Text


Saturday, April 20, 2013

.:Membantu:.

Teringat dulu, bila duk memikirkan persoalan tempoh latihan sebagai pelatih MAS yang lama, beberapa orang sahabat mengadukan nasibnya. Mengeluh panjang, memikirkan perancangan mereka yang telah tersasar jauh dari yang asalnya... Aku hanya tersenyum... Mahu membantu, namun x pasti apakah bentuk bantuan yang mampu aku lakukan sedangkan aku dan mereka berada di dalam sampan yang sama... Terkadang layarnya koyak, terpaksa kami semua membaikinya, terkadang berlubang, terpaksa kami menampalkannya kembali bersama. Namun, pada kebiasaannya, aku sering melihat apa yang sepatutnya aku melihat dalam situasi tersebut... Benarlah, kefahaman yang dikurniakan Allah berbeza terhadap hamba hambanya, bagi sesetengah mereka, mereka merasakan 'masalah' tersebut suatu perkara yang besar sehingga melemahkan kekuatan mereka, namun aku sendiri akui, terkadang aku pun tertewas juga, tapi dalam ketewasan aku melihat suatu sinar yang memandu kearah kemenangangan yang sangat bermakna...

Alhamdulillah, dari pengalaman perit jenuh kami,aku merasakan satu tarbiah di mana Allah sedang 'membina' kami semua, 'melahirkan' kami semua dari kepompong yang sukar, supaya kelak kami mampu terbang dengan kekuatan yang ada. ('',)...

Masa berlalu sepantas pantasnya, umur kami semakin lama semakin meningkat, keperluan semakin mencengkam. Pernah sekali seorang sahabat mengadu, "aku dah berumur,sepatutnya dengan umur sebegini, aku dah boleh menyara kedua ibu bapa aku, membalas budi mereka, tapi apakan daya, aku pula yang mereka tanggung,terkadang agak malu dengan mereka". Apa yang mampu aku nasihatkan adalah supaya banyak bersabar. Aku sendiri akui, dengan tempoh kursus yg semakin lama, rata rata kami semakin tertekan. Dengan izin Allah, aku diberi kudrat untuk menceduk mutiara hikmah dari sang guru yang sangat dikagumi, Syeikh Hafiz Selamat yakni seorang guru yang sangat dikagumi dengan semangat nya membina manusia.Alhamdulillah, mampu aku mengecas semangat diri. Pernah dulu sang guru berkata, kalau tidak berkemampuan, hadiahkanlah juga kepada ibu dan bapa walau sebiji tamar, sesungguhnya mereka bukan mahukan harta dari anak2 nya, namun yang utama adalah ingatan anak anaknya terhadap mereka. Aku terdiam, memikirkan kembali nasib sahabat-sahabat yang lain. Erm...

Ditakdirkan, aku dilanda kesempitan wang,mahu meminta dari ibu dan ayah,terlalu segan, ditambah pula kereta yang meragam dan ada bebanan keperluan wang yang lain... Aku berputar putar mencari solusinya. Mungkin ketika itu Tuhan mahu aku berusaha 'mengoyakkan kepompong' sedikit agar aku kuat untuk fasa seterusnya. Alhamdulillah, berbekalkan Iltizam, aku digerakkan bertemu salah sorang guruku yang sangat aku kasihi, belajar dari caranya & ditakdirkan, guru tersebut membenarkan aku menceburkan diri dalam perniagaannya. Alhamdulillah, aku merasa lambaian kasih Allah dalam mempermudahkan urusan hambanya.

Selama beberapa tempoh, aku agak senang dengan keadaan tersebut, sehingga aku terlupa akan nasib sahabat2 yang lain, mungkin ujian Nya disitu pula... Selang beberapa ketika, aku 'ditegur' lagi... Seorang sahabat mengadukan masalahnya, mahu mendirikan masjid, namun x berkemampuan & ada segelintir yang sudah mendirikan masjid, tapi agak tertekan hidupnya... Aku berfikir, mungkin inilah masanya, Allah memberi untuk aku gunakan & manfaatkan bersama yang lain.

Setelah berbincang, aku cuba membawa sahabat2 yang lain ke gerbang yang sama aku lalui... Alhamdulillah, mereka menaruh harapan yang tinggi. Sekali lagi aku memanjatkan syukur kerana dengan 'Tarbiah' dariNya, sahabat2 yang lain mendapat manfaat yang sama. Semoga mereka semua terhindar dari segala ujian yang tak mampu mereka pikulkan. InsyaAllah...


*kalau semua berfikir mengenai masalah kewangan, masallah tidak akan berhenti, tapi sekiranya kita berusaha memikir, apakah yang Allah mahu mengajar aku dengan makhlukNya yang bernama Wang.. InsyaAllah, jawapanNya hanya kita yang tahu... Alhamdulillah!!!!

No comments: