Text


Sunday, January 18, 2009

Dah ada awek ke belum???

Dunia sekarang... Terkadang saya rasa pelik bila memikirkan balik... pernah sekali sekala kawan-kawan dan sedara mara ada yang menyindir dan bergurau dengan saya mengenai isu couple..Erm, barangkali mereka tidak merasa sensitif berkenaan dengan isu ini... terkandang saya tergamam bila memikirkan balik... mana taknya,sesetengah dari masyarakat hari ini memandang remeh berkenaan isu couple di kalangan anak-anak muda.. malah ada segelintir ibu bapa yang menyokong tindakan anak-anak mereka yang baru mencecah alam remaja untuk memasuki alam 'couple' ini... katanya,remaja, fitrah manusia... erm... confius2x...


terkadang, saya geram terhadap kenalan2 yang menyindir saya bila membincangkan isu couple... mana taknya, terkadang mereka menuduh saya tidak mempunyai perasaan dan x cool sbb tidak mempunyai 'cewek' dalam bahasa indonnya... erm, inilah realilti, memang benar, saya akui,semenjak saya 'dilahirkan' 2 tahun lepas(mengikut kalendar Hijriah),saya sememangnya 'takut' dan 'fobia' sikit kalau nak bercakap apatah lagi bersembang kosong dengan perempuan secara bersemuka(sembang ada jugak,tapi yang penting2 sahaja)... Mungkin ada di kalangan pembaca merasa pelik kenapa saya bersifat sedemikian...tapi itulah realitinya...

berbalik kepada permasalah saya.. mungkin ada yg tertanya-tanya, apalah sebabnya sampai begitu sekali kritikalnya sehingga sampai ke tahap fobia ni??? sebenarnya, saya cuma takut, ya memang benar saya takut, takut sekiranya timbul satu perasaan yang sememangnya tidak layak untuk ditimbulkan dalam diri saya terhadap seorang perempuan yang pada mula-mulanya tiada hubungan dengan saya sehingga terlahirnya satu 'ikatan haram' yg paling diperangi oleh ahli2 jemaah Islam->couple<-...
Haa, bukan apa, sebenarnya, sbg seorang lelaki, memang saya akui, terkadang saya nyaris terjerumus ke dalam kancah couple ni, tapi bila difikir dan dikenangkan balik, mana mungkin bagi saya untuk mencurahkan rasa cinta saya terhadap seorang wanita yang bukan muhrim dengan saya... alangkah murahnya nilai cinta tersebut sehingga ia mungkin akan dapat menukarkan perasaan cinta itu kepada derita yang mungkin tidak dipinta(ceh,jiwangnya ayat ni, tapi derita tu mmg saya akui, saya takut akan derita untuk menanggung dosa kerana menzalimi perasaan cinta itu sendiri)..

Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya, dalam diri saya, perempuan2 yang layak menerima cinta saya adalah....jeng,jeng,jeeeennggg->ibu saya,mak cik-mak cik saya,saudara2 perempuan saya serta ibu2 muslim(isteri2 rasulullah SAW->sbb mereka byk menolong nabi dalam menyebarkan Islam)...


Apa-apapun, wanita2 tersebut memanglah common kalau kita tanya pada sesiapapun, comfirm, itulah jawapan mereka... namun,ada satu lagi perasaan cinta terhadap makhluk yang memang saya simpan dan jaga sebaik-baiknya(cinta yang belum pernah digunakan lagi, hanya menunggu masa untuk digunakan)... nak tahu tak??? erm, malu pun ada, segan pun ada nak cakap...erm,okeylah,, sebenarnya itulah cinta yang saya akan gunakan sepenuhnya untuk zaujah saya suatu hari nanti(perghhh,,, mengaku jugak...tapi sekarang saya belum ada zaujah lagi...hehehee)... tapi sememangnya itulah realiti... dari dulu, saya memang memasang azam, akan menggunakan cinta ini bila sudah ada ikatan yang sah... dan muslimat tersebut, mestilah dahulu menjadi zaujah saya(sekarang masih lagi tiada calon)...hehehehee... dan,untuk pengetahuan semua, itulah cinta pertama dan InsyaALLAh akan kekal untuk selama-lamanya... dan saya jga berharap, agar bakal zaujah saya pun begitu juga... saya berharap agar cinta tersebut belum pernah lagi digunakan dan itulah kali pertamanya ia digunakan..

Hurm, terkadang, sebagai manusia biasa, saya sering termenung dan khayal sendirian berkenaan dgn bakal zaujah saya... erm, kalau ikutkan hati, mmg sya nk yang paling perfect, tapi kalau x dapat jugak, mudah-mudahan biarlah sama2 mempunya fikrah yang serupa.saling memahami,sama2 berjuang mengejar Cinta & Jannah ALLAH,sama2 berjuang untuk Islam... dan itulah sebenarnya impian dan ciri2 zaujah yang sering saya idamkan... dan, yang paling penting, cinta antara kami biarlah semata-mata kerana Yang Maha Pencipta...

"wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji adalah untuk wanita2 yg keji, dan wanita2 yg baik adalah untuk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik. mereka yg dituduh itu bersih daroi apa yg dituduh. bagi mereka keampunan dan rezeki yg mulia" surah annur:26


Gambar dari kiri:saya,zaujah saya,
Gambar depan dari kiri:Anak perempuan saya,anak lelaki saya(InsyaALLAH,Hafiz & Hafizah)
(-Inilah impian saya yang akan datang,baitulmuslim..Doakan saya supaya bertemu zaujah yg diimpikan-)


Dan, dengan lahirnya cinta itu, saya juga amat2 berharap agar terlahirnya sebuah baitul muslim yang memang saya impi-impikan selama ini.Dan bagi saya,ini juga salah satu tujuan perkahwinan agar dpt zuriat yg juga bakal mewarisi perjuangan selepas dikaderkan oleh ibu dan ayah sendiri..Baitulmuslim yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... dan, harapan saya juga, dengan lahirnya baitul muslim ini, maka lahirlah pejuang-pejuang yang akan berusaha untuk menegakkan agama ALLAH SWT dimuka bumi ini...InsyaALLAH...

p/s:Erm, harap semua pembaca faham, kenapa saya x suka bercouple dgn wanita yg bukan ada ikatan yang sah...Cuba renung balik, mesti best kan bila pengalaman pertama bercinta adalah dengan zaujah kita sendiri, sudah tidak ada lagi batas2 yang menghalang...Mesti manis, mudah-mudahan, kita semua dikurniakan pasangan yang akan menyedarkan kita apabila kita lalai dari mengingatiNYA, mengejutkan kita berqiamullai dan membaca Al-Quran bersama-sama, mengejar cinta dan redha ALLAH bersama-sama, berjuang bersama-sama, memikul beban dakwah bersama-sama dan saling memberi sokongan...Hurm, mesti best kan...

(maknanya Cinta)

Peringatan Untuk Member2 di luar sana-> "X semestinya aweks kamu sekarang ni akan jadi isteri kamu suatu hari nanti, so fikir la baik2, x ke rugi kalau dah bagi cinta yang sepatutnya untuk pasangan kamu yang sah kelak??? Kesian isteri kamu, dapat cinta yang saki baki je..."~~~haaa,, fikir-fikirkanlah~~~

Saturday, January 3, 2009

Iqaidul Iman


Inilah Kitab yang dinamakan Kitab Usuluddin.. Mungkin ada di kalangan pembaca menganggap kitab ini terlalu ringan untuk dipelajari. Hrm, namun bagi saya, walaupun kitab ini nipis dan ringan untuk dipelajari, ia sebenarnya amat penting untuk difahami. mana mungkin bagi kita yang digelar umat Islam tidak memahami apa itu usuluddin? kok macamana ya sih mau paham Islam? kok gimana mau beribadah? kok gimana mau mengabdikan diri? kalau pokoknya permulaan agama belum bisa difahami, kok kalian mengerti?(hehehe,, pinjam bahasa sahabat dari medan-Universitas Sumetera Utara-)


Memang benar seperti kata2 ustaz Zulkifli Ismail(our Mua'alim) yang mengatakan bahawa tabiat orang Rabbani sememangnya bermula dari bawah. Bak kata Saidina Ali krwj,'Permulaan Agama itu adalah Marifatullah'. Jika kita fikir secara logik pun, memang banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawasanya untuk memahami sesuatu @ untuk memulakan sesuatu, perlunya bermula dari bawah. Jelas sekali, penciptaan alam ini pun berlaku secara beransur-ansur dan ada pemulaannya. Erm, betullah, segala-galanya yang dinamakan makhluk ni punyai permulaan, berbeza dengan Allah SWT yang bersifat Qidam. Dan, sememangnya amat benar sekali kata-kata ustaz Zul, Pengajian yang bermula dari asas ni sememangnya berkat.

(Ustaz Zulkifli Ismail)

Barangkali, segelintir pengunjung blog saya ni kurang jelas apa makna usuluddin yang sebenarnya. Menurut apa yang saya fahami, Usuluddin ni adalah ilmu usul yang membincangkan tentang dasar-dasar agama(Iqaidul Iman @ Simpulan Iman). Berkata berkenaan dengan dasar ni, sudah tentu ianya amat penting kan? cuba imagine kalau lautan tidak berdasar, secara hukum adatnya, mungkihkah wujud lautan yang luas? begitulah juga halnya dengan agama Islam, kalau tiada dasarnya, mungkinkah Islam itu betul2 mantap dalam diri kita? So, based on this, sekali lagi saya nk tegaskan di sini(cewah, macam berdebat plak), bahawasanya asas @ dasar agama Islam itu perlu difahami sedalam-dalamnya dalam setiap diri manusia yang mukallaf.

Ntahla, banyak sebenarnya yang saya nk kongsikan di sini,malah terlalu banyak, bila tertaip mukallaf ni, rasa macam nak explain pun ada. Ok la, nak tau tak apa makna mukallaf ni? mukallaf,mukallaf ni maksudnya orang yang cukup syarat untuk laksanakan perintah & tinggalkan larangan Allah SWT. Dan salah satu taklifan mukallaf ni adalah perlunya faham tentang dasar2 agama. Nah disini saya sertakan antara syarat2 yang perlu ada bagi melayakkan diri untuk menjadi mukallaf; antaranya,(1)Akil,(2)Baligh,(3)Islam,(4)cukup panca indera,(5)sampai seruan Islam.. Hrmm, saya rasa semua pembaca dah memenuhi kriteria2 yang disebutkan, betul tak? Maknanya, antum/antunna semua ni dah layak digelar mukallaf, so, perlunya dan sememangnya perlu bagi antum/antunna semua blajar dan faham apa itu usuluddin,hal-hal berkenaan Ilahiyat(Ketuhanan),Nubuwah(kenabian), Sam'iyyat(Ghaibiah) serta pembahagian hukum-hukum aqal. Dan salah satu cara nak memahaminya adalah dengan belajar bermula dari bawah(melalui kitab ni pun boleh).


Melalui pembelajaran melalui kitab ini juga, saya dapat mengenali golongan-golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya adalah golongan (1)Ulama' Tafsir,(2)Ahli hadis @ Riwayat,(3)Ahli sejarah,(4)Akidah Tauhid,(5)Ahli Fiqh,(6)Ahli Tasawuf,(7)Mujahidin dan (8)Pakar yang alim dalam bidang Bahasa. Dan seperti yang kita semua ketahui pun, golongan yang berpegang pada akidah yang betul ini sememangnya ditentang hebat oleh golongan yang byk menimbulkan kontroversi sekarang ini iaitu golongan yang bermazhab Wahabi iaitu golongan yang secara suka hatinya membentuk mazhab sendiri dan menoloak iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Adake patut Wahabi ni menyamakan ALLAH SWT dengan makhluk? Bila diajak berdebat, duk melalau nk tegakkan benang yang basah(Ustaz Zul ada ceritakan berkenaan sikap golongan Wahabi nih)..Huh, letih den bilo duk fikir masalah umat ni.Namun apa daya dan usaha den? Bila la umat nk maju bila semua duk asyik bertelagah dan x bersatu..huhuhuu..

Susah jugak sebenarnya saya nk explain di sini,tu pun tak sampai 1% dari permulaan pengenalan kitab ni berbanding dengan apa yang saya perolehi dari pengembaraan saya baru2 ini di melaka. Kalau nk dibandingkan apa yang saya pelajari dari Ustaz Zulkifli Ismail, masih byk lagi yang ada dalam katung ilmu saya ni.Alhamdulillah, terlalu banyak manfaatnya bila dapat belajar bersua muka dan bertalaqi dengan Ustaz Zul.Erm, amat susah jugak mahu dikongsi dalam blog ni, namun apa2 pun, bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kitab ini, bolehlah sama2 belajar di Pondok Baitul Qurra', Melaka.