Text


Tuesday, February 3, 2009

Muhammad al-Fatih

(Muhammad al-Fatih)


Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau "si Penakluk" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”


Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah


Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."


Jasa dan sumbangan


Rencana utama: Kejatuhan Constantinople


Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sunday, January 18, 2009

Dah ada awek ke belum???

Dunia sekarang... Terkadang saya rasa pelik bila memikirkan balik... pernah sekali sekala kawan-kawan dan sedara mara ada yang menyindir dan bergurau dengan saya mengenai isu couple..Erm, barangkali mereka tidak merasa sensitif berkenaan dengan isu ini... terkandang saya tergamam bila memikirkan balik... mana taknya,sesetengah dari masyarakat hari ini memandang remeh berkenaan isu couple di kalangan anak-anak muda.. malah ada segelintir ibu bapa yang menyokong tindakan anak-anak mereka yang baru mencecah alam remaja untuk memasuki alam 'couple' ini... katanya,remaja, fitrah manusia... erm... confius2x...


terkadang, saya geram terhadap kenalan2 yang menyindir saya bila membincangkan isu couple... mana taknya, terkadang mereka menuduh saya tidak mempunyai perasaan dan x cool sbb tidak mempunyai 'cewek' dalam bahasa indonnya... erm, inilah realilti, memang benar, saya akui,semenjak saya 'dilahirkan' 2 tahun lepas(mengikut kalendar Hijriah),saya sememangnya 'takut' dan 'fobia' sikit kalau nak bercakap apatah lagi bersembang kosong dengan perempuan secara bersemuka(sembang ada jugak,tapi yang penting2 sahaja)... Mungkin ada di kalangan pembaca merasa pelik kenapa saya bersifat sedemikian...tapi itulah realitinya...

berbalik kepada permasalah saya.. mungkin ada yg tertanya-tanya, apalah sebabnya sampai begitu sekali kritikalnya sehingga sampai ke tahap fobia ni??? sebenarnya, saya cuma takut, ya memang benar saya takut, takut sekiranya timbul satu perasaan yang sememangnya tidak layak untuk ditimbulkan dalam diri saya terhadap seorang perempuan yang pada mula-mulanya tiada hubungan dengan saya sehingga terlahirnya satu 'ikatan haram' yg paling diperangi oleh ahli2 jemaah Islam->couple<-...
Haa, bukan apa, sebenarnya, sbg seorang lelaki, memang saya akui, terkadang saya nyaris terjerumus ke dalam kancah couple ni, tapi bila difikir dan dikenangkan balik, mana mungkin bagi saya untuk mencurahkan rasa cinta saya terhadap seorang wanita yang bukan muhrim dengan saya... alangkah murahnya nilai cinta tersebut sehingga ia mungkin akan dapat menukarkan perasaan cinta itu kepada derita yang mungkin tidak dipinta(ceh,jiwangnya ayat ni, tapi derita tu mmg saya akui, saya takut akan derita untuk menanggung dosa kerana menzalimi perasaan cinta itu sendiri)..

Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya, dalam diri saya, perempuan2 yang layak menerima cinta saya adalah....jeng,jeng,jeeeennggg->ibu saya,mak cik-mak cik saya,saudara2 perempuan saya serta ibu2 muslim(isteri2 rasulullah SAW->sbb mereka byk menolong nabi dalam menyebarkan Islam)...


Apa-apapun, wanita2 tersebut memanglah common kalau kita tanya pada sesiapapun, comfirm, itulah jawapan mereka... namun,ada satu lagi perasaan cinta terhadap makhluk yang memang saya simpan dan jaga sebaik-baiknya(cinta yang belum pernah digunakan lagi, hanya menunggu masa untuk digunakan)... nak tahu tak??? erm, malu pun ada, segan pun ada nak cakap...erm,okeylah,, sebenarnya itulah cinta yang saya akan gunakan sepenuhnya untuk zaujah saya suatu hari nanti(perghhh,,, mengaku jugak...tapi sekarang saya belum ada zaujah lagi...hehehee)... tapi sememangnya itulah realiti... dari dulu, saya memang memasang azam, akan menggunakan cinta ini bila sudah ada ikatan yang sah... dan muslimat tersebut, mestilah dahulu menjadi zaujah saya(sekarang masih lagi tiada calon)...hehehehee... dan,untuk pengetahuan semua, itulah cinta pertama dan InsyaALLAh akan kekal untuk selama-lamanya... dan saya jga berharap, agar bakal zaujah saya pun begitu juga... saya berharap agar cinta tersebut belum pernah lagi digunakan dan itulah kali pertamanya ia digunakan..

Hurm, terkadang, sebagai manusia biasa, saya sering termenung dan khayal sendirian berkenaan dgn bakal zaujah saya... erm, kalau ikutkan hati, mmg sya nk yang paling perfect, tapi kalau x dapat jugak, mudah-mudahan biarlah sama2 mempunya fikrah yang serupa.saling memahami,sama2 berjuang mengejar Cinta & Jannah ALLAH,sama2 berjuang untuk Islam... dan itulah sebenarnya impian dan ciri2 zaujah yang sering saya idamkan... dan, yang paling penting, cinta antara kami biarlah semata-mata kerana Yang Maha Pencipta...

"wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji adalah untuk wanita2 yg keji, dan wanita2 yg baik adalah untuk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik. mereka yg dituduh itu bersih daroi apa yg dituduh. bagi mereka keampunan dan rezeki yg mulia" surah annur:26


Gambar dari kiri:saya,zaujah saya,
Gambar depan dari kiri:Anak perempuan saya,anak lelaki saya(InsyaALLAH,Hafiz & Hafizah)
(-Inilah impian saya yang akan datang,baitulmuslim..Doakan saya supaya bertemu zaujah yg diimpikan-)


Dan, dengan lahirnya cinta itu, saya juga amat2 berharap agar terlahirnya sebuah baitul muslim yang memang saya impi-impikan selama ini.Dan bagi saya,ini juga salah satu tujuan perkahwinan agar dpt zuriat yg juga bakal mewarisi perjuangan selepas dikaderkan oleh ibu dan ayah sendiri..Baitulmuslim yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... dan, harapan saya juga, dengan lahirnya baitul muslim ini, maka lahirlah pejuang-pejuang yang akan berusaha untuk menegakkan agama ALLAH SWT dimuka bumi ini...InsyaALLAH...

p/s:Erm, harap semua pembaca faham, kenapa saya x suka bercouple dgn wanita yg bukan ada ikatan yang sah...Cuba renung balik, mesti best kan bila pengalaman pertama bercinta adalah dengan zaujah kita sendiri, sudah tidak ada lagi batas2 yang menghalang...Mesti manis, mudah-mudahan, kita semua dikurniakan pasangan yang akan menyedarkan kita apabila kita lalai dari mengingatiNYA, mengejutkan kita berqiamullai dan membaca Al-Quran bersama-sama, mengejar cinta dan redha ALLAH bersama-sama, berjuang bersama-sama, memikul beban dakwah bersama-sama dan saling memberi sokongan...Hurm, mesti best kan...

(maknanya Cinta)

Peringatan Untuk Member2 di luar sana-> "X semestinya aweks kamu sekarang ni akan jadi isteri kamu suatu hari nanti, so fikir la baik2, x ke rugi kalau dah bagi cinta yang sepatutnya untuk pasangan kamu yang sah kelak??? Kesian isteri kamu, dapat cinta yang saki baki je..."~~~haaa,, fikir-fikirkanlah~~~

Saturday, January 3, 2009

Iqaidul Iman


Inilah Kitab yang dinamakan Kitab Usuluddin.. Mungkin ada di kalangan pembaca menganggap kitab ini terlalu ringan untuk dipelajari. Hrm, namun bagi saya, walaupun kitab ini nipis dan ringan untuk dipelajari, ia sebenarnya amat penting untuk difahami. mana mungkin bagi kita yang digelar umat Islam tidak memahami apa itu usuluddin? kok macamana ya sih mau paham Islam? kok gimana mau beribadah? kok gimana mau mengabdikan diri? kalau pokoknya permulaan agama belum bisa difahami, kok kalian mengerti?(hehehe,, pinjam bahasa sahabat dari medan-Universitas Sumetera Utara-)


Memang benar seperti kata2 ustaz Zulkifli Ismail(our Mua'alim) yang mengatakan bahawa tabiat orang Rabbani sememangnya bermula dari bawah. Bak kata Saidina Ali krwj,'Permulaan Agama itu adalah Marifatullah'. Jika kita fikir secara logik pun, memang banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawasanya untuk memahami sesuatu @ untuk memulakan sesuatu, perlunya bermula dari bawah. Jelas sekali, penciptaan alam ini pun berlaku secara beransur-ansur dan ada pemulaannya. Erm, betullah, segala-galanya yang dinamakan makhluk ni punyai permulaan, berbeza dengan Allah SWT yang bersifat Qidam. Dan, sememangnya amat benar sekali kata-kata ustaz Zul, Pengajian yang bermula dari asas ni sememangnya berkat.

(Ustaz Zulkifli Ismail)

Barangkali, segelintir pengunjung blog saya ni kurang jelas apa makna usuluddin yang sebenarnya. Menurut apa yang saya fahami, Usuluddin ni adalah ilmu usul yang membincangkan tentang dasar-dasar agama(Iqaidul Iman @ Simpulan Iman). Berkata berkenaan dengan dasar ni, sudah tentu ianya amat penting kan? cuba imagine kalau lautan tidak berdasar, secara hukum adatnya, mungkihkah wujud lautan yang luas? begitulah juga halnya dengan agama Islam, kalau tiada dasarnya, mungkinkah Islam itu betul2 mantap dalam diri kita? So, based on this, sekali lagi saya nk tegaskan di sini(cewah, macam berdebat plak), bahawasanya asas @ dasar agama Islam itu perlu difahami sedalam-dalamnya dalam setiap diri manusia yang mukallaf.

Ntahla, banyak sebenarnya yang saya nk kongsikan di sini,malah terlalu banyak, bila tertaip mukallaf ni, rasa macam nak explain pun ada. Ok la, nak tau tak apa makna mukallaf ni? mukallaf,mukallaf ni maksudnya orang yang cukup syarat untuk laksanakan perintah & tinggalkan larangan Allah SWT. Dan salah satu taklifan mukallaf ni adalah perlunya faham tentang dasar2 agama. Nah disini saya sertakan antara syarat2 yang perlu ada bagi melayakkan diri untuk menjadi mukallaf; antaranya,(1)Akil,(2)Baligh,(3)Islam,(4)cukup panca indera,(5)sampai seruan Islam.. Hrmm, saya rasa semua pembaca dah memenuhi kriteria2 yang disebutkan, betul tak? Maknanya, antum/antunna semua ni dah layak digelar mukallaf, so, perlunya dan sememangnya perlu bagi antum/antunna semua blajar dan faham apa itu usuluddin,hal-hal berkenaan Ilahiyat(Ketuhanan),Nubuwah(kenabian), Sam'iyyat(Ghaibiah) serta pembahagian hukum-hukum aqal. Dan salah satu cara nak memahaminya adalah dengan belajar bermula dari bawah(melalui kitab ni pun boleh).


Melalui pembelajaran melalui kitab ini juga, saya dapat mengenali golongan-golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya adalah golongan (1)Ulama' Tafsir,(2)Ahli hadis @ Riwayat,(3)Ahli sejarah,(4)Akidah Tauhid,(5)Ahli Fiqh,(6)Ahli Tasawuf,(7)Mujahidin dan (8)Pakar yang alim dalam bidang Bahasa. Dan seperti yang kita semua ketahui pun, golongan yang berpegang pada akidah yang betul ini sememangnya ditentang hebat oleh golongan yang byk menimbulkan kontroversi sekarang ini iaitu golongan yang bermazhab Wahabi iaitu golongan yang secara suka hatinya membentuk mazhab sendiri dan menoloak iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Adake patut Wahabi ni menyamakan ALLAH SWT dengan makhluk? Bila diajak berdebat, duk melalau nk tegakkan benang yang basah(Ustaz Zul ada ceritakan berkenaan sikap golongan Wahabi nih)..Huh, letih den bilo duk fikir masalah umat ni.Namun apa daya dan usaha den? Bila la umat nk maju bila semua duk asyik bertelagah dan x bersatu..huhuhuu..

Susah jugak sebenarnya saya nk explain di sini,tu pun tak sampai 1% dari permulaan pengenalan kitab ni berbanding dengan apa yang saya perolehi dari pengembaraan saya baru2 ini di melaka. Kalau nk dibandingkan apa yang saya pelajari dari Ustaz Zulkifli Ismail, masih byk lagi yang ada dalam katung ilmu saya ni.Alhamdulillah, terlalu banyak manfaatnya bila dapat belajar bersua muka dan bertalaqi dengan Ustaz Zul.Erm, amat susah jugak mahu dikongsi dalam blog ni, namun apa2 pun, bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kitab ini, bolehlah sama2 belajar di Pondok Baitul Qurra', Melaka.

Tuesday, December 23, 2008

Berpetualang


Hurm, itulah perkataan yang mampu saya taip sebagai tajuk.. Doakan saya mudah-mudahan bertemu apa yang dicita-citakan.. Berpetualang mencari kebenaran yang sejati bersempena dengan cuti coursebreak tahun ni... InsyaALLAH..

kali ni hanya saya seorang diri yang berpetualang ke melaka. hurm, nilah perancangan saya dari dulu lagi.. mungkin pengalaman kali ni akan saya gunakan untuk menghayati sebenar-benarnya erti tawakkal pada yang Maha Pencipta,InsyaALLAh,(mudah2han Engkau permudahkanlah dan jauhkanlah aku dari segala sifat keji yang Engkau murkai)..

Sunday, December 21, 2008

Virus FUTUR!!

Ya Allah, what happen to me?? I don't know, terasa seolah-olah virus yang paling aku geruni selama ini semakin lama semakin dekat menghampiri,semakin kuat menguasai diri.. FUTUR

Aku rasakan, seolah-olah semua benteng pertahanan pertama, kedua & seterusnya seakan-akan tidak mampu menanggung asakan demi asakan yang semakin kuat dari virus futur ni.. Ya ALLAH, kini aku sedar, siapalah diriku.. Ya, jika dulu, antibodi2 pertahanan untuk menentang ancaman virus futur ini kuat, tapi sekarang,aku rasakan seolah2,'antibodiku' telah tidak terdaya dan semakin lemah..Entah mengapa,aku rasakan seolah2 mereka telah jauh pergi meninggalkan diriku..aku sendiri tidak tahu mengapa.. wahai diri, aku tahu dan mengerti, engkau perlukan barisan pertahanan yang kuat untuk melawan serangan virus futur yang aku alami sekarang ini.. namun,siapalah aku?


Wahai 'antibodi'2 yang dulu pernah membantu dalam menguatkan sistem pertahanan dalam diriku, aku perlukan kekuatan dan semangat dari kalian semua untuk membantu aku melawan virus futur yang kian mengganas dalam diriku ini. kini,aku semakin takut,semakin gusar, ya setiap langkah dan tindakkanku nyata telah menampakkan simptom2 dan kesan dari kefuturan ni.. Ya ALLAH, Aku merayu dan terus merayu dariMu Ya ALLAH!!! berilah kekuatan kepadaku walaupun tiada lagi 'antibodi' yang sudi mempertahankan dan melawan virus futur dalam diriku ini..

Namun,dalam kegelisahan ni, aku mencuba mencari apa yang tersirat di sebalik serangan virus ini.. Ya, aku sering mencuba untuk mencari yang tersirat di atas apa yg berlaku, namun, diriku masih lemah..Namun, aku sedar yang Rabbku masih menyayangi diri ini. Menyayangi diri ini dengan membuatkan aku sedar dari lamunan. Bantulah hambaMu ini dalam meniti titian liku kehidupan... wahai virus, pergilah engkau dari sisiku, jauhlah engkau dari diriku wahai FUTUR.. Sungguh,aku tahu, engkaulah cubaan yang mencuba untuk menjauhkan diriku dari pencarian Cinta Yang Hakiki dari Yang Maha Pencipta..

NYAHKAU dari sini wahai FUTUR yang cuba untuk merosakkan titian perjalananku in!!! Ya ALLAH, pimpinlah HAMBAMU ini... Istiqomahkanlah aku dalam perjuangan ini!!!

Wednesday, December 17, 2008

JOM KITA MEMBACA..

* 1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k.
...hehehe
hepi holiday......

Takde Tajuk..BLURR!!!

Rupanya sudah lama saya x berblog, entahlah, seolah-olah sudah hilang feel untuk berblog sejak akhir-akhir ni.. Barangkali ni post terakhir??? ntahla, saya sendiri pun x tahu kenapa..huhuhuu..mungkin ada rahsia di sebalik rahsia ni(guna istilah ni lagi…hehehee)

Ohh ya, sebelum saya lupa,bleh gak kongsi ni, mungkin bleh bagi manfaat kat org lain.. time duk kt kelantan hari tu, saya sempat la jugak pergi beli buku yang ala2 diari tu, tapi uniknya, buku ni,setiap hari ada kata-kata hikmah pada setiap muka ditambah pula ada tafsiran ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang berguna.. Hrmm,,memang bagus la buku ni.. nama dia, Dairi Islamiah(hehehe, dairi la ni).. Oppss,, tapi jgn salah anggap pulak, saya ni bukan jenis yang suka tulis dairi, saya beli haritu sebab tertarik dgn content dalam dairi ni.. pasal dairi tu,hrm adalah yang akan saya gunakan nanti. Mungkin penganti blog ni kot...hehehee..(heheehe,saya pun x paham’pengganti blog’?)

Ok la, sebelum saya mengampu panjang-panjang, baik saya undur diri dulu,nanti apa kata orang lak..

masih belum terlambat kot untuk mengucapkan...“Salam Aidil Adha, Hayatilah Erti Pengorbanan”Salam Alaik..
(Ini adalah tulisan computer,tanda tangan tidak diperlukan..hehehehehehehee)