Friday, October 31, 2008
Salam.. Maafkan aku semua
Cuma peringatan kepada semua.. ingat lah pesanan ini..Jangan cuba untuk faham sesebuah perkara dengan tafsiran akal sendiri, jangan cuba untuk mengkaji sesuatu tafsiran sendiri, jangan cuba untuk mengkaji buku-buku atau bahan keagamaan sendiri!! Sebaliknya eloklah bertalaqi dan berguru.Ingat kerana jika kita x berguru, maka syaitan lah yang akan mengambil peluang untuk merosakan AKIDAH!!Ingat AKIDAH(benda yg x boleh buat main2).. So Carilah guru2 yang mursyid di pondok2 atau masjid2 dan pastikan,guru tersebut betul2 mahir.
Ingat, syaitan berusaha untuk menyesatkan kita dengan apa cara sekalipun.Dengan apa cara sekalipun!!itu janji dia dengan ALLAH SWT.
Kebanyakan orang yang jadi sewel@'gila iseng'(maaf kalau kasar) sbb depa nk paham ilmu sorang2.. So, mintalah petunjuk dari ALLAH, selamilah makna "Tunjukkilah kami ke jalan yang benar"(surah Al-Fatihah.. Walaupun kita betul2 rasa cinta sgt2 pada ALLAH,ingat,itulah doanya, dan cara terbaik carilah guru..GURU YG BETUL-BETUL MURSYID DAN BOLEH DIPERCAYAI!!
p/s: jangan cuba searh benda pelik-pelik yang tak termasuk dek akal yang belum mampu menerima..
Tuesday, October 21, 2008
.:Akhirnya, Motorku dirawat di 'ICU' terdekat:.
Alhamdulillah.. Setelah ana berusaha men'survey' tempat baiki motor, tetiba plak, ditakdirkan ALLAH SWT, ana berjumpa dengan senior kt sini yang pandai and terrer jugaklah repair moto ni. Nasib baiklah ada dia. Dapat jugak ana tahu serba serbi pasal moto ni. Cara maintain moto, proses-proses yang berlaku dalam enjin, benda tu, benda ni dan banyak lagi lah yang dia bagitu. Betullah firman Allah SWT,:
[surah Al-Baqarah : 216]
Terkadang, bila fikir balik, rasa hina pun ada ana ni. ye la, bila ada apa-apa terjadi, selalu je menyalahkan itu dan ini. Rupa-rupanya ana x sedar yang ALLAH punyai perancangan yang lebih baik untuk setiap hamba-hambaNya.
"Kita selalu merancang,Allah juga Maha Merancang dan sebaik-baik perancang adalah dari ALLAH SWT"
قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad):Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan ALLAH bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (denagn kepercayaan itu) maka kepada ALLAH jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.(Ay-Taubah ayat 51)"
Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan, tetapi sememangnya manusia tidak dapat lari dari dosa dan kesilapan. Semua itu bukanlah satu hukuman, tetapi sebagai tanda kasih sayang ALLAH SWT agar kita lebih beriman.mudah-mudahan kita sentiasa dala rahmat dan redha ALLAH SWT.
2)Tambahan beli gam dan perkakas lain->RM20
3)Upah senior->Acctually tak tahu lagi sbb bila tanya macam segan-segan je, tapi ana cadang RM30(upah buka enjin & bedah mot0 tu>x kedekut ke ni?dah ok ke byk ni?<)
mintak-mintak x jejas head moto.. kalau jejas, lagi byk kena repair..huhuhuuu
Sunday, October 19, 2008
Cukuplah Hanya Engkau Bagiku!!
Ya ALLAH, camne ni? Habislah aku kalau rosak makin teruk, nanti ‘patah la kaki’ aku pasni. Macamana nk uruskan usrah? Camne nk pergi masjid? Habislah kalau macam ni. Aku takde duit. Duit yang ada pun cukup untuk bayar yuran kelas mamandu. Aduh menyesalnya, semalam dah terbagitau ayah pasal ni, tengah hari tadi muram je muka dia. Barangkali dalam dilemma krisis kewangan.
Aduh, dulu teringat mak ngan ayah nk beli yang baru, tapi kesihankan diaorang, last-last abang terpaksa berkorban lak. Asalnya atas ‘title’ pinjam, but semalam dah pun secara rasmi dipindah milik. Tapi sayangnya, ni semua kerana kecuaian aku sendiri. Kalaulah aku tukar awal benda tu, tentu tak jadi macamni, tapi nk buat macamana, benda dah lepas.
Tadi tergiang gak kt telinga time mak cakap ”mak dah takde duit dah ni, nanti jaga elok-elok,janganbagi rosak, kalau rosak nanti susah, mak dah takde duit sekarang ni”. Tetiba terkeluar nasihat tersebut walaupun aku tak bagitau masalah sebenar. Aduhai, camne ni? Nak bagitau atau tak? Ahh, better kalau aku senyap je, nanti kalau cakap, mak kena darah tinggi pulak..
(sekadar gambar hiasan,piston engine)
Dalam senyap-senyapmengelamun, tetiba aku teringat akan firman ALLAH SWT:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan."
[surah Al-Baqarah : 286]
Sememangnya betul firman ALLAH SWT di atas, kenapa dengan aku ni? Baru je ditimpa masalah ni dah mula nak mengeluh. Tu la, selama ni tak pernah terfikir nikmat ALLAH SWT yang aku terima, bila ditarik, dah mula mengeluh. Sedarlah sikit, ni dah kira ok berbanding dengan orang lain yang takde. Tu pun masih nak mengeluh. Ingatkah aku akan firman ALLAH SWT, takkan beriman seseorang itu jika ia tidak diuji.
Benarlah, cuma selama ni aku je yang tak sedar, rupa-rupanya ALLAH SWT ada jawapan untuk semua permasalahan yang aku hadapi. Ya, kalamNya sudah cukup untuk memberikan motivasi kepada seluruh umat manusia termasuk diri aku yang lemah ini. Sedang asyik aku mengelamun seorang diri sambil melayari internet, tetiba perhatian aku teralih kepada satu lagi firman ALLAH SWT yang sekali lagi meyakinkan aku dan memberi semangat kepada diri aku supaya jangan selalu mengeluh terhadap apa yang terjadi:
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."
[surah Al-Hadid : 22]
Ya, sekali lagi aku tersentuh membaca bait-bait ayat di atas. Ah, kini aku yakin, semua masalah yang menimpa aku sekarang tidak lain hanyalah untuk menguji aku. Ya ALLAH, ampunkan aku kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku bersyukur padaMu Ya ALLAH kerana kurniakan aku masalah ni, aku sedar Ya ALLAH,tanpa masalah ni, aku akan terus leka kerana sentiasa berada di zon selesa, dan secara tidak sedar, aku semakin lupa padaMu Ya ALLAH.. Ampunkan aku Ya ALLAH..
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[surah Al-Baqarah : 216]
Cukuplah Engkau bagiku Ya ALLAH!!!
>Benda yang dimaksudkan adalah motosikal kriss yang aku gunakan sekarang. Jumaat lalu, piston dah rosak sebab lupa tukar minyak hitam. Bila pergi bengkel, mekanik kata kena prepare duit RM200 lebih untuk baiki balik. Rasa nk pitam bila dengar jumlah sebanyak tu.. maklumlah, elaun takde,duit poket pun mak ngan ayah yang support. Dahla duit poket pun di’support’, then nk mintak lebih lagi untuk repair moto.. Nampaknya pasni kena berjimatlah untuk kumpulkan dana<
Saturday, October 18, 2008
Ulasan Buku;Pengertian Aqidah bhgn 1

Friday, October 17, 2008
Erm bila la aku nk berubah ni??
Tapi apakan daya, entahlah kenapa aku rasakan seolah-olah nak je menekan-nekat butang keyboard ni. Bila direnung balik dalam diri ni. Aku sering terfikir, bila la aku nak berubah jadi budak yang betul-betul baik? terkadang bila tengok abang-abang kat UM terdetik jugak nk jadi mcm depa. Tengok Abg Izzat Amin yang penuh ilmu di dada pun, tringin gak nak jadi mcm dia, bila tengok sahabat-sahabat kat Rong Chenak pun, terdetik gak nak jadi baik macam depa. Tengok balik kawan2 kat blog pun, tringin nak jadi mcm depa, semangat yang tak pernah putus-putus untuk menegakkan syiar agama Islam. Tengok semangat jihad diaorang,semangat usrah diaorang dan macam-macam lagi. Namun tu la aku yang sebenarnya, suka tengok orang lain, impian tinggi melangit, tapi usaha nak terbang tinggi tak ada. sapa yang aku nk salahkan kalau bukan diri aku sendiri? huhuhu...
Dulu, bila masuk metc ni, selalu pasang azam nk jadi budak baik. tapi bila tiba je masa, ntah la kenapa, tetiba mcm silap tekan suiz je, jumpa orang ni pegi kacau, jumpa orang tu pegi kacau..hehehe.. biasanya Hisyamuddin,cuki,syukri,meri & byk lagi yang selalu aku kacau. Ntahla mengapa, mungkin aku suka tengok depa melenting.hehehe.Dulu, waktu minggu pertama masuk metc, perangai berbeza betul, mungkin aura IN-PAL masih segar lagi. mula-mula masuk,just tegur orang sekampung je, pastu tegur orang serumah,then senegeri, pastu bila kenal, terus jadi lain. mulalah meracau ganggu orang tu, ganggu orang ni.
Tapi, sebenarnya, time tu bukan apa, ye la kan perubahan suasana. dulu kat kampung, pastu pergi rong chenak(nama lain bagi IN-PAL), then bila masuk sini terus bertukar keadaan.culture shock la katakan,Time dulu best, bila buat salah je ada orang tegur, bila prangai dah lebih limit je, ada orang nasihat,last-last, jadi malu nk meracau sana-sini.Sekarangg,hehehe, dah takde yang tegur(parah sikit ni),tapi ALLHAMDULLILLAH, x sampai tahap yang mengancam jiwa dan raga lagi,hehehee.(nauzubillah). Mujurlah skang ALLAH SWT bg pluang untuk buat sesuatu yang diredhaiNYA. mudah-mudahan berjalan lancar. mudah-mudahan usrah yang dibina di metc ni berjalan lancar. Semoga talian ukhuwwah yang berteraskan Islam bersama rakan-rakanku yang lain yang dibina di metc ni dapat diikat dengan erat-erat, mudah-mudahan nanti depa bleh tegur aku kalau buat salah.Aku rileks je, bila ada yang tegur secara serius,aku terima secara serius, bila tegur main-main, aku terima main-main la. hehehehee.. tapi x penah yang tegur aku secara serius kat sini, nape ek? mungkin aku ni terkategori dalam golongan kanak-kanak hyperaktive kot?kikikikikii..
Ok la, sebelum aku lebihkan fasa kemengarutan aku ni,baik aku berhenti menulis. Nanti makin ramai yang sakit mata baca tulisan yang tak berilmiah ni.Salam mengarut dari aku yang terkadang mengarut, terkadang serius, terkadang pendiam, terkadang un'sangka'reble dan terkadang lagi lah.
Ma' a taufiq wan najah, InsyaALLAH
Thursday, October 16, 2008
Sekarang 12:30a.m.. aku mula mengampu
carying a license means that you're not carying money, but carying a license means that you are carying a big responsibility.
ni la serba sedikit berkenaan carrier ana suatu hari nanti.. Ye la, bila fikirkan, betul jugak. mana tahu aircraft yang ana kena maintain tu bawak jemaah pergi haji ke, umrah ke.. kan,kan? tak gitu, nanti kalau silap maintain kang, crash la plak aircraft tu. Yang paling penting lagi, takke byk pahala kalau aircraft yang ana maintain tu bawak da'ie2 untuk berdakwah sebarkan agama Islam. Ha..
bak kata dalam module 'human factors', istilah motivation & de-motivation ni la.. hehehee.. kang dah di'apply' ni.. motivation fact for me to be a license aircraft maintenance engineer(LAME), not a normal LAME, but LAME that can bring along Islam with my career. Pray for us..
ok la, Saiban my friend kt depan ni dah mula nk mengampu jugak,tambah-tambah lagi ni housemate ana tgh duk sibuk memujuk nk pinjam sesuatu yg mmg susah la untuk ana bg pinjam,then my neighbour kt depan tu(member rumah lama) jgak nk pinjam laptop ni, mudah-mudahan laptop ni digunakan untuk sesuatu yg baik, jgnla dibuka benda-benda yang haram dalam Islam spt yang pernah dibuka oleh orang yang x bertanggungjawab yang penah pinjam laptop ni(hurghhh,geram ni).. so let me stop my writting now..
Wednesday, October 15, 2008
Bicara Hati yang Ringkas..Lemahnya Aku!!
Ya ALLAH, What happen to me?? Terkadang, blog ni la tempat yang aku rasakan paling sesuai untuk aku meluahkan rasa. aku pun tak tahu keapa, jika dulu, aku selalu berkongsi masalah dan pengalaman dengan kawan-kawan dan ustaz-ustaz di Rong Chenak.Namun sekarang aku rasa makin malu melihat keadaan aku sekarang untuk berkongsi cerita dan masalah dengan mereka seperti dulu. mungkin kerana perangai aku dan mereka sekarang makin jauh berbeza.Walaupun aku kenal mereka tak lama berbanding kawan-kawan aku di sekolah menengah dulu,tapi aku rasakan talian persaudaraan aku dengan mereka terlalu rapat.Mungkin ni la dikatakan ikatan ukhuwwah yang terjalin antara kami semua. Ikatan yang dikatakan susah untuk diputuskan dan aku harap agar ikatan ini akan terus berkekalan selama-lamanya.
Teringat ketika aku melawat sahabat-sahabat Rong Chenak pada Hari Raya lepas, aku tersentuh melihat gelagat mereka, malah gelagat mereka membuatkan hati aku bertambah malu, malu dengan tahap mereka berbanding diri aku. Terkadang aku malu untuk bersama mereka dan aku juga sering terfikir sendirian, kalaulah aku tidak mengikut kata hatiku dulu, sudah tentu aku akan jadi seperti mereka. Namun apakan daya, aku hanyalah insan yang lemah, tidak mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diriku lantaran pada masa itu,aku terikut dengan emosi dan terlalu materialistik.Aku berasa malu berhadapan dengan mereka akibat daripada keadaan diriku sekarang, yang serba jahil dengan agama, yang terlalu banyak melakukan maksiat dan bergelumang dengan dosa berbanding mereka yang selalu menghabiskan masa dengan Al-Quran,Kitab-kitab dan segala macam demi untuk menegakkan syiar agama Islam.
Teringat waktu dulu, time aku menyatakan hasrat untuk memilih jalan ke arah keagamaan ketika itu, pelbagai pendapat yang aku dengar. Namun sekarang aku baru melihat kenyataan yang sebenar apabila melihat bekas-bekas pelajar di Institut tersebut ada yang telah berjaya melanjutkan pengajian di Mesir,Yaman dan lain-lain institusi pengajian tinggi dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam agama Islam yang memungkinkan mereka untuk memperoleh satu pekerjaan yang mulia kelak. Dan yang paling membanggakan aku apabila melihat seorang sahabatku yang berjaya berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Satu cita-cita yang aku dan dia serta pelajar lain impikan ketika dulu. namun aku masih lagi menyimpan hasrat tersebut walaupun susah bagiku untuk mencapainya.
Namun,aku bersyukur kepada ALLAH kerana telah meletakkan aku di suatu tempat pilihanNYA sekarang di mana aku ditarbiah dengan alam sekeliling mengenai kehidupan. Dan aku memohon kekuatan daripada ALLAH SWT supaya ditabahkan hati dan di'Istiqamah'kan setiap amalan supaya aku akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti walaupun suasana aku dan mereka berbeza. Dan pesanan salah seorang ustaz di sana kepada ku dulu akan sentiasa aku ingati dan dijadikan sebagai motivasi bagi diriku untuk menjadi 'khayra ummah' walaupun bidang yang aku ceburi terlalu berbeza dengan mereka.aku harap agar dapat mengawal tingkah lakuku dan segala perbuatan supaya tidak bersimpang dengan ajaran islam.InsyaALLAH.
Walaupun begitu, aku juga bersyukur dengan kehendak ALLAH SWT yang mengatur kehidupan seluruh hamba-hambaNya. Dan aku tahu, segala yang dirancangkan ALLAH itu adalah yang terbaik dan aku sendiri sebagai hamba cuma tidak sedar akan hakikat ini dan selalu tidak berpuas hati dengan apa yang aku miliki sekarang. Nilah aku, insan yang lemah yang selalu mengeluh.. Aku harapkan agar ALLAH SWT sudi menerima aku sebagai hambaNYA, dan aku memohon keampunan di atas segala dosa yang telah aku lakukan.."Salam Ukhwah buat hilmi..kekalkan semangat dan keinginan untuk melihat Islam kembali gemilang melalui ilmu yang dipelajari" ->mesej yang masih tersimpan di dalam hansetku sejak sekian lama yang aku terima dari ustaz yang paling dihormati di Rong Chenak.
p/s:ada satu ayat yang aku x masukkan dalam mesej ni,maklumlah prangai aku dekat rong chenak dulu berbeza dgn perangai aku sekarang, takut riak lak.hehehee.. totally different..ok kt rong chenak lagi..hehee, mesti korang yang kenal aku tak percaya fasa2 perubahan sikap aku ni, bak dalam bahasa sastera, watak dinamik..ngeh7x..