Sepatah kata,memberi bermacam makna... Ketika bersantai malam di rumah kenalan di sambil menggunakan line 'wifi' nya, aku sempat memerhati perihal info latar belakang di profile facebook milik sendiri. Tersenyum seketika apabila melihat ruangan maklumat peribadi antaranya perkerjaan, tempat belajar & macam macam lagi yang berkaitan. Ternyata,penelitianku kali ini memberi seribu makna. Aku terfikir seperti sebelumya, mencari setiap suratan, mengapa & apa yang perlu. Lalu timbullah di benak hatiku,ekoran dari peristiwa yang berlaku hari ini,kejadian 'teguran demi teguran' rahsia yang entah mengapa,dengan tiba-tibanya aku boleh membelek kembali buku2 lama yang tersusun rapi di rak buku.
Seminit dua aku merenung ke dalam diri, mengambil masa mengimbau kembali tarbiah dari pengalaman yang lalu, pahit, manis, masam, tawar & bermacam-macam lagi dugaan yang pernah aku lalui. Anak mataku tertarik pada satu sudut maklumat di ruangan maklumat latar belakang yang tertera "Trainee Aircraft Maintenance Engineer at Malaysia Airlines Engineering Training Centre",begitu gah sekali 'pangkat' yang disandar bagi seorang pelajar biasa seperti aku. Aku mengkaji lagi, bertanya kepada diri terdalam di dalam diri..."adakah ini matlamat hidupmu? Adakah ini yang menjadi penghalang ketenangan hatimu sehingga engkau bisa melakukan apa saja untuk mencapai matlamatmu itu? Adakah ini punca hidupmu tidak keruan?", entah mengapa,soalan demi soalan mulai timbul menyebabkan aku tidak mampu memberikan jawapan yang benar.
Bertubi tubi soalan yang timbul menyebabkan hatiku tidak keruan, lalu terimbau kembali kenangan lama,di satu sudut di dalam diri,mencari keikhlasan & erti sebuah perjalanan, dimana satu ketika dulu aku pernah berjalan di landasan untuk membuktikan satu pembuktian janji terdahulu. Berat tanggungannya,perit jalannya, namun aku perlu menempuh jua sehingga satu tahap aku dipertemukan 'guru kehidupan'. Dan disebalik pertemuan tersebut,aku diduga dengan dugaan yang manis bersulam pahit menyebabkan aku berputus asa & memilih untuk berjalan seperti manusia biasa.
Zappp!!! Hatiku terpaku pada perkataan 'The Gardener' yang pernah didengari satu ketika dahulu. Entah mengapa, gelodak dihati yang berkeladak seolah olah menjadi jernih memberi satu perkataan baru, ya, the gardener, hina bunyinya, rendah martabatnya di pandangan mata manusia dizaman kini,namun disebalik perkerjaannya, terkandung rahsia yang sangat seni...
*Ya,aku pernah dulu dan kini, mencari materi,pangkat & bermacam darjat, malah kepingin juga mengambil kesempatan terhadap diri sehingga terlalu mencari kelebihan yang ada pada diri, lantas aku bertanya, "untuk apa aku diberi? Rahsia Tuhan Itu tersangat rahsia, Rahsia yang Terahsia, diberi sedikit nikmat, usahlah aku terlalu memuji diri sehingga terlupa diri sendiri,Astagfirullahal 'azim"
**Terkenang pengalaman dulu, terlalu ramai 'The Gardener' yang muncul dalam hidup ni,pernah juga aku 'berkebun' satu ketika dulu,namun ujiannya sangat tinggi. Alhamdulillah,aku diberi peluang bertemu seorang 'pekebun' yang dulunya dikatakan manusia biasa, & kini,telah dibuktikan melalui yayasan yg dibina nya.Alhamdulillah, melihat hasil 'tanamannya' yang menyubur,aku menjadi kagum, mahu sekali untuk mengikut jejak langkahnya. Sebelum itu, ada juga aku bertemu 'The Gardener' yang besar jiwanya, kuat semangatnya & ikhlas hatinya, namun pertemuan kami x berkekalan lama, Allah itu Maha Mengetahui & IlmuNya terlalu Rahsia untuk difahami...('',)
***Sollu ala Nabi, Allahummasolli wassalim wabarik Alaih***
Wednesday, March 20, 2013
Friday, March 1, 2013
'BA' didalam BismillahiRahmaniRahim
Huruf 'BA'... terkandung segala isi Bismillah, dalam Bismillah mencakup segala isi Al-Fatihah, dalam Al-Fatihah, adanya seluruh Al-Quran... "BIkana makana,BIyakunu mayakunu,fawajudul 'Awalimibi" ->(Dengan AKU ada apa saja semua yang telah ada, dengan AKU akan ada apa saja yang akan ada, maka adanya apa saja semua yang ada di alam ini adalah dengan-KU)
melepasi huruf 'BA',bertemu pula dengan husun 'SIN' & seterusnya kepada huruf 'MIM'.... SIN melambangkan 3 perkara yg perlu ada diwakili setiap 3 lekuk, untuk melengkapi MIM perlu kepada yang membawa contoh yakni Muhammad SAW, barulah seterusnya mengenal Allah SWT yg meliputi segalanya...Ar-Rahman & Ar-Rahim...
melepasi huruf 'BA',bertemu pula dengan husun 'SIN' & seterusnya kepada huruf 'MIM'.... SIN melambangkan 3 perkara yg perlu ada diwakili setiap 3 lekuk, untuk melengkapi MIM perlu kepada yang membawa contoh yakni Muhammad SAW, barulah seterusnya mengenal Allah SWT yg meliputi segalanya...Ar-Rahman & Ar-Rahim...
Subscribe to:
Posts (Atom)