Friday, July 23, 2010
Blog kedua saya
Assalamualaikum....
ha, ada masa lagi rupa-rupanya nak menulis, bukan apa,terkadang tu terfikir jugak, apa gunakanya kalau ALLAH SWT bagi kelebihan pandai guna komputer ni kalau tak nak guna kan? ok,ok,di kesempatan ni,sebenarnya takda apa pun yang nak diceramahkan,cuma nak bagitau la sikit-sikit, aku ni dengan tiba-tibanya boleh pulak create blog baru. Ntan nape ntah,tetiba rasa best pulak berblog ni. Apa-apapun, macam lah yang aku kata dulu-dulu,aku pun bukan lah expert sangat, apa yang aku ada aku kongsi, mana tau kot-kot mati ni,blog ni boleh jadi bukti kat kubur kelak,aku dah jalankan tanggungjawab aku.(ha korang tu macamana? takkan nak baca blog orang je? buat la blog sendiri, ilmu yang ada tu kongsi-kongsi lah, kang berkarat pulak)...
walaupun dalam blog aku ni banyak info-info agama(ada ke?) dan nasihat-nasihat yang aku rasa baik untuk diri aku(maybe untuk korang sekali),aku rasa adalah baik jugak kalau korang pun tapis-tapis guna filter ilmu yang ada kat dada korang semua.Aku ingat lagi,terngiang-ngiang kat kepala aku bila ada ustaz bagitau(kira pesan-pesan la),kalau nak menuntut ilmu ni,jangan ambik bulat-bulat,kena tengok dia punya nas-nas,dalil-dalil dan banyak lagi.
Ya la,kita pun kena sedar,kita semua manusia.haa,manusia tu makhluk,sifat makhluk tu selalu melakukan kesilapan.yang terbaiknya,belajar dari ALLAH SWT(kontroversi nii,mesti tertanya-tanya camna nak belajar dengan ALLAH SWT? caranya,banyak-banyakkan memuntut ilmu,kang ilmu tu dari ALLAH kan? manusia cuma menyampaikan je,dah adat manusia perlukan alat,berbeza dengan ALLAH SWT yang tak perlukan alat untuk memberi ilmu kepada hamba-hambaNya.Kita manusia pulak,jangan memandai-mandai nak langgar fitrah,kononnya ilmu tu datang sendiri,x payah usaha...o.ooo.ooo banyak cantik?)
adeih,letih jugak orang yang tak gheti mengajar nak mengajar orang ni(aku la tu),habis pening-pening orang yang dah reti...apa-apa pun, ni je yang sebenarnya yang aku nak cakap setelah panjang lebar aku buat intro kat atas, cuma nak bagitau blog kedua aku---> http://www.muallij-junior.blogspot.com ... untuk pengetahuan,blog kedua ni macam diari-diari rawatan Islam la,kira diari yang aku guna untuk diconteng(dikomen) oleh orang-orang yg otai dalam bidang rawatan Islam,mana tau kot-kot aku ada buat salah semasa proses rawatan @ nak bagi tips-tips lebih kepada aku camna nak berentap dengan jin-jin yang dah lama duk ganggu manusia ni...aisye menn...tak serik-serik jin nih duk kacau kita..dah tiba masa kita semua bangun,bangkit(belajar-belajar nak counter attack balik serangan tu,rajin-rajinlah belajar cara rawatan Islam...ni tak,sakit sikit jumpa tok batin,sakit sikit jumpa dukun,bukannya nak mengharap pada ALLAH SWT)..rujuk surah As-Sod ayat 35-38 kalau tak silap no ayatnya-->janji Iblis nak sesatkan manusia SEMUA SKALI,SEMUA SKALI,SEMUA SKALI.....
*mohon maaf pada jin-jin Islam yang baik,anda semua memang baik,didoakan semoga anda dan kita semua diberi Rahmat oleh ALLAH SWT untuk berjuang menegakkan balik Syiar agama Islam demi ALLAH SWT...dengan izin ALLAH SWT,aku arahkan kamu semua berjuang demi agama ALLAH...TaKBIR!!!!
Sunday, July 11, 2010
.:Tittle:.
(Tengok,ulat pun bertukar dari rupa yg hodoh kepada yg lebih baik,kita manusia? takkan xnak berubah kpd yg lebih baik kot?)
Tapi takpa2,sambil2 menulis tu,kena pening2kan sikit pembaca nih,baru diorang smangat sikit nk top up ilmu tu,kalau x senyap ja. lagipun Imam Hassan Al-Banna pun ada bg nasihat,jgn jadi air yg statik(baca:air yg statik lama kelamaannya akan jadi rosak kerana kestatikannya)...sama lah mcm kita,jgn duk maintain ja tahap ilmu didada tu,nanti karat,tak pun jem gitu ja..ohohohh,so apa lagi? gi la blaja nuh...(baca:bulan 9 @ 10 ni,geng METC & sewaktu dgnnya adakan konvoi ke Pondok Baitul Qurra' kt Melaka,kalau sapa2 nk join,bleh la,dialu-alukan, mati eksiden pun takpa,dgn syarat betul2 nk cari Ilmu Ikhlas kerana ALLAH,bleh la peluang nk Syahid di jalan ALLAH..hehehee)
ops,masuk mula2 nk taip pasal ubah title blog,alih2 dah masuk kesitu plak... takpa2,paling2 koman pun,ada jgak input2 utk menginsafkan diri aku & kpd sesapa yg baca blog ni(baca:ade ke org baca blog ni? hehehee)...
ha baru masuk tajuk,yg kat atas tadi tu,kira mcm pendahuluan la,ada thesis statement,Suportive statement & etc(baca:Intro pun dah berperenggan-renggang dah?)...citernya gini, dulu kalau sapa2 yg dah penah masuk blog ni,blog ni dulu 'tittle'nya محمد.:Pemburu Cinta Ilahi:.الله,tapi ntah kenapa ntah,aku jadi tertukar plak ke محمد.:Dunia Pemikiranku:.الله... alih2 bila rasa mcm x ngam ja,aku rasa mcm nk tukar plak nama blog ni,asalnya aku mmg suka kt title pertama,tapi ntah la,tetiba tertukar tjuk(baca:ALLAH lebih mengetahui)... jadi aku nk tukar la ke tittle lama,tapi biarlah,kita kena sentiasa berubah,tapi the main point is, berubah tu mestilah kerana ALLAH...
So, 'In conclusion'nya,aku pun secara automatiknya menamakan balik blog ni dgn nama yg unik sikit which is--->محمد.:PCI:.الله, kalau sapa2 nk tahu,PCI tu adalah shortform Pemburu Cinta Ilahi, dah2...pasni jgn nk tanya2 apa PCI tu... hehehe... apa2 pun,doa2kan,semoga aku,mak ayah aku,semua ustaz2 & guru2 aku,famili aku,sedara mara aku,sahabat2 aku dan sume skali,mudah-mudahan sentiasa dlm Rahmat & petunjuk ALLAH SWT,aminn...
*dah,dah...jgn duk baca jah...berubah,berubah nuhhhh...~~~kali ni byk taip '(baca:........)'..hehee,aku pun x tahu kenapa....Allah knows the best!!!