Ya ALLAH, camne ni? Habislah aku kalau rosak makin teruk, nanti ‘patah la kaki’ aku pasni. Macamana nk uruskan usrah? Camne nk pergi masjid? Habislah kalau macam ni. Aku takde duit. Duit yang ada pun cukup untuk bayar yuran kelas mamandu. Aduh menyesalnya, semalam dah terbagitau ayah pasal ni, tengah hari tadi muram je muka dia. Barangkali dalam dilemma krisis kewangan.
Aduh, dulu teringat mak ngan ayah nk beli yang baru, tapi kesihankan diaorang, last-last abang terpaksa berkorban lak. Asalnya atas ‘title’ pinjam, but semalam dah pun secara rasmi dipindah milik. Tapi sayangnya, ni semua kerana kecuaian aku sendiri. Kalaulah aku tukar awal benda tu, tentu tak jadi macamni, tapi nk buat macamana, benda dah lepas.
Tadi tergiang gak kt telinga time mak cakap ”mak dah takde duit dah ni, nanti jaga elok-elok,janganbagi rosak, kalau rosak nanti susah, mak dah takde duit sekarang ni”. Tetiba terkeluar nasihat tersebut walaupun aku tak bagitau masalah sebenar. Aduhai, camne ni? Nak bagitau atau tak? Ahh, better kalau aku senyap je, nanti kalau cakap, mak kena darah tinggi pulak..
(sekadar gambar hiasan,piston engine)
Dalam senyap-senyapmengelamun, tetiba aku teringat akan firman ALLAH SWT:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan."
[surah Al-Baqarah : 286]
Sememangnya betul firman ALLAH SWT di atas, kenapa dengan aku ni? Baru je ditimpa masalah ni dah mula nak mengeluh. Tu la, selama ni tak pernah terfikir nikmat ALLAH SWT yang aku terima, bila ditarik, dah mula mengeluh. Sedarlah sikit, ni dah kira ok berbanding dengan orang lain yang takde. Tu pun masih nak mengeluh. Ingatkah aku akan firman ALLAH SWT, takkan beriman seseorang itu jika ia tidak diuji.
Benarlah, cuma selama ni aku je yang tak sedar, rupa-rupanya ALLAH SWT ada jawapan untuk semua permasalahan yang aku hadapi. Ya, kalamNya sudah cukup untuk memberikan motivasi kepada seluruh umat manusia termasuk diri aku yang lemah ini. Sedang asyik aku mengelamun seorang diri sambil melayari internet, tetiba perhatian aku teralih kepada satu lagi firman ALLAH SWT yang sekali lagi meyakinkan aku dan memberi semangat kepada diri aku supaya jangan selalu mengeluh terhadap apa yang terjadi:
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."
[surah Al-Hadid : 22]
Ya, sekali lagi aku tersentuh membaca bait-bait ayat di atas. Ah, kini aku yakin, semua masalah yang menimpa aku sekarang tidak lain hanyalah untuk menguji aku. Ya ALLAH, ampunkan aku kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku bersyukur padaMu Ya ALLAH kerana kurniakan aku masalah ni, aku sedar Ya ALLAH,tanpa masalah ni, aku akan terus leka kerana sentiasa berada di zon selesa, dan secara tidak sedar, aku semakin lupa padaMu Ya ALLAH.. Ampunkan aku Ya ALLAH..
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[surah Al-Baqarah : 216]
Cukuplah Engkau bagiku Ya ALLAH!!!
>Benda yang dimaksudkan adalah motosikal kriss yang aku gunakan sekarang. Jumaat lalu, piston dah rosak sebab lupa tukar minyak hitam. Bila pergi bengkel, mekanik kata kena prepare duit RM200 lebih untuk baiki balik. Rasa nk pitam bila dengar jumlah sebanyak tu.. maklumlah, elaun takde,duit poket pun mak ngan ayah yang support. Dahla duit poket pun di’support’, then nk mintak lebih lagi untuk repair moto.. Nampaknya pasni kena berjimatlah untuk kumpulkan dana<
1 comment:
Salam ziarah...nk kongsi sikit bleh, "Tdk ada satu pn musibah y mnimpa ke ats muslim smada kpnatan,sakit y teruk,krisauan,ksedihan,sbrg kskitan dn kmurungn, shingga kpd duri y trkena pd bdnnya melainkan menjadi kifarat baginya dr dosa-dosa" -Riwayat Bukhari n Muslim- :)
..semoga Allah permudahkan segala urusan saudara..
Post a Comment