Text


Sunday, January 18, 2009

Dah ada awek ke belum???

Dunia sekarang... Terkadang saya rasa pelik bila memikirkan balik... pernah sekali sekala kawan-kawan dan sedara mara ada yang menyindir dan bergurau dengan saya mengenai isu couple..Erm, barangkali mereka tidak merasa sensitif berkenaan dengan isu ini... terkandang saya tergamam bila memikirkan balik... mana taknya,sesetengah dari masyarakat hari ini memandang remeh berkenaan isu couple di kalangan anak-anak muda.. malah ada segelintir ibu bapa yang menyokong tindakan anak-anak mereka yang baru mencecah alam remaja untuk memasuki alam 'couple' ini... katanya,remaja, fitrah manusia... erm... confius2x...


terkadang, saya geram terhadap kenalan2 yang menyindir saya bila membincangkan isu couple... mana taknya, terkadang mereka menuduh saya tidak mempunyai perasaan dan x cool sbb tidak mempunyai 'cewek' dalam bahasa indonnya... erm, inilah realilti, memang benar, saya akui,semenjak saya 'dilahirkan' 2 tahun lepas(mengikut kalendar Hijriah),saya sememangnya 'takut' dan 'fobia' sikit kalau nak bercakap apatah lagi bersembang kosong dengan perempuan secara bersemuka(sembang ada jugak,tapi yang penting2 sahaja)... Mungkin ada di kalangan pembaca merasa pelik kenapa saya bersifat sedemikian...tapi itulah realitinya...

berbalik kepada permasalah saya.. mungkin ada yg tertanya-tanya, apalah sebabnya sampai begitu sekali kritikalnya sehingga sampai ke tahap fobia ni??? sebenarnya, saya cuma takut, ya memang benar saya takut, takut sekiranya timbul satu perasaan yang sememangnya tidak layak untuk ditimbulkan dalam diri saya terhadap seorang perempuan yang pada mula-mulanya tiada hubungan dengan saya sehingga terlahirnya satu 'ikatan haram' yg paling diperangi oleh ahli2 jemaah Islam->couple<-...
Haa, bukan apa, sebenarnya, sbg seorang lelaki, memang saya akui, terkadang saya nyaris terjerumus ke dalam kancah couple ni, tapi bila difikir dan dikenangkan balik, mana mungkin bagi saya untuk mencurahkan rasa cinta saya terhadap seorang wanita yang bukan muhrim dengan saya... alangkah murahnya nilai cinta tersebut sehingga ia mungkin akan dapat menukarkan perasaan cinta itu kepada derita yang mungkin tidak dipinta(ceh,jiwangnya ayat ni, tapi derita tu mmg saya akui, saya takut akan derita untuk menanggung dosa kerana menzalimi perasaan cinta itu sendiri)..

Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya, dalam diri saya, perempuan2 yang layak menerima cinta saya adalah....jeng,jeng,jeeeennggg->ibu saya,mak cik-mak cik saya,saudara2 perempuan saya serta ibu2 muslim(isteri2 rasulullah SAW->sbb mereka byk menolong nabi dalam menyebarkan Islam)...


Apa-apapun, wanita2 tersebut memanglah common kalau kita tanya pada sesiapapun, comfirm, itulah jawapan mereka... namun,ada satu lagi perasaan cinta terhadap makhluk yang memang saya simpan dan jaga sebaik-baiknya(cinta yang belum pernah digunakan lagi, hanya menunggu masa untuk digunakan)... nak tahu tak??? erm, malu pun ada, segan pun ada nak cakap...erm,okeylah,, sebenarnya itulah cinta yang saya akan gunakan sepenuhnya untuk zaujah saya suatu hari nanti(perghhh,,, mengaku jugak...tapi sekarang saya belum ada zaujah lagi...hehehee)... tapi sememangnya itulah realiti... dari dulu, saya memang memasang azam, akan menggunakan cinta ini bila sudah ada ikatan yang sah... dan muslimat tersebut, mestilah dahulu menjadi zaujah saya(sekarang masih lagi tiada calon)...hehehehee... dan,untuk pengetahuan semua, itulah cinta pertama dan InsyaALLAh akan kekal untuk selama-lamanya... dan saya jga berharap, agar bakal zaujah saya pun begitu juga... saya berharap agar cinta tersebut belum pernah lagi digunakan dan itulah kali pertamanya ia digunakan..

Hurm, terkadang, sebagai manusia biasa, saya sering termenung dan khayal sendirian berkenaan dgn bakal zaujah saya... erm, kalau ikutkan hati, mmg sya nk yang paling perfect, tapi kalau x dapat jugak, mudah-mudahan biarlah sama2 mempunya fikrah yang serupa.saling memahami,sama2 berjuang mengejar Cinta & Jannah ALLAH,sama2 berjuang untuk Islam... dan itulah sebenarnya impian dan ciri2 zaujah yang sering saya idamkan... dan, yang paling penting, cinta antara kami biarlah semata-mata kerana Yang Maha Pencipta...

"wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji adalah untuk wanita2 yg keji, dan wanita2 yg baik adalah untuk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik. mereka yg dituduh itu bersih daroi apa yg dituduh. bagi mereka keampunan dan rezeki yg mulia" surah annur:26


Gambar dari kiri:saya,zaujah saya,
Gambar depan dari kiri:Anak perempuan saya,anak lelaki saya(InsyaALLAH,Hafiz & Hafizah)
(-Inilah impian saya yang akan datang,baitulmuslim..Doakan saya supaya bertemu zaujah yg diimpikan-)


Dan, dengan lahirnya cinta itu, saya juga amat2 berharap agar terlahirnya sebuah baitul muslim yang memang saya impi-impikan selama ini.Dan bagi saya,ini juga salah satu tujuan perkahwinan agar dpt zuriat yg juga bakal mewarisi perjuangan selepas dikaderkan oleh ibu dan ayah sendiri..Baitulmuslim yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... dan, harapan saya juga, dengan lahirnya baitul muslim ini, maka lahirlah pejuang-pejuang yang akan berusaha untuk menegakkan agama ALLAH SWT dimuka bumi ini...InsyaALLAH...

p/s:Erm, harap semua pembaca faham, kenapa saya x suka bercouple dgn wanita yg bukan ada ikatan yang sah...Cuba renung balik, mesti best kan bila pengalaman pertama bercinta adalah dengan zaujah kita sendiri, sudah tidak ada lagi batas2 yang menghalang...Mesti manis, mudah-mudahan, kita semua dikurniakan pasangan yang akan menyedarkan kita apabila kita lalai dari mengingatiNYA, mengejutkan kita berqiamullai dan membaca Al-Quran bersama-sama, mengejar cinta dan redha ALLAH bersama-sama, berjuang bersama-sama, memikul beban dakwah bersama-sama dan saling memberi sokongan...Hurm, mesti best kan...

(maknanya Cinta)

Peringatan Untuk Member2 di luar sana-> "X semestinya aweks kamu sekarang ni akan jadi isteri kamu suatu hari nanti, so fikir la baik2, x ke rugi kalau dah bagi cinta yang sepatutnya untuk pasangan kamu yang sah kelak??? Kesian isteri kamu, dapat cinta yang saki baki je..."~~~haaa,, fikir-fikirkanlah~~~

4 comments:

Hazim Azhar said...

Salam.. semoga dijodohkan dengan wanita soleheh. amin.

muhammad hilmi zolkifli said...

InsyaALLAH...Doakan sekali... semoga kita semua sama2 bertemu pasangan yg solehah...untuk meneruskan rantai2 perjuangan menegakkan Islam...Aminnnn

Wan Suhafifi Sukri said...

salam..hai, kenape tibe2 topik couple nie?? mesti ade pape ni..heheh. Bak kate Ust Hasrizal, 'Jgn Buru-buru, jGN tangguh-tangguh'..sesuai waktu dan keadaan nta carilah calon jauzah yang cocok di hati. Waktu sekarang, ana cadangkan nta fokus utk mengejar ilmu, mencari pengalaman, mentarbiyah adik2, dan utk mengenal & memperbaiki diri sebagai hambaNYA. Nasehat ni utk ana sama sbenarnya..hehe. Moga nta mendapat zaujah yg sentiasa menjadi penenang hati dan menjadi pemimpin kpd anak2 nta yang bertakwa.

muhammad hilmi zolkifli said...

Ana saja je tulis tajuk ni... erm, skang mana ada calon lagi, masa skang pun belum sesuai lagi... kalau boleh, biarlah ana mampu menjaga Islam dalam diri ana dulu, mantapkan pemahaman agama, berjuang sepuas2nya demi Islam... igt ustaz zul kata haritu??? kahwin itu nikmatnya 6 bulan shj, lepastu tanggungjawab menyusul... InsyaALLAH, kalau kerana Islam selama-lamanya jadi nikmat...

p/s:bkn apa, hari sabtu lepas, lepas jumpa junior2, ana balik lewat, jadi xleh masuk rumah ana sbb pak guard dah x bg masuk... so ana tumpang tido di rumah pak cik ana...bila tgk family dia, rasa sejuk hati,pagi2 ana tdgar pak cik ana dan zaujah dia baca Quran + Qiamullai, then disusuli dgn anak dia yg bangun pagi2(mungkin Qiamullai skali)... baitul muslim...tu jadi tertulis ni...heheheee....