Assalamualaikum w.b.t..
Sebenarnya ni tulisan ana sebelum masuk bulan puasa haritu. Dek kerana connection internet takde kat D’Rimba Apartment, so, tak kesampaianlah ana nk post artikel ni. Jadi ni dah kira delay la ni. Hehehee.. kalau dalam aviation industry, dah rugi berapa juta dah ni kena bayar kat customers effect dari delay. Tapi takpe, sebagai bahan untuk mengislahkan sesamamuslim dan sebagai dakwah kepada non muslim yang baca(mintak-mintak ada non muslim yang baca artikel ni).Mudah-mudahan matlamat utama tulisan ni
Ok,setelah diedit supaya bersesuaian dengan ke’delay’iannya, jom kita sama-sama baca tulisan ni->
Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan adalah di antara bulan-bulan yang menjanjikan ganjaran yang berganda-ganda kepada umat Islam.Sebelum kita menyentuh tentang amalan-amalan yang sunat dilakukan, eloklah dulu kita mengenali apa itu bulan Ramadhan dan kemuliaan bulan ini:
1)Bulan Ibadah,Bulan Al-Quran,Bulan kerahmatan dan Bulan keampunan
2)Bulan untuk Mengawal nafsu lapar dan nafsu syahwat(Diwajibkan berpuasa)
3)
4)Syaitan dibelenggu
4)Azab kubur dehentikan ketika bulan ini
5)Pintu Syurga dibukakan dan ditutup pintu neraka
6)Dikurniakan malam Lailatul Qadr , iaitu malam terpilih di 10 terakhir dan malam yang terbaik kerana diumpamakan 1000 bulan.
7)etc
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang berpuasa semasa Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran, dan Allah akan ampunkan dosanya dan orang-orang bersolat pada sepanjang malam Lailatul Qadr dengan iman dan mencari ganjaran daripada ALLAH SWT, akan diampunkan dosa-dosanya”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara amalan-amalan yang sunat dan digalakkan untuk kita lakukan sepanjang menyambut bulan yang mulia ini adalah:
1)Solat sunat tarawikh
2)Tingkatkan pembacaan Al-Quran dan hayati maknanya
3)Basahkan Lidah dengan berzikir
4)Banyakkan Bersedekah
5)Jaga mata, kawal telinga dan lidah
6)Iktikaf pada 10 malam terakhir
7))etc
Itulah serba sedikit input-input sebagai persediaan awal untuk dikongsikan bersama walaupun masa mengepos artikel ini telah mengalami ke’delay’ian yang teramat sangat..hehehee. Mudah-mudahan Cahaya Keimanan dapat meresap ke dalam diri dan hati kita dan dapat dipancarkan dengan kemuliaan Akhlak.Namun segala yang kita lakukan pada bulan Ramadhan seharusnya dimulakan dengan niat ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hingga ke 700 kali ganda. ALLAH SWT berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”
(Hadith riwayat Muslim)
P/S:Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa pada bulan penuh berkat ini semoga kita sentiasa dilimpahkan Rahmat daripada ALLAH SWT sehingga ke hari perhitungan kelak. InsyaALLAH..(^_^)
No comments:
Post a Comment