Text


Sunday, September 21, 2008

Yahouuu..Dah nak Cuti!!!

Tak lama lagi. tanggal 24/09/2008 ana akan bercuti,hehehe.. tak sabar rasanya.. maklumlah dah berapa bulan x balik Kelantan.. Negeri Terchenta.. rasanya paling last haritu time coursebreak bulan 6..wah lama betul.. ok la, dah nak berbuka ni,Selamat berbuka dan bercutie..

Monday, September 8, 2008

Kenapa dengan aku ni???

Eh, kenapa dengan aku ni. Tetiba terasa semacam je bila tengok blog ni. Mungkin kerana rasakan blog niseolah-olah tak bermanfaat kot? Entahlah mengapa, kerana terlalu kurang artikel2 keagamman, kalau adapun, tentu pembaca berasa boring kerana tak menarik. Huhuhuuu… Tuhan toonglah hambaMu ini, berikanlah kekuataan kepada aku untuk mengunakan nikmat kurniaanMu untuk menyampaikan dakwah menggunakan alam maya ini.. jauhkanlah aku dari sifat riak, ujub dan takbur..

Bila tengok perkataan riak, ujub dan takbur ni, teringatlah pulak kat satu ceramah yang ana pernah dengar dekat surau berdekatan. Erm, begitu susah sekali kita sebagai hamba ALLAH SWT untuk melakukan ibadat dengan ihklas, dan perumpaan ikhlas ni kita boleh umpamakan seperti seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di gelap malam yang pekat. Fuhh,, memang susah nak ikhlas ni. Tapi bila kita dapat ihklas ni, comfirm segala yang kita lakukan akan memuaskan hati kita. Teringat juga kata-kata seorang sahabat di INTEC yang mendefinasikan ikhlas sebagai kebebasan. Ya, kebebasan.. betul katanya, ana memang setuju 100 %. Ini kerana, dengan Ikhlas(kebebasan), kita akan melakukan sesuatu ibadah tanpa perlu paksaan daripada orang lain dan buat di atas kehendak dan kebebasan hati kita. Contohnya, kita beribadat kepada ALLAH kerana Ikhlas(kebebasan), kita akan merasakan segala susah payah, pahit getir dan ujian sebagai sesuatu perkara yang remeh aje.. betol tak?? Hehehee.. tak percaya cuba praktikkan..

Eh,panjang gak rupenye ye?? Tadi kata nak sentuh bab riak,ujub & takbur.. Tapi termasuk bab lain plak.. takpa lah, yang penting korang semua dapat manfaat bila baca tulisan ana yang boring ni.. huhuhuhuhh.. ok, berbalik pada riak ujub dan takbur ni, ustaz tersebut mendifinasikan smua perkara yang dimurkai ALLAH ini dengan perumpamaan sebagai berikut:

-Riak sebagai benih permulaan kepada ujub.

-ujub tumbuh ibarat pokok disebabkan oleh riak, maka semakin lama, semakin membesar sehingga pokokk tersebut sukar untuk ditebang kerana batagnya yang semakin besar dan akarnya semakin kuat mencengkam bumi.. maka seterusnya, maka lahirlah takbur pulak.

-Takbur semakin lama semakin kuat bertapak dalam diri disebabkan oleh riak dan ujub
sama seperti pokok yang diumpamakan di atas. Pada tahap ini, semakin susah untuk menebang pokok(takbur) tersebut kerana akar-akar riak dan kekuatan batang pokok ujub semakin kuat mencengkam tanah. Maka ubat yng boleh digunakan untuk memusnahkan pokok takbur ni adalah dengan menabur ubat-ubat rohani seperti tazkirah dan majlis-majlis Ilmu.

-Sekiranya tidak dapat dimusnahkan, maka pokok takbur akan menjalar ke tempat yang paling bahaya, iaitu kawasan syirik.. bila takbur semakin besar, maka ia sudah berani untuk melawan Pencipta kita(ALLAH SWT), ibarat belukar @ semak yang mula menjalar dengan meliar di dalam hutan..


Huhuhuuu.. eh,, rupa2nya ana sendiri pun dah pening baca.. ni la kata, mungkin sebab ana ni tak pandai menulis, begini lah jadinya.. mungkin pembaca dah boring.. huhuhuu.. ok la, sebelum saya melalut panjang, nak senang je cerita.. kita ringkaskan ek?

Kesimpulannya, takyahlah nak riak,ujub & takbur kerana ketiga-tiga unsur ni boleh bersatu dan melahirkan satu dosa iaitu syirik(bahaya woo.. sapa syirik confirm kena kick out dari syurga).. and senang-senangnya, kita beribadatlah dengan ikhlas, aman dan damai.. anggaplah ikhlas itu kebebasan. Bila kita beribadat, jangan peduli apa orang kata, sbb bila kena puji, mula lah khayal, pastu riak,then ujub, pastu takbur lak,Nauzubillahiminzalik.tapi kalau kita ikhlas,lantaklah orang nk puji ke, jadi benda tu biasa, nkpuji pun takpa, x puji pun takpa..huish.. nk jadi panjang balik tulisan ni.. Ok la.. sebelum ana syok menekan butang keybord ni tanpa henti, baik ana berhenti.. hikhikhik..(kenapa dengan ana ni? Demam ke, rasa ok je)..

Saturday, September 6, 2008

Ada Pengintip rupa-rupanya

Assalamualaikum W.B.T..

Seperti yang dijangkakan..Rupa-rupanya jangkaanku selama ini memang tepat.. Semenjak pembinaan blog ni, dari dulu aku rasakan sememangnya ada seseorang yang cuba untuk mengintip siapa aku yang sebenarnya & what is the main purpose of this blog(Hehehee, mcm wanted la plak aku ni)..

Ok la, kepada sesiapa yang nk mengintip, meh aku nk bagitau sket.. blog ni takde kaitan dengan mana-mana pihak, takde kepentingan mana-mana pihak pun.. Blog ni juga bukan bertujuan untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.tapi ia lebih kepada satu perkongsian untuk menyebarkan dakwah dan untuk mengislahkan sesama muslim dan perkongsian tentang apa yang aku lihat, dengar dan rasa(perkongsian isu semasa yang aku tahu dan apa yang aku rasa perlu di ulas, aku akan ulas) Kepada pengintip-pengintip sekalian, tahniah kerana telah masuk & baca artikel kat blog ni, mudah-mudahan dapat ambil sedikit sebanyak manfaat daripada tulisan yang tak seberapa ni,doakan la smoga dapat menulis untuk berdakwah dengan lebih mantap..amienn..

Hehehee.. pasal bendera kat tepi tu(PAS), aku rasa x salah sbb aku ada hak kebebasan untuk memilih.Lagipun x salah kalau aku menyokong perjuangan untuk menyebarkan Islam. Aku menyokong kepimpinan ulama',kepimpinan berteraskan Islam, coz i'm suffer enough dah drpd apa korang semua tahu(alif mim nun tendang wau= sarkis->dalam crita pendekar bujang lapuk, perhatikan balik crita ni, zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pun dah tahu dah apa itu alif mim nun tendang wau..)



p/s: After this, i must beware of any situation(acah je,hehehehe)

Wednesday, September 3, 2008

Misi yang delay.. hehehehee

Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnya ni tulisan ana sebelum masuk bulan puasa haritu. Dek kerana connection internet takde kat D’Rimba Apartment, so, tak kesampaianlah ana nk post artikel ni. Jadi ni dah kira delay la ni. Hehehee.. kalau dalam aviation industry, dah rugi berapa juta dah ni kena bayar kat customers effect dari delay. Tapi takpe, sebagai bahan untuk mengislahkan sesamamuslim dan sebagai dakwah kepada non muslim yang baca(mintak-mintak ada non muslim yang baca artikel ni).Mudah-mudahan matlamat utama tulisan ni dapat tercapai. InsyaALLAH..

Ok,setelah diedit supaya bersesuaian dengan ke’delay’iannya, jom kita sama-sama baca tulisan ni->

Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan adalah di antara bulan-bulan yang menjanjikan ganjaran yang berganda-ganda kepada umat Islam.Sebelum kita menyentuh tentang amalan-amalan yang sunat dilakukan, eloklah dulu kita mengenali apa itu bulan Ramadhan dan kemuliaan bulan ini:

1)Bulan Ibadah,Bulan Al-Quran,Bulan kerahmatan dan Bulan keampunan

2)Bulan untuk Mengawal nafsu lapar dan nafsu syahwat(Diwajibkan berpuasa)

3)Para malaikat merendahkan sayap pada bulan ini untuk menghitung pahala berganda

4)Syaitan dibelenggu

4)Azab kubur dehentikan ketika bulan ini

5)Pintu Syurga dibukakan dan ditutup pintu neraka

6)Dikurniakan malam Lailatul Qadr , iaitu malam terpilih di 10 terakhir dan malam yang terbaik kerana diumpamakan 1000 bulan.

7)etc

Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang berpuasa semasa Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran, dan Allah akan ampunkan dosanya dan orang-orang bersolat pada sepanjang malam Lailatul Qadr dengan iman dan mencari ganjaran daripada ALLAH SWT, akan diampunkan dosa-dosanya”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara amalan-amalan yang sunat dan digalakkan untuk kita lakukan sepanjang menyambut bulan yang mulia ini adalah:

1)Solat sunat tarawikh

2)Tingkatkan pembacaan Al-Quran dan hayati maknanya

3)Basahkan Lidah dengan berzikir

4)Banyakkan Bersedekah

5)Jaga mata, kawal telinga dan lidah

6)Iktikaf pada 10 malam terakhir

7))etc

Itulah serba sedikit input-input sebagai persediaan awal untuk dikongsikan bersama walaupun masa mengepos artikel ini telah mengalami ke’delay’ian yang teramat sangat..hehehee. Mudah-mudahan Cahaya Keimanan dapat meresap ke dalam diri dan hati kita dan dapat dipancarkan dengan kemuliaan Akhlak.Namun segala yang kita lakukan pada bulan Ramadhan seharusnya dimulakan dengan niat ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hingga ke 700 kali ganda. ALLAH SWT berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”

(Hadith riwayat Muslim)

P/S:Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa pada bulan penuh berkat ini semoga kita sentiasa dilimpahkan Rahmat daripada ALLAH SWT sehingga ke hari perhitungan kelak. InsyaALLAH..(^_^)

Monday, September 1, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Surah Al-Baqarah (183)


Alhamdulliah, dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim daripada Allah SWT, pada tahun 1429, sekali lagi ana diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.Bulan yang banyak menjanjikan rahmat dan maghfirah daripada Allah SWT.Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat ana dan kita semua sebagai batu loncatan bagi kita untuk menambahkan sifat kehambaan dalam memburu impian yang sejati iaitu Cinta Hakiki, CintaMu Ya Robbul Izzatti

"Ya Allah,Pimpinlah daku dengan Iman dan Islam untuk melakukan ibadah sepanjang bulan ini hanya keranaMu..AMINN"

Ana tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh ustaz yang menyampaikan tazkirah Ramadhan di Surau Al-Ihsaniah, Kampung Melayu Subang semalam. Di kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan ibadah yang akan kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan kualiti ibadah kita semua. InsyaALLAH..

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan di antara kita pada awal bulan Ramadhan rata-ratanya begitu bersemangat sekali untuk melakukan pelbagai ibadah pada bulan yang penuh berkat ini.Ada yang menanam azam untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh sebulan,ada yang berzam untuk melakukan terawikh sampai 20 rakaat, dan banyak lagi.Begitu bagus dan tinggi sekali azam kita tidak terkecuali bagi diri ana sendiri. Mudah-mudahan,kita semua dapat mencapai dan melakukan apa yang diazamkan pada bulan ini

Tapi, dalam semangat yang begitu berkobar-kobar, terkadang kita terlupa matlamat asal kepada tujuan penghambaan dan tujuan ibadah kita dalam bulan ini. Segelintir daripada kita hanya terlalu menumpukan pada kuantiti ibadah tanpa melihat kepada kualiti ibadah kita. Amat malang sekali bagi sesiapa yang sedemikian.Namun begitu, ana tidak bermaksud untuk menghalang pembaca sekalian untuk memaksimakan target ibadah pada bulan penuh berkat ini,(menurut kitab Furuq Misail,Azam nk buat benda baik tu dah dapat pahala dah walaupun x buat lagi, so bagus jugak azam tinggi2 ni,) tapi apa yang ana ingin tekankan di sini adalah supaya kita semua muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada pengalaman Ramadhan yang lepas. Apa yang kita dapat lihat, hanya pada permulaan Ramadhan sahaja semangat berkobar-kobar untuk melakukan ibadah, namun pada akhirnya, rata-rata surau dan masjid semakin lekang dan semakin kurang bilangan jemaah.

Di sini ana ingin mengambil satu contoh ringkas berkenaan ibadah solat sunat tarawikh. Seperti yang kita ketahui, biasanya solat terawikh dilakukan dengan bilangan 8 rakaat diikuti solat sunat witir dan ada juga sesetengah surau @ masjid melakukan sebanyak 20 rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Bagi ana, tidaklah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang memilih untuk melakukan 8 rakaat sunat tarawikh diikuti dengan solat sunat witir, dan tidak juga menjadi kesalahan bagi sesiapa yang ingin melakukan 20 rakaat solat sunat tarawikh diikuti solat sunat witir. Terpulanglah kepada kemampuan individi masing-masing untuk memilih. Tapi dalam kita melakukan ibadah tersebut, kita mesti patuh kepada syarat-syarat dan landasan yang ditetapkan. Berdasarkan apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut,di sini ana ingin kongsikan berkenaan 3 perkara yang disampaikan oleh ustaz tersebut berkenaan solat:

Ketika sembahyang,kita mestilah mempunyai 3 perkara
berikut:

  1. Hamba yang dimiliki oleh Allah SWT. Maka setiap yang dimiliki
    mestilah mematuhi setiap arahan daripada ALLAH SWT. Maka ketika sembahyang, kita
    tidak akan merasa keluh kesah.
  2. Hamba mesti benar-benar tunduk dan merendah diri kepada Allah
    SWT.
  3. Hamba yang ketar kerana takut kepada ALLAH.


daripada 3 di atas, Nabi Muhammad S.A.W. menjelaskan bahawa,
sesiapa yang melakukan solat tanpa ada 3 perkara tersebut, maka sembahyang
mereka adalah tipu sahaja.



Itulah sedikit sebanyak yang disampaikan oleh ustaz tersebut.Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil iktibar untuk melakukan ibadah solat sunat tarawikh.Dan janganlah kita terlalu ekstream untuk beribadah sampai terlupa matlamat asal kepada ibadah tersebut. Kalau boleh, biarlah ketiga-tiga perasaan tersebut muncul ketika kita melakukan solat biarpun 8 rakaat @ biarpun 20 rakaat. And one thing before i miss it, pasal baca Al-Quran pada bulan Ramadhan ni, kalau boleh ambillah kesempatan untuk membaca dan mentadabbur Al-Quran serentak, jangan pula kerana terlalu mengejar matlamat nak habiskan 30 juzuk, kita just baca je. kalau boleh, cuba-cubalah faham Isi kandungan Al-Quran pada bulan Nuzul Al-Quran ni-17Ramadhan-.(Nasihat untuk diri ana juga.Doakan skali ye..). Lagipun ALLAH lebih suka amalan yang biarpun sedikit, tapi berkekalan daripada amalan yang banyak tapi separuh jalan.Think for it!!

At last but not least,sebagai mengakhiri tulisan ana pada pagi ini, mari kita renungi sebuah hadis Rasulullah S.A.W di bawah:

"Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan, Maka Allah akan mengharamkan diri mereka daripada dientuh oleh api neraka"

Selamat menjalani Ibadat Puasa.. Jom sama-sama meningkatkan amal dan memohon keampunan daripada ALLAH SWT. Sama-samalah berdoa semoga kita sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT sepanjang bulan Ramadhan ini dan sehingga ke akhirat sana..InsyaALLAH..

Saturday, August 30, 2008

Membebel

“tutt,tutt” ada mesej rupanya..”Demo bantah konsert Avril lepas jumaat kat masjid Negara esok. Tolong ajak ramai2 dalam sebuah jihad. Jangan biarkan mereka mengotori bumi umat Islam dan kemuliaan Ramadhan”. Mesej yang saya terima dari Ustaz Dzul pada malam khamis lepas. Marah pun ada tengok mesej tu,bukan apa sebab setahu saya, rasa-rasanya konsert tersebut tidak jadi, namun mesej pada malam tu cukup membakar semangat saya. Terima kasih kepada ustaz dzul sbb bagi info tersebut.

Tapi, alangkah malangnya. Mungkin takdir saya semalam kot, tak dapat nak join demo tersebut. Rasa bersalah pun ada kerana x dapat nk sertai jihad ni. Tapi, apa yang paling saya nak marah sekali, kenapala masih ada lagi orang yang nak panggil artis-artis barat ni untuk buat konsert? Dahla nak dekat bulan posa, pastu sehari dua lagi dah nak merdeka. Betulla kata setengah pihak ni, kalau nak harapkan pada pemerintah zaman sekarang ni, sampai bila pun kita dikatakan tak merdeka kalau x buat benda-benda yang boleh merosakkan akhlak macam ni. Huish, tak paham betul saya dengan keadaan sekarang. Yang paling pelik, adake time nak ngundi dulu, dia kata kelantan x maju? Maklumlah ulamak memerintah kan.. ni la pandangan mereka terhadap Islam. Terkadang saya runsing tengok sejumlah anak remaja sekarang(sejumlah tu,bukan segelintir,bukan sedikit dan bukan sebahagian), ye la,bukan apa, katanya Malaysia ku gemilang ni dah merdeka, tapi jiwa anak-anak muda masih belum-belum merdeka,kesian betul.

Teringat kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Bana,”sekiranya ingin melihat kemajuan sesebuah Negara, Tengoklah keadaan remajanya pada masa sekarang”. Bila tengok balik,saya makin takut pun ada. Kalaulah keadaan remaja pada masa sekarang yang dah ramai isap dadah, berzina, berhibur and whatever, masa depan ntahla macamana. Mereka pun ada anak nanti ni, dah kalau depa pun macam ni, anak depa camne la nanti ni. Ntah-ntah ada bapak dadah plak nanti keluaran generasi akan datang.huish, gerun bila duk pikir.

Berbalik pada konsert tu. Bila dapat mesej tu, ada jugak saya ajak member-member, hehehehee.. saja je nak ngetest diaorang. Tapi kesian ada bila ada segelintir dari mereka kata.”eh, ok apa konsert tu?”,”alah,Avril lavinge bukan seksi sangat,takpe”. OK? X seksi? Huish, malas nak cakap banyak, nanti kata saya ni extream sangat.. Ni ko smua, meh nak bebel sikit. Ok ke buat konsert kalau laki pompuan duk bebas bergaul? Ok ke kalau buat konsert, ramai couple dating berdua-duaan? Ok ke konsert tu kalau remaja yang pergi duk lompat sana lompat sini? Ok ke kalau remaja pergi sana duk melalak sana- melalak sini? Ha,, jawab-jawab.. then satu lagi, X seksi?? Apa istilah seksi tu? Paham ke seksi tu apa? Seksi ni bukan ubi,bukan lepat, senang-senag je kata tak seksi. Meh nak bagitau sikit, Bukan ke dalam Quran ada nasihat kat kaum lelaki suruh tundukkan pandangan? Boleh ke korang pergi konsert sana duk tengok lantai? Boleh ke duk tahan pandangan? Heiii.. hah, dah marah dah ni.. tadi duk baca Malaysia kini pasal konsert semalam. Huyoo, terbeliak anak mata bila penulis web tersebut buat laporan seperti berikut:

“Nasrudin awal minggu ini menyifatkan penyanyi manis itu memaparkan tarian "mengghairahkan"

‘Mengghairahkan’!ah tentu ramai yang menundukkan pandangan ek? Bagus betul remaja Malaysia ni.mudah-mudahan kak avril lavinge boleh ambik iktibar dengan remaja Malaysia ni.<-- Kalau betul- betul tunduk pandangan la..
Tapi,, haa ada tapinya, kalau yang pengunjung-pengunjung yang pergi ni, 2x5 duk lompat sana-lompat sini, teriak sana,teriak sini,, maka ni la yang aku paling takut sekali.AKak avril pun kata, “Fuyoo, umat Islam kat Malaysia ni ok la, open minded, sama macam budaya aku, Bagus betul depa sambut merdeka dan nak sambut bulan posa. Tak dak bezanya dengan agama aku”.. So dari sini, buruklah pandangan depa ni terhadap Islam, Ingat, bukan depa ja, orang yang tak paham Islam pun kata camtu gak, Last-last, jadilah Pluralisme (semua agama sama).
Huish,takutnya aku.. Tak habis dari tu, x kira lagi kesan pada ana-anak muda yang pergi kesana plak. Brapa ramai yang terjangkit dengan budaya barat plak. Then bila balik rumah, mula start tiru gaya depa. Patu kerajaan duk pening duk pikir pasal masalah anak-anak muda, then nak lepaskan diri, kata mak bapak yang salah sebab x reti jaga anak, Mak bapak plak yang kena! Nasib badan, Sabojela..

Saturday, August 23, 2008

SYUKUR PADAMU YA ALLAH.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW,kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda..

Bukan untuk mengaibkan diri,tapi sekadar untuk peringatan dan keyakinan kepada diri sendiri bahawa hidayah ALLAH adalah untuk mereka yang terpilih dan supaya saya dapat menambahkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.Mudah-mudahan, diri ini tidak terus terlena dan hanyut..Ya ALLAH, Syukur padaMu Ya ALLAH kerana telah mengalihkan hijab di hatiku ini.


DULU

Saya hanya seorang lelaki dan remaja yang tidak mengenal apa-apa erti kehidupan.. Yang saya tahu adalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang akademik dan duniawi.Hal-hal yang berkaitan dengan agama langsung tidak diambil peduli. Walhal sebagai seorang muslim, saya seharusnya sedar akan tanggujawab yang dikurniakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini..

Walaupun begitu besar impian tersebut, namun saya tidak pernah berusaha untuk berjaya. Apa yang menjadi rutin harian saya ketika itu adalah menonton TV, Game, Komputer, Mengebas duit mak ayah untuk ke Cyber Café dan meronda-ronda di sekitar kawasan kampung sendiri. Solat 5 waktu yang saya tunaikan sekadar memenuhi tuntutan dan rutin harian,itupun dilakukan hampir-hampir masuk waktu solat yang seterusnya(untuk menjimatkan Wudhuk). Al-Quran? Tidak pernah tededik di hati ketika itu untuk menyentuh Kitab Suci tersebut. Entah mengapa, seolah-olah begitu keras hati di ketika itu untuk ditembusi oleh segala input-input keagamaan. Melihat orang-orang agamapun tidak memberi apa-apa makna.. ketika itu, pantang sesiapa yang cuba menegur.. Ahhh.. rasakan penangan ayat berbisa yang selalu saya lafazkan selaku untuk menyelamatkan diri hanya pada ketika itu..”apa kamu peduli, kubur lain-lain.. Kau jaga lubang kubur kau sendiri.”

Teringat juga ketika kejahilan dulu, malah kedua ibupaba sendiripun hampir setiap hari saya derhakai. Selalu memberontak dan melawan jika dipaksa melaukan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Solat di awal waktu misalnya.Terkadang saya tidak tahu mengapa, betapa kuatnya penguasaan syaitan dalam diri ini tika itu.


TAPI..

ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dikala perangai saya ketika itu yang sememangnya teramat-amat jahil dalam agama, namun sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim ALLAH mengatasai segala-galanya. Saya sendiri tidak tahu apa yang ada pada saya dan apa lebihnya saya pada pandangan ALLAH hinggakan Dia sudi untuk mengalihkan hijab yang teramat tebal di dalam diri saya terhadap Islam.. Hijab yang berinci-inci tebal antara saya dan Kalam ALLAH(Al-Quran). Terasa amat bertuah dan bersyukur kepada ALLAH SWT.


Teringat pada permulaan di mana saya disindir oleh abang kandung saya yang bercuti ketika itu. Sindiran yang memberi sejuta makna bagi diri saya, ia cukup untuk mengetuk hati yang terlampau keras ketika itu. Di tambah pula pada waktu itu seluruh dunia gempar dengan bencana Alam yang paling teruk di ketika itu. Teringat akan kata-katanya yang menyebabkan saya terdiam diri dan lantas mengalirkan air mata keinsafan. Ketika itu, betapa terkejutnya kedua ibubapa saya melihat anaknya yang selama ini susah mengeluarkan air mata dan selalu memberontak serta melawan tiba-tiba berkelakuan seperti seorang kanak-kanak yang menangis umpama mencari sesuatu yang hilang. Mungkin ketika itu saya tersedar apabila melihat mayat-mayat yang mengaibkan di kaca televisyen akibat daripada bencana tersebut,melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT.


Hari keseterusnya,hati saya terus diketuk dengan sesuatu yang menyebabkan saya semakin cintakan Islam, semakin cuba untuk mendekati kitab suci Al-Quran walaupun ketika itu saya langsung tidak tahu membaca Al-Quran, apa yang saya tahu hanyalah Al-Fatihah dan surah-surah tertentu dalam juzuk Amma. Saya rasakan seolah-olah keadaan sekeliling telah menyuntik semangat dalam diri saya untuk terus berubah. Televisyen terus menunjukkan kesan bencana dan diselang selikan dengan kuliah agama. Entah kenapa, hati saya yang dulu yang teramat benci apabila kedua orang tua saya membuka siaran agama di televisyen tiba-tiba tergerak untuk mendengar siaran Al-Kuliah yang disiarkan di sekitar tempat bencana. Hati saya terus tersentuh apabila melihat air muka ustaz-ustaz yang di undang untuk berforum dalam rancangan tersebut. Pada waktu itu, mata saya tidak pernah kering daripada mengalirkan air mata. Begitu hebat sekali sentuhan ALLAH SWT terhdap diri saya ketika itu.


NAMUN..

Oleh kerana saya hanyalah insan yang lemah, perubahan tersebut tidak lama. Mungkin kerana faktor sekeliling dan kurangnya ilmu agama untuk menempuh cabaran dan ujian dan tiada bimbingan.Akhirnya,perangai lama saya mula menjenguk balik ditambah dengan hasutan-hasutan yang meruntuhkan semangat saya yang diterima daripada ‘kawan-kawan’ lama. Kesan daripada itu, saya memutuskan untuk menjaga Hidayah ALLAH SWT dengan berpindah sekolah untuk melarikan diri daripada hasutan tersebut, sekolah yang lebih jauh dengan harapan dapat melarikan diri dengan hasutan tersebut. Namun, begitu hebat ujian ALLAH SWT untuk menguji saya ketika itu menyebabkan saya semakin teruk dari keadaan asalnya dimana di sekolah baru tersebut, saya telah mula berjinak-jinak dengan pelbagai masalah salah laku yang membabitkan senior di tingkatan 6 atas.. Dipendekkan cerita, Abang saya dapat menghidu masalah tersebut dan tidak putus-putus memberi tekanan kepada saya dan akhirnya saya terpaksa kembali ke sekolah lama.


AKHIRNYA..

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Sekali lagi hati saya diketuk.. Saya mula sedar, begitu pengasihnya ALLAH SWT terhadap hambaNya walaupun telah banyak saya mensiakan Hidayahnya dahulu.. Di ketika itu, ALLAH SWT menggerakkan saya untuk memasuki sebuat tempat pilihanNYA. Tempat yang banyak memberi makna kepada saya, tempat yang banyak mengubah diri saya. Saya merasakan amat bertuah kerana telah dikenalkan dengan tempat tersebut. Tidak cukup dari itu, ALLAH SWT turut mengurniakan insan-insan yang amat bermakna bagi saya. Insan yang telah banyak memberi kesan mendalam terhadap diri saya. Insan yang banyak memberi semangat dan membimbing saya. Insan-insan yang membimbing saya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam, Mengenali Al-Quran dan mengajar saya erti kehidupan sebenar..


KINI..

Walaupun begitu, kini saya semakin berjauhan dengan tempat dan insan-insan tersebut.. Semakin hari, semakin banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi seorang diri.. Kini saya dapat merasakan erti kehidupan sebenar dan memahami dengan lebih mendalam makna ujian dalam kehidupan. Bila di imbas balik, saya rasa teramat-amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya kepada saya kerana terus memberi peluang kepada saya walaupun pelbagai dosa yang telah saya lakukan.Syukur kepada ALLAH SWT kerana sudi memandang dan mengutip saya yang berada di lembah kelalaian dan yang pernah tersungkur di lembah kelalaian tersebut. InsyaALLAH, akan saya jadikan pengalaman-pengalaman lepas sebagai pengajaran bagi diri saya kini mudah-mudahan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama..Mudah-mudahan, Rahmat ALLAH selalu bersama saya..AMIINN..



“Hidayah ALLAH itu umpama hujan..Kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. ALLAHlah yang mencampakkan hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah-hidayah itu adalah hati-hati manusia.. Terpulanglah pada kita untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya.. Dan bilamana kita bertanya tentang hidayah ALLAH, itulah permulaan HidayahNya.”