Text


Saturday, January 3, 2009

Iqaidul Iman


Inilah Kitab yang dinamakan Kitab Usuluddin.. Mungkin ada di kalangan pembaca menganggap kitab ini terlalu ringan untuk dipelajari. Hrm, namun bagi saya, walaupun kitab ini nipis dan ringan untuk dipelajari, ia sebenarnya amat penting untuk difahami. mana mungkin bagi kita yang digelar umat Islam tidak memahami apa itu usuluddin? kok macamana ya sih mau paham Islam? kok gimana mau beribadah? kok gimana mau mengabdikan diri? kalau pokoknya permulaan agama belum bisa difahami, kok kalian mengerti?(hehehe,, pinjam bahasa sahabat dari medan-Universitas Sumetera Utara-)


Memang benar seperti kata2 ustaz Zulkifli Ismail(our Mua'alim) yang mengatakan bahawa tabiat orang Rabbani sememangnya bermula dari bawah. Bak kata Saidina Ali krwj,'Permulaan Agama itu adalah Marifatullah'. Jika kita fikir secara logik pun, memang banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawasanya untuk memahami sesuatu @ untuk memulakan sesuatu, perlunya bermula dari bawah. Jelas sekali, penciptaan alam ini pun berlaku secara beransur-ansur dan ada pemulaannya. Erm, betullah, segala-galanya yang dinamakan makhluk ni punyai permulaan, berbeza dengan Allah SWT yang bersifat Qidam. Dan, sememangnya amat benar sekali kata-kata ustaz Zul, Pengajian yang bermula dari asas ni sememangnya berkat.

(Ustaz Zulkifli Ismail)

Barangkali, segelintir pengunjung blog saya ni kurang jelas apa makna usuluddin yang sebenarnya. Menurut apa yang saya fahami, Usuluddin ni adalah ilmu usul yang membincangkan tentang dasar-dasar agama(Iqaidul Iman @ Simpulan Iman). Berkata berkenaan dengan dasar ni, sudah tentu ianya amat penting kan? cuba imagine kalau lautan tidak berdasar, secara hukum adatnya, mungkihkah wujud lautan yang luas? begitulah juga halnya dengan agama Islam, kalau tiada dasarnya, mungkinkah Islam itu betul2 mantap dalam diri kita? So, based on this, sekali lagi saya nk tegaskan di sini(cewah, macam berdebat plak), bahawasanya asas @ dasar agama Islam itu perlu difahami sedalam-dalamnya dalam setiap diri manusia yang mukallaf.

Ntahla, banyak sebenarnya yang saya nk kongsikan di sini,malah terlalu banyak, bila tertaip mukallaf ni, rasa macam nak explain pun ada. Ok la, nak tau tak apa makna mukallaf ni? mukallaf,mukallaf ni maksudnya orang yang cukup syarat untuk laksanakan perintah & tinggalkan larangan Allah SWT. Dan salah satu taklifan mukallaf ni adalah perlunya faham tentang dasar2 agama. Nah disini saya sertakan antara syarat2 yang perlu ada bagi melayakkan diri untuk menjadi mukallaf; antaranya,(1)Akil,(2)Baligh,(3)Islam,(4)cukup panca indera,(5)sampai seruan Islam.. Hrmm, saya rasa semua pembaca dah memenuhi kriteria2 yang disebutkan, betul tak? Maknanya, antum/antunna semua ni dah layak digelar mukallaf, so, perlunya dan sememangnya perlu bagi antum/antunna semua blajar dan faham apa itu usuluddin,hal-hal berkenaan Ilahiyat(Ketuhanan),Nubuwah(kenabian), Sam'iyyat(Ghaibiah) serta pembahagian hukum-hukum aqal. Dan salah satu cara nak memahaminya adalah dengan belajar bermula dari bawah(melalui kitab ni pun boleh).


Melalui pembelajaran melalui kitab ini juga, saya dapat mengenali golongan-golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya adalah golongan (1)Ulama' Tafsir,(2)Ahli hadis @ Riwayat,(3)Ahli sejarah,(4)Akidah Tauhid,(5)Ahli Fiqh,(6)Ahli Tasawuf,(7)Mujahidin dan (8)Pakar yang alim dalam bidang Bahasa. Dan seperti yang kita semua ketahui pun, golongan yang berpegang pada akidah yang betul ini sememangnya ditentang hebat oleh golongan yang byk menimbulkan kontroversi sekarang ini iaitu golongan yang bermazhab Wahabi iaitu golongan yang secara suka hatinya membentuk mazhab sendiri dan menoloak iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Adake patut Wahabi ni menyamakan ALLAH SWT dengan makhluk? Bila diajak berdebat, duk melalau nk tegakkan benang yang basah(Ustaz Zul ada ceritakan berkenaan sikap golongan Wahabi nih)..Huh, letih den bilo duk fikir masalah umat ni.Namun apa daya dan usaha den? Bila la umat nk maju bila semua duk asyik bertelagah dan x bersatu..huhuhuu..

Susah jugak sebenarnya saya nk explain di sini,tu pun tak sampai 1% dari permulaan pengenalan kitab ni berbanding dengan apa yang saya perolehi dari pengembaraan saya baru2 ini di melaka. Kalau nk dibandingkan apa yang saya pelajari dari Ustaz Zulkifli Ismail, masih byk lagi yang ada dalam katung ilmu saya ni.Alhamdulillah, terlalu banyak manfaatnya bila dapat belajar bersua muka dan bertalaqi dengan Ustaz Zul.Erm, amat susah jugak mahu dikongsi dalam blog ni, namun apa2 pun, bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kitab ini, bolehlah sama2 belajar di Pondok Baitul Qurra', Melaka.

No comments: