Text


Saturday, June 27, 2009

Bai’ah

Bila diimbas kembali terhadap segala perkara yang telah berlaku, aku dapat merasakan seolah-olah semua yang berlaku adalah kebetulan namun bila difikir balik,mungkin ianya adalah teguran dari Yang Maha Pencipta,dan semangnya, aku menjadi semakin sedar,memang benar ia adalah satu bentuk ‘campur tangan’ dan teguran kerana tiada kebetulah bagi ALLAH SWT dalam merencanakan urusan hamba-hambaNya.Alhamdulillah, syukur pada ALLAH SWT.

Minggu ni,bermacam-macam perkara yang berlaku, seolah-olah mengingatkan diri tentang taklifan diri yang belum sempurna dan belum terlaksana. Bermula dari waktu pertama kali aku dipanggil oleh barisan pentadbir berkenaan keputusan ujian dan bermacam lagi masalah yg menimpa menyebabkan aku hampir2 shaja mahu mufaraqah dari jalan yang sememangnya perlu aku lalui dan medan yang semetinya aku tempuhi.
Namun, Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAH SWT mengatasi segala-galanya, membuatkan aku mengerti sifat diri sebagai hamba.Alhamdulillah, dalam aku asyik meratapi kegagalan lepas, ketika tahap kefuturan ditahap kemuncak,ditakdirkan ALLAH SWT, ayahanda murobbi,Ustaz Zulkifli Syafie dari INPAL yang paling aku kasihi telah menghantar satu pesanan ringkas yang mengingatkan aku “Sesungguhnya setiap apa yang ditakdirkan oleh ALLAH itu adalah yang terbaik untuk kita, kerana yang mencipta takdir kita itu adalah tuhan yg sama mencipta diri kita”. Terima kasih ustaz di atas nasihat yang diberikan, InsyaALLAH, semua nasihat dan harapan dari ustaz akan ana genggam seerat yang mungkin……

Di kala ini, tiada yang dapat aku ungkapkan hanyalah perasaan syukur kpda ALLAH SWT terhadap segala apa yang telah ditakdirkan terhadap diriku…. InsyaALLAH, aku akan menggenggam seerat mungkin bai’ah yang pernah aku lafazkan ketika dulu,Bai’ah diantara aku dan Yang Maha Pencipta… InsyaALLAH, Aku akan berusaha untuk kembalikan sinar kegemilangan Islam walau dimana sahaja aku berada… Takbir3x!!!