ambe sengaja update status dalam facebook ambe seperti lagutu...erm
Luahan suara hati berbisik lagi.... "Ya ALLAH, adakah ini anugerah dari Mu? atau ini hanya istidraj bagiku?... aku mohon Ya ALLAH, sekiranya ini adalah Istidraj dariMu ke atasku...bimbinglah aku Ya ALLAH supaya ia bertukar menjadi anugerah yang Engkau kurniakan kepadaku untuk manfaat hamba-hambaMu yang lain"
Serius, ambe sendiri amat terkejut dengan apa yang sedang ambe lalui sekarang ini... bermula dari pertemuan dengan sang guru ketika keadaan ambe yang sangat menghimpit & dihimpit dengan ujian dunia, keadaan krisis kewangan yang sangat hebat melanda, ambe diberi peluang untuk melangkah ke satu level... kemudian ambe sering diuji dengan dunia, masa & yang paling hebat sekali.... HARTA...
Selesai pulang dari surau, ambe merenung ke dalam diri, mengimbau apa yang telah ambe lalui, asam garam kehidupan & keadaan serta ragam manusia & perjalan Global Maghfirah Resources yang hanya baru beberapa bulan lahir kedunia ni... benar,dulu ambe pernah bertemu dengan seseorang, banyak yg ambe ceduk ilmu & pengalaman darinya... pernah dulu dia melalui situasi yang sama... menceburkan diri dalam dunia perniagaan, banyak ragam manusia yang akhirnya membuatkan dia berfikir & meneliti telatah manusia... benar katanya, ambe sendiri sedang melalui nya... bertemu dgn pelbagai ragam manusia, ada yg mengambil kesempatan & ada yang mengambil peluang(satu definisi yang berbeza)... ekoran dari itu, ambe sendiri belajar untuk membina diri sndiri & mengenal lebih dalam perihal laku manusia...
Penat, memang penat bila berhadapan dengan masa... semakin banyak masa yg kita korbankan, semakin banyak pula yang datang.... InsyaALLAH... doa-doakan....semoga satu masa, Global Maghfirah Resources dapat melaksanakan misi asalnya(doakan semoga dikurniakan keikhlasan & dijadikan hamba yg ikhlas oleh ALLAH SWT) & semoga ambe mampu kembali ke sisi Sang Pencipta dengan hasil yang ambe perolehi melalui semaian benih Global Maghfirah Resources...
*Perancangan ambe, cuba bebaskan seramai mungkin manusia daripada krisis kewangan....
towards financial freedom within 2 years....
after 2 years, perancangan ambe mungkin berubah....
tanpa bebanan dunia, free from loan, free from any commitment & yang paling penting...bebas dari dunia... Semoga dikurniakan pasangan hidup yang mampu memahami & sudi menaiki bahtera kehidupan bersama sama....
Muhammad Hilmi bin Zolkifli
Founder of Global Maghfirah Resources
DEPS001
019-9445752