Text


Wednesday, November 25, 2009

Ya ALLAH



توسّلنا ببسم الله
وبلهادى رسول الله 

وكلّى عارفين بالله
واهل الله يالله

يالله........
شموس الهدى
شيوخ الورأ
نجوا من ندأ

به الناس له من كلّ عذاب
بقدرالله يالله


maksud selawat..

"Kami bertawassul dengan nama ALLAH dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai ALLAH dan ahli ALLAH,Ya ALLAH.
Ya ALLAH.......
Dengan perantaraan kaum yang mulia,
cahaya hidayah,
dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,
kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,
ya ALLAH"

.:Bila Hati berkata-kata:.


"Tak kira,dimana jua kita berada, bumi ALLAH tetap kita pijak, langit ALLAH tetap kita junjung."

tiba-tiba,hati terdetik untuk berkata-kata sedemikian. Itulah hidup, walaupun di mana kita berada,walaupun siapa kita,walaupun apa pangkat kita, kita semua adalah sama. Duduk di bumi tuhan,berjalan di bumi tuhan, menghirup udara ciptaan tuhan.

Tidak ada ruang untuk melarikan diri, tiada ruang untuk bersembunyi kerana setiap ruang adalah di bawah penguasaanNya.

Bagi diri,segala jenis dugaan,cabaran dan segala mcm halangan adalah satu permainan hidup. Bila diimbas, sebenarnya semua itu adalah satu bentuk tarbiah dari Pencipta, yang memanggil kita untuk kembali mengenalinya, kembali berjalan kearahNya. Siapalah kita untuk melarikan diri dariNya?

Sedar ataupun tidak, ketika Ruh ditiupkan ke dalam jasad oleh ALLAH, Ada Aqad yang ditunaikan("Alastu Mirobbikum? Qalu bala Shahidna"). Ayuh bersama kembali mencariNya. Kejarlah CintaNYA...Berjalanlah di atas landasan Cinta & RedhaNya...

Pemburu Cinta yang kehausan Cinta dari Pencipta...Allahuakbar!!!
(Nukilan Isi hati yangsentiasa lemas dalam mencari cintaNya, masih memburu dan menjejak jalan yang boleh membawa utk bertemu Cinta dan Kasih Sayang Tuhan...Ya ALLAH, bimbinglah aku)

Sunday, November 15, 2009

Perancangan Terdekat

Sijil Pengajian Usuluddin

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh pensyarah bidang Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Alhamdulillah, tiba-tiba tadi, ALLAH SWT mentakdirkan dengan menggerakkan hati saya untuk menziarahi blog sahabat-sahabat lama. Dan hasil dari pencarian tu, inilah yang saya temui. InsyaALLAH, saya akan berusaha untuk mendaftarkan diri, tapi untuk tahun ni mungkin sudah terlambat kerana program telah pun bermula. Mudah-mudahan,dengan izin ALLAH SWT, melalui bantuan sahabat-sahabat dan naqib-naqib dari UM, saya akan mengambil kursus ni untuk sesi pengambilan yang seterusnya.

Mungkin ini adalah salah satu jalan yang perlu saya tempuh untuk mencapai cita-cita yang saya pernah suarakan dulu->Muslim Lisence Aircraft Maintenance Engineer with Usuluddin knowledge. Apa-apapun, matlamat asal tetap tidak lari, semata-mata untuk 'memburu Cinta ILAHI'.

*Doakan saya, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


sila klik utk maklumat kursus.

Monday, November 9, 2009

Ibnu Firnas-Tokoh pertama dalam bidang penerbangan



rujukan video->klik di sini

Pengaruh ideologi memainkan peranan yang amat penting dalam usaha memperkenalkan dan menjulang kembali agama Islam.Antara yang pernah dulu digemilangkan oleh Para Ilmuan Islam yang akhirnya telah lenyap ditimbus dengan penipuan pihak Barat adalah berkenaan penemuan teknologi penerbangan. Kesannya,kemajuan berlandaskan Islam tersorok tanpa diketahui dan diganti dengan nama-nama yang menjulang tokoh ilmuan Barat sekaligus menutup peluang umat manusia untuk memahami agama Islam yang tersangat syumul untuk dianuti seluruh umat manusia.

Sebenarnya usaha meraih teknologi penerbangan sebenarnya seiring dengan Firman Allah di surah Ar-Rahman:

يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْ‌ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬ 

“Hai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan". (Qs. 55:33)


Sebagaimana kebanyakan ilmuwan muslim di zaman dahulu, Ibnu Firnas adalah seorang polymath yang gigih mendalami pelbagai jenis ilmu antaranya kimia, fizik, kedoktoran, astronomi, dan juga sastra. Hasil dari kegigihannya itu,beliau telah berjaya menemui pelbagai teknologi seperti jam air (jam yang dikendalikan oleh aliran air yang stabil), gelas lutsinar, alat pemotong batu kristal hingga peralatan simulasi cuaca yang dikatakan mampu menghasilkan petir buatan, meskipun begitu, masih menjadi teka-teki bagaimana Ibnu Firnas menghasilkan ciptaan peliknya. Namun di antara semua penemuannya, yang paling membanggakan dan dianggap salah satu tonggak sejarah adalah alat terbang buatannya(hehehe,sama mcm bidang yang saya ceburi).

Alat terbang Ibnu Firnas adalah sejenis ornithopter, yakni alat terbang yang menggunakan prinsip kepakan sayap seperti yang ada pada burung, kelawar atau serangga. Pertama kalinya, beliau cuba menggunakan alat terbang ciptaannya di sebuah menara masjid di Cordoba pada tahun 852. Walaubagaimanapun, menjadi adat kebiasaan apabila percubaannya buat kali pertama menemui kegagalan dan menyebabkan beliau terjatuh.Namun begitu,beliau masih terselamat kerana beliau telah melengkapkan diri dengan baju keselamatan(Atau lebih dikenali sekarang sbg payung terjun). Walaubagaimanapun, kegagalan pertama memberi kesan yang positif kerana hasil dari kegagalan tersebut,manusia pada masa kini mendapat manfaat yang besar melalui penggunaan payung terjun tersebut(Erm, bijakkan sebenarnya umat Islam ni?).

Seterusnya,sekitar tahun 875, ketika usianya mencecah umur 65 tahun,beliau dengan beraninya melakukan percubaan terbangnya yang terakhir bagi membuktikan kebenaran teori yang ditemuinya. Akhirnya,dengan menggunakan pesawat layang yang merupakan cikal bakal gantole(entahlah apa jenisnya,tapi inilah yg ditemui bila search kt internet,mungkin dalam bahasa indonesia). Percubaan tersebut dilakukan dari menara di gunung Jabal al-‘Arus iaitu di suatu tempat yang terletak di Cordoba dan disaksikan oleh segelintir pemerhati yang beranggapan bahawa Ibnu Firnas merupaka seorang yang kurang waras.

Akhirnya,percubaannya ketika itu telah membuktikan kebenaran tentang teori penerbangan yang penah dikaji oleh beliau sendiri.walupun begitu, beliau bagaimanapun telah gagal membuat pendaratan yang sempurna dan kesannya, beliau mengalami kecedaan yang parah. Ibnu Firnas meninggal 12 tahun kemudian yakni pada tahun 887.

Sebagai penghormatan pada Ibnu Firnas, sebuah lapangan terbang di Baghdad Utara telah dinamakan bersempena dengan namanya dan dinamai dengan Ibnu Firnas Airport dan bukti yang lain adalah dengan menamakan sebuah jambatan besar di sepanyaol dengan nama Sevilla Abbas ibnu Firnas Bridge.Tidak cukup dari itu,NASA juga telah mengiktiraf tokoh ilmuan Islam ini dengan menamakan sebuah kawah di bulan dengan nama Ibnu Firnas Crater.

Namun usaha Ibnu Firnas dalam bidang penerbangan bukanlah usaha terakhir bagi ilmuan Islam untuk menginovasikan 'kenderaan terbang'. Pada tahun 1630-1632, Hezarfen Ahmad Celebi di Turki berhasil menyeberangi selat Bosporus di Istanbul dengan menggunakan pesawat buatannya sejauh kira-kira 3 kilometer dan telah berjaya mendarat dengan selamat.

Kesimpulannya,teknologi penerbangan seharusnya dikembangkan dengan harapan akan dapat membuka kembali lembaran sejarah ilmuan Islam yang telah lama tertutup oleh sejarah buatan ciptaan Barat.Dengan motivasi ideologi yang kuat, mudah-mudahan teknologi aeronautika dapat dikuasai kembali oleh kaum muslimin.Semoga ini menjadi perjuangan kita dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam khususnya buat sahabat-sahabat yang berada dalam bidang penerbangan.

Renung-renungkanlah,Sejarawan Phillip K. Hitti pernah mencatatkan kejayaan Ibnu Firnas selaku ilmuan Islam dan beliau telah menulis dalam History of the Arabs, "Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying." Maka,kita sebagai umat Islam seharusnya berbangga dan seharusnya berusaha menjulang kembali Islam melalui bidang yang kita ceburi.

Sebagai penutup, renungilah firman ALLAH SWT yang tercatat dalam surah al-Anfaal,

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ

”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya”. (Qs. 8:60)



*Segala maklumat diperolehi melalui kajian menggunakan kemudahan internet. Terima kasih kepada adik-adik usrah(aish,malu plak,depa sebenarnya yang bagitau nama ibnu firnas ni).

Sunday, November 8, 2009

Tujuan Diciptakan Manusia... Is that the Answer?

(Apakah misi kita?)

Perkongsian ringkas dari saya, mungkin sebelum ni ada di kalangan sahabat-sahabat yang mencari-cari tujuan hidup, menccari-cari kenapa setiap apa yg kita impikan tak dapat kita kecapi, kenapa ditakdirkan disini, kenapa ditakdirkan begini dan mcm2 lagi. Mungkin inilah jawapannya...


"Apakah kamu menyangka kami menciptakan kamu sia sia sahaja?Dan kamu tidak kembali kepada kami?" Al-mukminun 115.

Apa-apapun, mulakanlah pencarian misi kita dengan proses mencari Ilmu, kenallah ALLAH melalui jalan ilmu...

->"Takutlah kamu berguru dengan manusia, sesungguhnya manusia itu sifatnya lemah & byk melakukan kesalahan, BERGANTUNGHARAPLAH PADA ALLAH SWT."

apa-apapun,saya terjumpa satu artikel di bawah,elok sekiranya dibaca sebagai satu perkongsian:

Setiap penciptaan sesuatu, pastilah punya tujuan. Seperti sama-sama telah kita ketahui, tiada sesuatupun diciptakan-Nya tanpa tujuan (QS. 3:191). Lalu apakah tujuan penciptaan kita (manusia) di bumi ini oleh Allah Ta’ala? Hal ini sangat penting sekali kita ketahui apabila kita ingin berjalan di muka bumi ini sesuai dengan apa kehendak sang pencipta.

Dalam Al Qur’an disebutkan bahwa tujuan penciptaan manusia ada 3 (tiga) yaitu:

1. Menjadi ABDI ALLAH (QS 51:56)

Menjadi abdi Allah secara sederhana berarti ‘hanya bersedia mengabdi kepada Allah Ta’ala’. Tidak mau mengabdi kepada selain dari Allah Ta’ala, termasuk di dalamnya mengabdi kepada hawa nafsu dan syahwat kita sendiri. Melepaskan diri dari perbudakan hawa nafsu dan syahwat merupakan bagian dari tahapan pertaubatan yang harus dilakukan.

2. Menjadi SAKSI ALLAH (QS 7:172)

Sebelum lahir ke dunia ini nafs manusia berjanji (saksi; asyhadu, syahid, syuhada) kepada Allah Ta’ala di alam Alastu, mempersaksikan bahwa hanya Allah-lah Rabb-nya (Q.S. 7:172). Yang demikian dilakukan agar mereka tidak ingkar di hari akhir nanti.

Pada saat ini pula Allah Ta’ala telah menentukan kepadanya empat perkara , yaitu: (1) Ajal, (2) Rezeki, (3) Amal, serta (4) Keberuntungan dan Musibah (Hadits riwayat Muslim).

Di sini pula kita sering tergelincir memaknai ’syuhada’. Kata ’syuhada’, akar katanya sama dengan kata pada syahadat kita ‘Asyhadu’, artinya bersaksi, mempersaksikan dengan sepenuh kepercayaan, dengan sepenuh keyakinan (mengenai Tuhannya). Kata ’syuhada’ tidak semata-mata berarti orang yang mati di medan perang. Kata ’syuhada’ berarti ‘orang yang telah mempersaksikan’.

Di zaman Rasulullah, mereka yang gugur ketika berniat mengorbankan jiwa mereka untuk Allah melalui jalan yang tersedia dan dibutuhkan ummat pada masa itu (berperang), yang pengorbanannya diterima oleh Allah, dianugerahi sebuah ‘penyaksian (akan kebenaran)’ melalui gugurnya mereka di medan perang. Maka, belum tentu setiap orang yang gugur di medan perang adalah ’syuhada’. Juga hal ini berimplikasi bahwa banyak cara lain menjadi seorang ’syuhada’ selain melalui peperangan.

3. Menjadi KHALIFAH ALLAH (QS 2:30)

Khalifah Allah sebenarnya adalah perwakilan Allah untuk memakmurkan bumi. Banyak yang salah mengira bahwa menjadi khalifah berarti ‘menguasai’. Adam A.S bukanlah manusia pertama, tetapi ia adalah khalifah pertama. Sebelumnya terdapat manusia-manusia yang tidak bertugas sebagai khalifah, seperti Pitecanthropus, Meganthropus, Paleo Javanicus, dsb(perlu kpda kajian yg mendalam). Lihatlah penggunaan kata: ‘Khalifah’ bukan ‘Insan’ di ayat tersebut.

Untuk bertugas sebagai khalifah, bukan berarti harus selalu dibentuknya sebuah sistem pemerintah berlabelkan Islam. Sebenarnya tiap individu dapat berperan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini secara individual, karena sesungguhnya seorang manusia baru berfungsi sebagai khalifah, adalah ketika ia berkarya di bumi ini berdasarkan misi untuk berbuat yang Allah telah tentukan kepadanya di alam Alastu.

Masing-masing orang punya “Misi Suci” yang berbeza-beza, yang telah Allah tugaskan kepadanya. Berdasarkan misi suci inilah “untuk apa” seseorang diciptakan dan “menurut apa dimudahkan kepadanya”.

Dalam hadits Rasulullah SAW disebutkan:

Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sudahkah dikenal para penduduk neraka dan penduduk surga?” Jawab Rasulullah: “Sudah.” Lalu ia kembali bertanya: “Kalau begitu untuk apa manusia beramal ?” Rasulullah SAW menjawab: “Mereka beramal untuk apa dia diciptakan dan menurut apa yang dimudahkan kepadanya”. (Hadits Riwayat Bukhari).

Kebanyakan manusia tidak mengetahui untuk apa dia dicipta di dunia ini.

Ketika seorang berkarya di bumi ini sesuai dengan Misi Hidup nya, maka secara langsung ia telah berkarya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki padanya. Maka secara langsung pula ia telah menjadi Abdi Allah (QS 51:56) secara hakiki.

[Imam Suhadi]


perkongsian dari

http://suluk.blogsome.com