Text


Sunday, December 20, 2009

.:puisi:.

Align CenterAku bukan penulis
bukan juga ahli sastera
aku hanyalah pembaca
pembaca yang terpaksa mengeja
untuk mencari sebuah makna

aku berjaya menemui puisi
membaca rangkap dengan menyendiri
mencari isi yang tersembunyi
aku cuba untuk memahami
dengan pengalaman yang ada pada diri
namun aku menyedari
terkadang aku sendiri masih kurang mengerti
makna sebenar sebuah puisi
yang sedang aku miliki

Aku cuba menarik diri
dari mencari makna puisi
namun langkahku terhenti
kerana aku tidak boleh berdiri
tanpa memahami makna dari sebuah puisi...

*itulah kehidupan,perlu dikenali, perlu membaca setiap keadaan,dalam memahami makna ujian untuk memburu keredhaan Tuhan...

puisi:kehidupan
makna:Hakikat Kehidupan(adanya ujian dari Tuhan)

memo:Hasil karya sulung, sajak mengenali sebuah puisi, terpulang pada individu untuk memahami dengan cara sendiri

Sunday, December 13, 2009

Kepulangan dari berpetualang...

Tenang, itulah yang mampu ditaip setakat ini... apa2 pun, badan masih merasa letih kesan dari perjalan jauh dari kelantan...

*Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan, bergantung pada kesempatan yang ada... semoga ketenangan ini berpanjangan...

Thursday, December 10, 2009

futur seketika

F.U.T..U.R...

ini shj perkataan yg mampu ditulis...
ianya selalu bertandang, teramat sukar utk dihalang.


*dalam proses mencari spirit yg hilang...
pulang ke kelantan untuk seketika,'mengecas' kembali 'bateri' yg usang,sebelum menyambung pengembaraan yg akan datang... doakan diri ini.



(catatan ringkas dari CBT LAB(METC):10/12/2009,1652Hours))