Semalam, bagaikan tidak percaya, aku seolah-olah kembali ke zaman persekolahanku(windunye time tuh).. maklumlah, tanpa di jangka-jangka serba dua jadinya..
Erm,mungkin pembaca tak tau apa yang serba 2 tu.. ok lah, lets me try to explain it.. kejadiannya begini......
Yang serba 2 yang dimaksudkan tu adalah pertemuan aku dengan bekas cikgu aku dulu bermula dari cikgu sekolah rendah,then cikgu sekolah menengah dan ustaz aku di pasir Mas.. but yang menariknya, pertemuan aku tu semuanya di tempat yang berbeza dan bila je jumpa, semua ada 2 bagi setiap wakil,, erm, pelik kan?? mungkin ada yg tersirat di sebalik yang tersurat..(SEbenarnya hidup kita sendiri penuh dengan rahsia. Segala yang dijadikan Allah mustahil sia sia...(115 almukminun)- apakah kamu menyangka kami menciptakan kamu sia sia dan kamu tidak akan kembali kepada kami? Bermula dari penciptaan hiinggalah alam yang bakal kita tempuhi. Rahsia menjadikan manusia berusaha merungkaikannya. Salah merungkai manusia tersesat. Tidak merungkainya manusia terkeliru.)..
Yang pertama,dekat stesen T.Merah,aku berjumpa dgn cikgu nik amin dan cikgu azmi,Alhamdulillah, masing-masing masih mengenali aku.. mana xnya, kalau cikgu nik amin x kenal aku yang dulu dia adalah guru yang menjaga pusat sumber dan mengajar bahasa ibunda dan dia jugaklah yang mengrekmenkan aku time lawatan untuk bersuara di radio malaysia kelantan(hehehe,, bangganya-Istighfar,kenal diri Mie!!!-), Manakala,Cikgu Azmi lak, pernah mengajar aku mengenal angka dan mengira(mgajar matematik)..
Tu yang pertama,yang kedua lak, ditakdirkan ALLAH SWT, time bas berhenti di hentian merapuh kuala lipis, lagi 2 orang muallim yang aku jumpa.. kali ni, muallim tu pernah mengajar aku di SMK kemahang.. Haa, ustaz Aziz yang ngajar bahasa Arab time ting 2 dulu dan Ustaz Rasyid yang ngajar Pendidikan Islam time ting 3 & ting 4.. Teringat jugak nostalgia dulu bila belajar dengan muallim berdua ni, byk ragam dan kerenah yg terpaksa mereka layan. aku sahaja dah brapa byk prangai,x termasuk kawan2 yang lain,hehehe,, meniru buku teks dlm exam bahasa Arab tu biasa je bagi kami semua time tu..Tapi yang paling aku x leh lupa adalah nasihat dari ustaz Rasyid time aku tingkatan 3.. Nasihat yang ringkas, tapi padat dan sgt berkesan sampai sekarang..
Then, yang last skali, pertemuan aku dengan 2 orang ustaz dari Rong Chenak,Ustaz Din dan Ustaz Zul..tapi, pertemuan ni unik sikit, sebab ia tak sama dgn pertemuan pertama dan kedua dari segi tempat,but ia memang bermakna.. mana taknya, dalam pertemuan ni, Ustaz Din byk bagi nasihat pada aku mengenai erti sebuah kehidupan..Dan diakhir pertemuan ni, aku bersalaman dengan ustaz Din dan Ustaz Zul..
Itu lah sedikit sebanyak yang berlaku dalam pengembaraan aku smalam..mungkin ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.. Erm,bagi aku, inilah kekuasaan ALLAH SWT yang ditunjukkan kepada aku supaya aku berfikir tentang setiap apa yang berlaku.. Dan aku Yakin, pasti ada hikmahnya yang tersendiri..
No comments:
Post a Comment