rujukan video->klik di sini
Pengaruh ideologi memainkan peranan yang amat penting dalam usaha memperkenalkan dan menjulang kembali agama Islam.Antara yang pernah dulu digemilangkan oleh Para Ilmuan Islam yang akhirnya telah lenyap ditimbus dengan penipuan pihak Barat adalah berkenaan penemuan teknologi penerbangan. Kesannya,kemajuan berlandaskan Islam tersorok tanpa diketahui dan diganti dengan nama-nama yang menjulang tokoh ilmuan Barat sekaligus menutup peluang umat manusia untuk memahami agama Islam yang tersangat syumul untuk dianuti seluruh umat manusia.
Sebenarnya usaha meraih teknologi penerbangan sebenarnya seiring dengan Firman Allah di surah Ar-Rahman:
يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬
“Hai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan". (Qs. 55:33)
Sebagaimana kebanyakan ilmuwan muslim di zaman dahulu, Ibnu Firnas adalah seorang polymath yang gigih mendalami pelbagai jenis ilmu antaranya kimia, fizik, kedoktoran, astronomi, dan juga sastra. Hasil dari kegigihannya itu,beliau telah berjaya menemui pelbagai teknologi seperti jam air (jam yang dikendalikan oleh aliran air yang stabil), gelas lutsinar, alat pemotong batu kristal hingga peralatan simulasi cuaca yang dikatakan mampu menghasilkan petir buatan, meskipun begitu, masih menjadi teka-teki bagaimana Ibnu Firnas menghasilkan ciptaan peliknya. Namun di antara semua penemuannya, yang paling membanggakan dan dianggap salah satu tonggak sejarah adalah alat terbang buatannya(hehehe,sama mcm bidang yang saya ceburi).
Alat terbang Ibnu Firnas adalah sejenis ornithopter, yakni alat terbang yang menggunakan prinsip kepakan sayap seperti yang ada pada burung, kelawar atau serangga. Pertama kalinya, beliau cuba menggunakan alat terbang ciptaannya di sebuah menara masjid di Cordoba pada tahun 852. Walaubagaimanapun, menjadi adat kebiasaan apabila percubaannya buat kali pertama menemui kegagalan dan menyebabkan beliau terjatuh.Namun begitu,beliau masih terselamat kerana beliau telah melengkapkan diri dengan baju keselamatan(Atau lebih dikenali sekarang sbg payung terjun). Walaubagaimanapun, kegagalan pertama memberi kesan yang positif kerana hasil dari kegagalan tersebut,manusia pada masa kini mendapat manfaat yang besar melalui penggunaan payung terjun tersebut(Erm, bijakkan sebenarnya umat Islam ni?).
Seterusnya,sekitar tahun 875, ketika usianya mencecah umur 65 tahun,beliau dengan beraninya melakukan percubaan terbangnya yang terakhir bagi membuktikan kebenaran teori yang ditemuinya. Akhirnya,dengan menggunakan pesawat layang yang merupakan cikal bakal gantole(entahlah apa jenisnya,tapi inilah yg ditemui bila search kt internet,mungkin dalam bahasa indonesia). Percubaan tersebut dilakukan dari menara di gunung Jabal al-‘Arus iaitu di suatu tempat yang terletak di Cordoba dan disaksikan oleh segelintir pemerhati yang beranggapan bahawa Ibnu Firnas merupaka seorang yang kurang waras.
Akhirnya,percubaannya ketika itu telah membuktikan kebenaran tentang teori penerbangan yang penah dikaji oleh beliau sendiri.walupun begitu, beliau bagaimanapun telah gagal membuat pendaratan yang sempurna dan kesannya, beliau mengalami kecedaan yang parah. Ibnu Firnas meninggal 12 tahun kemudian yakni pada tahun 887.
Sebagai penghormatan pada Ibnu Firnas, sebuah lapangan terbang di Baghdad Utara telah dinamakan bersempena dengan namanya dan dinamai dengan Ibnu Firnas Airport dan bukti yang lain adalah dengan menamakan sebuah jambatan besar di sepanyaol dengan nama Sevilla Abbas ibnu Firnas Bridge.Tidak cukup dari itu,NASA juga telah mengiktiraf tokoh ilmuan Islam ini dengan menamakan sebuah kawah di bulan dengan nama Ibnu Firnas Crater.
Namun usaha Ibnu Firnas dalam bidang penerbangan bukanlah usaha terakhir bagi ilmuan Islam untuk menginovasikan 'kenderaan terbang'. Pada tahun 1630-1632, Hezarfen Ahmad Celebi di Turki berhasil menyeberangi selat Bosporus di Istanbul dengan menggunakan pesawat buatannya sejauh kira-kira 3 kilometer dan telah berjaya mendarat dengan selamat.
Kesimpulannya,teknologi penerbangan seharusnya dikembangkan dengan harapan akan dapat membuka kembali lembaran sejarah ilmuan Islam yang telah lama tertutup oleh sejarah buatan ciptaan Barat.Dengan motivasi ideologi yang kuat, mudah-mudahan teknologi aeronautika dapat dikuasai kembali oleh kaum muslimin.Semoga ini menjadi perjuangan kita dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam khususnya buat sahabat-sahabat yang berada dalam bidang penerbangan.
Renung-renungkanlah,Sejarawan Phillip K. Hitti pernah mencatatkan kejayaan Ibnu Firnas selaku ilmuan Islam dan beliau telah menulis dalam History of the Arabs, "Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying." Maka,kita sebagai umat Islam seharusnya berbangga dan seharusnya berusaha menjulang kembali Islam melalui bidang yang kita ceburi.
Sebagai penutup, renungilah firman ALLAH SWT yang tercatat dalam surah al-Anfaal,
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ
”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya”. (Qs. 8:60)
*Segala maklumat diperolehi melalui kajian menggunakan kemudahan internet. Terima kasih kepada adik-adik usrah(aish,malu plak,depa sebenarnya yang bagitau nama ibnu firnas ni).
”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya”. (Qs. 8:60)
*Segala maklumat diperolehi melalui kajian menggunakan kemudahan internet. Terima kasih kepada adik-adik usrah(aish,malu plak,depa sebenarnya yang bagitau nama ibnu firnas ni).
No comments:
Post a Comment