Text


Sunday, November 15, 2009

Perancangan Terdekat

Sijil Pengajian Usuluddin

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh pensyarah bidang Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Alhamdulillah, tiba-tiba tadi, ALLAH SWT mentakdirkan dengan menggerakkan hati saya untuk menziarahi blog sahabat-sahabat lama. Dan hasil dari pencarian tu, inilah yang saya temui. InsyaALLAH, saya akan berusaha untuk mendaftarkan diri, tapi untuk tahun ni mungkin sudah terlambat kerana program telah pun bermula. Mudah-mudahan,dengan izin ALLAH SWT, melalui bantuan sahabat-sahabat dan naqib-naqib dari UM, saya akan mengambil kursus ni untuk sesi pengambilan yang seterusnya.

Mungkin ini adalah salah satu jalan yang perlu saya tempuh untuk mencapai cita-cita yang saya pernah suarakan dulu->Muslim Lisence Aircraft Maintenance Engineer with Usuluddin knowledge. Apa-apapun, matlamat asal tetap tidak lari, semata-mata untuk 'memburu Cinta ILAHI'.

*Doakan saya, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


sila klik utk maklumat kursus.

No comments: