Saturday, September 5, 2009
Silaturahim...
Mungkin ada hikmah disebalik peng'cancel'lan iftar harini,InsyaALLAH, utk next year,sekiranya diizinkan ALLAH utk bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadahan, saya akn cuba utk merancang sebaik yg mungkin utk program iftar bersama sanak saudara(InsyaALLAH,akan jadi program tahunan keluarga kami yg di perantauan).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yg ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, Hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim"
Hadis riwayat Al-Bukhari....
p/s:Sempena bulan Ramadhan ni, marilah kita sama2 pakat menyambung tali-tali silturahim... mudah-mudahan setiap apa yg dilakukan diberkati ALLAH...
Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan-Diari Seharian->InsyaALLAH
Satu perkongsian yang amat menarik....Namun ana belum mampu untuk melakukannya...Mudah-mudahan diberi kemudahan oleh ALLAH SWT....InsyaALLAH...
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya),
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Erm...tulisnya memang senang... Melaksanakannya??? Tepuk dada tanya iman....selamat beramal
p/s: Jadilah hamba ALLAH SWT, bukan hamba Ramadhan...Ikhlaskan niat beribadat kerana ALLAH SWT...
Monday, August 24, 2009
Melunaskan Janji
http://www.4shared.com/file/31800946/178f57f1/Raihan_Manbai_Harapan_Ramadhan.html?s=1
(Harapan Ramadhan)
untuk download senang saja...
1-klik link tu
2-tekan download
3-tunggu arahan seterusnya dari 4shared.com
4-selamat mendengar
5-ambil sedikit-sebanyak pengajaran bermanfaat dalam nasyid ni & pastikan Ramadhan kali ini amat bermakna...
at last but not least, don't forget to pray for us, hope that Rahmat Allah always be with us.InsyaALLAH...
p/s: Mungkin ada sesetengah pelik membaca post kali ni, Tapi inilah, sebagai seorang muslim, melunaskan janji itu mesti. Sebenarnya,time menyambut awal Ramadhan haritu, my uncle ask me to teach him how to download nasyid "harapan Ramadhan-Mambai". but, untuk memudahkan proses,adalah baiknya sekiranya diletakkan bersama2 dengan link dalam blog ni(sebenarnya, pakcik suruh emailkan je). Mungkin boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Ingt, Nasyid bukan sekadar hiburan, tapi ia adalah salah satu kaedah dakwah. dakwah utk menyeru manusia supaya muhasabah diri utk kebaikn.Apa-apapun,selamat berpuasa dan jangan lupa utk mendoakan kesejahteraan muslimin dan muslimat, mudah-mudahan dirahmati ALLAH sentiasa. InsyaALLAH.(aiseh,letih plak nk tulis panjang2, maklumlah baru sampai rumah setelah penat menunggu flight yang delay dari KB ke KLIA)
Thursday, August 13, 2009
Al-Fatihah
Kematian adalah satu kepastian bagi makhluk yang bernyawa. Redha ataupun tidak, bersedia ataupun sebaliknya, kita pasti akan menemuinya. Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau tidak. Kematian itu pasti mencari dimana saja roh itu berada.Firman ALLAH SWT dalam surah An-Nisaa' ayat 78:
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh"
Begitulah hakikat kematian bersumberkan Al-Quran. Walaubagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia mengenai kematian, namun hakikat dan takdir Ilahi tidak dapat dihalang.
Dan perlu kita ingat bahawa kematian itu pasti akan mengejar kita walau dimana kita berada. Dan sesungguhnya kedatangannya tidak diundang dan ianya datang pada waktu yang amat tepat dan tidak mungkin akan terlewat dan tercepat seperti Firman ALLAH SWT dalam surah Al-A'raf ayat 34:"Apabila sampai ajal maut seseorang itu,ia tidak dapat ditunda atau dipercepat walau sesaat pun"
Dan hari ini(13 ogos 2009),Ustaz Asri Ibrahim, iaitu Vokalis utama kumpulan Rabbani yang dahulunya pernah berjuang bersama-sama kumpulan Nada Murni telah membuktikan kebenaran mengenai hakikat kematian. Pemergian beliau ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung pasti memberikan kesan yang amat mendalam dalam industri hiburan Islam tanah air.
Sudah tentu pemergian beliau amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan seni hiburan Islam. Tidak ketinggalan juga bagi saya, yang selama ini amat meminati nasyid-nasyid alunan beliau yang amat mendidik jiwa dan rohani. Biarpun hanya 2 kali bertentang mata(Ketika majlis berbuka puasa pada tahun 2007 dan ketika Konsert Antara Dunia 09-ketika menjadi ajk keselamatan di tempat parking kereta-), namun saya rasakan seolah-olah sudah mengenali beliau terlalu lama. Melihat raut muka yang penuh dengan ketenangan,penuh dengan semangat perjuangan dan senyuman beliau yang mampu membuatkan setiap jiwa pasti tersentuh. Dan tambah mengharukan dan membanggakan apabila penghujung hayat beliau telah ditakdirkan berakhir dijalan tarbiah kerana ingin menjayakan rakaman program Syahadah yang akan ditayangkan sempena bulan Ramadhan yang bakal menyusul tiba walaupun beliau berada dalam keadaan yang lemah.
Namun begitu,perlu diingatkan,pemergian beliau meninggalkan alam dunia ini bukan babak penyudah kehidupan yang abadi, malahan ia adalah salah satu jalan yang perlu ditempuhi bagi setiap pengembara yang ingin menemui cintaNya kerana perpindahan dari alam dunia ke alam kubur adalah ibarat transit sementara sebelum ke destinasi akhirat yang pasti dan kekal abadi.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman.InsyaALLAH...
Saturday, July 4, 2009
KEWAJIPAN MAHASISWA MEWUJUDKAN BI'AH SOLEHAH DI KAMPUS & TEMPAT KEDIAMAN

Apabila dengar sahaja mahasiswa, masyarakat akan melabelkan mereka ini adalah golongan yang intelektual, cerdik, pandai dan perkataan “maha” sahaja sudah tergambar kekuasaan. Tapi sayangnya, intelektual, cerdik dan pandai telah disalah tafsirkan oleh sistem sekular yang mana mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi(IPT) hanya belajar sahaja dan membiarkan diri dikelilingi dan dipengaruhi dengan sistem sekular. Sistem sekular ini bukan sahaja berleluasa di menara gading, malah di bangku sekolah lagi sistem ini sudah mendidik pemuda Islam supaya menjadi “mandul” di dalam semua aspek kerohanian. Kesan daripada sistem ini jugalah yang menyebabkan mereka segolongan mereka masih berfikiran sempit dan jumud apabila melangkah ke IPT dan sudah bergelar mahasiswa.
Mesti ada yang tertanya-tanya apakah itu sistem sekular? Macam pernah didengari dan ada juga yang tidak tahu langsung. Sistem ini telah dibawa oleh penjajah British sejak negara kita belum merdeka lagi iaitu sistem yang mengasingkan agama dengan kehidupan dan dimasukkan ke dalam pentadbiran negara kita dan kekal sehingga sekarang yang mana bab harta, kahwin, cerai dan lain-lain itu adalah urusan agama, tetapi bab perundangan, ekonomi dan pengurusan itu tidak ada kaitan langsung dengan Islam, sedangkan Islam itu syumul sehinggakan dari kita bangun tidur hingga kita tidur semula, semuanya diajar dalam Islam. Apa kaitannya dengan Islam dan sistem sekular? Bukankah negara kita sebuah negara Islam? Mengapa perlunya digabungkan dengan sistem sekular? Bukankah Islam itu ada sistemnya yang tersendiri?
Anda cuba fikirkan kembali sejarah islam,dengan sistem sekular inilah zaman khilafah Islam Usmaniah jatuh di Turki dan Islam telah hilang zaman kegemilangannya dan sekarang kita sedang mengamalkan sistem ini! Inilah sistem yang menghancurkan umat Islam sehingga sekarang. Jadi, apa kaitannya dengan mahasiswa? Bukankah mahasiswa adalah generasi pemimpin yang bakal menggantikan pemimpin pada masa kini dan mahasiswa adalah satu-satunya aset negara.
Mari kita fikirkan apa kaitan dengan “bi'ah solehah” pula? Em… apabila kita melihat matlamat utama Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna di Mesir, iaitu ada lima peringkat untuk mengembalikan khilafah Islam iaitu bermula dari perubahan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan barulah kita dapat kembalikan dunia Islam yang dirampas oleh musuh Islam. Tetapi dalam konteks kita di IPT iaitu bermula dengan mewujudkan negara Islam dalam diri, rakan sebilik, rakan satu blok, dan masyarakat sekeliling yang mana kita dapat mewujudkan “bi'ah solehah”, iaitu suasana Islam di kampus dan secara automatik, mereka ini akan menjadi pejuang dan perubahan “tajdid” untuk perubahan kepada sistem Islam yang sebenar. Dengan hal ini, dapatlah kita menguasai bukan sahaja negara Islam tetapi dunia Islam. Oleh itu, marilah kita berganding bahu bersama untuk memperjuangkan agama Allah iaitu agama Islam. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk tergolong di kalangan Ghuraba’, Ashabul Ukhdud, Ashabul Kahfi dan Ikhwan di akhir zaman tetapi ingat, kemenangan Islam bukan terletak pada semangat semata-mata, tetapi terletak pada ketaqwaan kita kepada Allah. Kemenangan Islam semakin hampir dan jika kita masih lalai, kita akan rugi.
Akhirnya,ingat! Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam. Islam akan menang sebelum datangnya hari kiamat, itulah janji Allah. Mudah-mudahan kita adalah orang yang memperjuangkan kemenangan itu, kalau syahid tak rugi, dan kalau hidup kita akan dapat melihat janji Allah terlaksana di depan mata. Wahai mahasiswa, marilah sama-sama mewujudkan “bi'ah solehah” iaitu suasana Islam di kampus dan sekitar kawasan kediaman kita. Jom kawan-kawan… apa tunggu lagi, kita bukan di kalangan mahasiswa yang “mandul”. Kembalikan cara hidup Islam! Islam! Islam! Bukan cara hidup sekular yang direka oleh musuh Islam untuk melemahkan mahasiswa macam kita.
Saturday, June 27, 2009
Bai’ah
Minggu ni,bermacam-macam perkara yang berlaku, seolah-olah mengingatkan diri tentang taklifan diri yang belum sempurna dan belum terlaksana. Bermula dari waktu pertama kali aku dipanggil oleh barisan pentadbir berkenaan keputusan ujian dan bermacam lagi masalah yg menimpa menyebabkan aku hampir2 shaja mahu mufaraqah dari jalan yang sememangnya perlu aku lalui dan medan yang semetinya aku tempuhi.
Namun, Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAH SWT mengatasi segala-galanya, membuatkan aku mengerti sifat diri sebagai hamba.Alhamdulillah, dalam aku asyik meratapi kegagalan lepas, ketika tahap kefuturan ditahap kemuncak,ditakdirkan ALLAH SWT, ayahanda murobbi,Ustaz Zulkifli Syafie dari INPAL yang paling aku kasihi telah menghantar satu pesanan ringkas yang mengingatkan aku “Sesungguhnya setiap apa yang ditakdirkan oleh ALLAH itu adalah yang terbaik untuk kita, kerana yang mencipta takdir kita itu adalah tuhan yg sama mencipta diri kita”. Terima kasih ustaz di atas nasihat yang diberikan, InsyaALLAH, semua nasihat dan harapan dari ustaz akan ana genggam seerat yang mungkin……
Di kala ini, tiada yang dapat aku ungkapkan hanyalah perasaan syukur kpda ALLAH SWT terhadap segala apa yang telah ditakdirkan terhadap diriku…. InsyaALLAH, aku akan menggenggam seerat mungkin bai’ah yang pernah aku lafazkan ketika dulu,Bai’ah diantara aku dan Yang Maha Pencipta… InsyaALLAH, Aku akan berusaha untuk kembalikan sinar kegemilangan Islam walau dimana sahaja aku berada… Takbir3x!!!Thursday, June 4, 2009
Exam...
finally i force my finger to type somethings to this blog...
adeih, letih,penat,runsing dan segala-galanya bermain di kepala bila sebut ttg exam... study maut,sengkang mata dan byk lagi...huhuu terlalu byk pengorbanan dilakukan semata-mata untuk pas exam.... bila time nk jawab soalan exam,subhanallah, rasa sejuk habis satu badan,terangkat kerusi di saat2 membaca soalan ujian, kekiri salah,kekanan salah, mau-maunya nk je pas jawab semua soalan,ahhh, rela kuredah lautan api utk pas exam ni.... huhuuu....
azab,azab dan sememangnya azab bila fikir tentang exam ni, apatah lagi kalau exam tu merupakan exam yg penting dan terlalu susah khususnya bagi yg malas belajar, namun itulah realitinya.... dalam kekalutan,dalam ke'struggle'lan itu, tetiba saya terfikir, masyaALLAH jika begini azabnya untuk menjawab soalan-soalan exam yang terpaksa aku tempuh di dunia terasa sudah terlalu memenatkan,sgt perit... agaknya bagaimanakan keadaan ketika menjawab soalan dari munkar dan nakir kelak??? sudah cukupkah usaha aku untuk menjawab soalan demi soalan kelak, yg akan menentukan pengakhiran aku ditempatkan???think for it....
huhuuuu......
p/s:semuanya indah jika segala2nya yg kita lakukan hanya kerana ALLAH... Usaha+Ikhtiar+Tawakkal......

