Minggu ni,bermacam-macam perkara yang berlaku, seolah-olah mengingatkan diri tentang taklifan diri yang belum sempurna dan belum terlaksana. Bermula dari waktu pertama kali aku dipanggil oleh barisan pentadbir berkenaan keputusan ujian dan bermacam lagi masalah yg menimpa menyebabkan aku hampir2 shaja mahu mufaraqah dari jalan yang sememangnya perlu aku lalui dan medan yang semetinya aku tempuhi.
Namun, Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAH SWT mengatasi segala-galanya, membuatkan aku mengerti sifat diri sebagai hamba.Alhamdulillah, dalam aku asyik meratapi kegagalan lepas, ketika tahap kefuturan ditahap kemuncak,ditakdirkan ALLAH SWT, ayahanda murobbi,Ustaz Zulkifli Syafie dari INPAL yang paling aku kasihi telah menghantar satu pesanan ringkas yang mengingatkan aku “Sesungguhnya setiap apa yang ditakdirkan oleh ALLAH itu adalah yang terbaik untuk kita, kerana yang mencipta takdir kita itu adalah tuhan yg sama mencipta diri kita”. Terima kasih ustaz di atas nasihat yang diberikan, InsyaALLAH, semua nasihat dan harapan dari ustaz akan ana genggam seerat yang mungkin……
Di kala ini, tiada yang dapat aku ungkapkan hanyalah perasaan syukur kpda ALLAH SWT terhadap segala apa yang telah ditakdirkan terhadap diriku…. InsyaALLAH, aku akan menggenggam seerat mungkin bai’ah yang pernah aku lafazkan ketika dulu,Bai’ah diantara aku dan Yang Maha Pencipta… InsyaALLAH, Aku akan berusaha untuk kembalikan sinar kegemilangan Islam walau dimana sahaja aku berada… Takbir3x!!!
azab,azab dan sememangnya azab bila fikir tentang exam ni, apatah lagi kalau exam tu merupakan exam yg penting dan terlalu susah khususnya bagi yg malas belajar, namun itulah realitinya.... dalam kekalutan,dalam ke'struggle'lan itu, tetiba saya terfikir, masyaALLAH jika begini azabnya untuk menjawab soalan-soalan exam yang terpaksa aku tempuh di dunia terasa sudah terlalu memenatkan,sgt perit... agaknya bagaimanakan keadaan ketika menjawab soalan dari munkar dan nakir kelak??? sudah cukupkah usaha aku untuk menjawab soalan demi soalan kelak, yg akan menentukan pengakhiran aku ditempatkan???