
Alhamdulillah...
Indahnya hidup ni, di sebalik secuit keperitan yang dirasai, tersingkap segala nikmat kurniaan Ilahi. Inilah kehidupan, diberi keperitan supaya diri kembali mengingati saat-saat kesenangan, diberi senang untuk mengingati kembali segala keperitan yang pernah dilalui oleh diri.
Segala yang berlalu mengajar kita untuk kembali mengenali fitrah diri, kembali kepada Ilahi, kembali mengotakan segala janji yang pernah dilafazkan sejak azali lagi. Itulah kehidupan, setiap saat bertukar kepada minit, setiap minit bertukar kepada jam dan begitulah seterusnya sehinggalah kita menemui penghujung kehidupan kita di dunia untuk memulakan kehidupan baru di alam sana sebagai transit sementara untuk menuju ke penghujungnya. Untuk kembali ke sisi Pencipta yang mencipta segala-galanya, terpulanglah kepada DIA untuk menerima kita atau sebaliknya. jika diri dipenuhi debu-debu dosa dan kemaksiatan, neraka jahanamlah tempatnya, sekiranya diri dipenuhi perbuatan amal soleh dan kebajikan, syurgalah tempat penginapannya. Indah sungguh bila memikirkan keadilan tuhan terhadap hamba-hambaNya.

Ketika menyedari akan secebis hakikat yang terserap kedalam diri,teringat kembali segala kekhilafan yang telah dilakukan oleh diri, aku menyedari, indahnya tarbiah yang disediakan oleh ILAHI. Belajar dari kehidupan, belajar dari keadaan, akhirnya menyebabkan aku sedar bahawa Yang memberikan kehidupan,Yang menyediakan suasana dan keadaan adalah yang Maha Mencipta.Kini, setelah genap 21 tahun aku memerhati kehidupan, akhirnya, aku menyedari, rupa-rupanya inilah tarbiah yang disediakan oleh Ilahi, supaya aku kembali, kembali kepadaNya, kembali mengotakan janji, kembali untuk menyerah diri...


"Ya ALLAH, panjangkanlah umur aku dalam ketaatan kepadaMU dan matikanlah aku dalam keadaan aku melakukan ketaatan kepadaMu... Seandainya hidupku dipenuhi dengan melakukan ketaatan padaMu, maka panjangkanlah umurku, sekiranya hidupku akan aku penuhi dengan kemaksiatan kepadaMu, maka pendekkanlah umurku, dan aku memohon Ya ALLAH, agar Engkau pimpini aku dengan ketaatan agar hidupku dipenuhi dengan ketaatan dan jauhkanlah kemaksiatan dari diriku... Aminnn"
*Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini...