau kita..dah tiba masa kita semua bangun,bangkit(belajar-belajar nak counter attack balik serangan tu,rajin-rajinlah belajar cara rawatan Islam...ni tak,sakit sikit jumpa tok batin,sakit sikit jumpa dukun,bukannya nak mengharap pada ALLAH SWT)..rujuk surah As-Sod ayat 35-38 kalau tak silap no ayatnya-->janji Iblis nak sesatkan manusia SEMUA SKALI,SEMUA SKALI,SEMUA SKALI.....

*mohon maaf pada jin-jin Islam yang baik,anda semua memang baik,didoakan semoga anda dan kita semua diberi Rahmat oleh ALLAH SWT untuk berjuang menegakkan balik Syiar agama Islam demi ALLAH SWT...dengan izin ALLAH SWT,aku arahkan kamu semua berjuang demi agama ALLAH...TaKBIR!!!!

No comments: