Teringat dulu, bila duk memikirkan persoalan tempoh latihan sebagai pelatih MAS yang lama, beberapa orang sahabat mengadukan nasibnya. Mengeluh panjang, memikirkan perancangan mereka yang telah tersasar jauh dari yang asalnya... Aku hanya tersenyum... Mahu membantu, namun x pasti apakah bentuk bantuan yang mampu aku lakukan sedangkan aku dan mereka berada di dalam sampan yang sama... Terkadang layarnya koyak, terpaksa kami semua membaikinya, terkadang berlubang, terpaksa kami menampalkannya kembali bersama. Namun, pada kebiasaannya, aku sering melihat apa yang sepatutnya aku melihat dalam situasi tersebut... Benarlah, kefahaman yang dikurniakan Allah berbeza terhadap hamba hambanya, bagi sesetengah mereka, mereka merasakan 'masalah' tersebut suatu perkara yang besar sehingga melemahkan kekuatan mereka, namun aku sendiri akui, terkadang aku pun tertewas juga, tapi dalam ketewasan aku melihat suatu sinar yang memandu kearah kemenangangan yang sangat bermakna...
Alhamdulillah, dari pengalaman perit jenuh kami,aku merasakan satu tarbiah di mana Allah sedang 'membina' kami semua, 'melahirkan' kami semua dari kepompong yang sukar, supaya kelak kami mampu terbang dengan kekuatan yang ada. ('',)...
Masa berlalu sepantas pantasnya, umur kami semakin lama semakin meningkat, keperluan semakin mencengkam. Pernah sekali seorang sahabat mengadu, "aku dah berumur,sepatutnya dengan umur sebegini, aku dah boleh menyara kedua ibu bapa aku, membalas budi mereka, tapi apakan daya, aku pula yang mereka tanggung,terkadang agak malu dengan mereka". Apa yang mampu aku nasihatkan adalah supaya banyak bersabar. Aku sendiri akui, dengan tempoh kursus yg semakin lama, rata rata kami semakin tertekan. Dengan izin Allah, aku diberi kudrat untuk menceduk mutiara hikmah dari sang guru yang sangat dikagumi, Syeikh Hafiz Selamat yakni seorang guru yang sangat dikagumi dengan semangat nya membina manusia.Alhamdulillah, mampu aku mengecas semangat diri. Pernah dulu sang guru berkata, kalau tidak berkemampuan, hadiahkanlah juga kepada ibu dan bapa walau sebiji tamar, sesungguhnya mereka bukan mahukan harta dari anak2 nya, namun yang utama adalah ingatan anak anaknya terhadap mereka. Aku terdiam, memikirkan kembali nasib sahabat-sahabat yang lain. Erm...
Ditakdirkan, aku dilanda kesempitan wang,mahu meminta dari ibu dan ayah,terlalu segan, ditambah pula kereta yang meragam dan ada bebanan keperluan wang yang lain... Aku berputar putar mencari solusinya. Mungkin ketika itu Tuhan mahu aku berusaha 'mengoyakkan kepompong' sedikit agar aku kuat untuk fasa seterusnya. Alhamdulillah, berbekalkan Iltizam, aku digerakkan bertemu salah sorang guruku yang sangat aku kasihi, belajar dari caranya & ditakdirkan, guru tersebut membenarkan aku menceburkan diri dalam perniagaannya. Alhamdulillah, aku merasa lambaian kasih Allah dalam mempermudahkan urusan hambanya.
Selama beberapa tempoh, aku agak senang dengan keadaan tersebut, sehingga aku terlupa akan nasib sahabat2 yang lain, mungkin ujian Nya disitu pula... Selang beberapa ketika, aku 'ditegur' lagi... Seorang sahabat mengadukan masalahnya, mahu mendirikan masjid, namun x berkemampuan & ada segelintir yang sudah mendirikan masjid, tapi agak tertekan hidupnya... Aku berfikir, mungkin inilah masanya, Allah memberi untuk aku gunakan & manfaatkan bersama yang lain.
Setelah berbincang, aku cuba membawa sahabat2 yang lain ke gerbang yang sama aku lalui... Alhamdulillah, mereka menaruh harapan yang tinggi. Sekali lagi aku memanjatkan syukur kerana dengan 'Tarbiah' dariNya, sahabat2 yang lain mendapat manfaat yang sama. Semoga mereka semua terhindar dari segala ujian yang tak mampu mereka pikulkan. InsyaAllah...
*kalau semua berfikir mengenai masalah kewangan, masallah tidak akan berhenti, tapi sekiranya kita berusaha memikir, apakah yang Allah mahu mengajar aku dengan makhlukNya yang bernama Wang.. InsyaAllah, jawapanNya hanya kita yang tahu... Alhamdulillah!!!!
Saturday, April 20, 2013
Wednesday, March 20, 2013
Gardener
Sepatah kata,memberi bermacam makna... Ketika bersantai malam di rumah kenalan di sambil menggunakan line 'wifi' nya, aku sempat memerhati perihal info latar belakang di profile facebook milik sendiri. Tersenyum seketika apabila melihat ruangan maklumat peribadi antaranya perkerjaan, tempat belajar & macam macam lagi yang berkaitan. Ternyata,penelitianku kali ini memberi seribu makna. Aku terfikir seperti sebelumya, mencari setiap suratan, mengapa & apa yang perlu. Lalu timbullah di benak hatiku,ekoran dari peristiwa yang berlaku hari ini,kejadian 'teguran demi teguran' rahsia yang entah mengapa,dengan tiba-tibanya aku boleh membelek kembali buku2 lama yang tersusun rapi di rak buku.
Seminit dua aku merenung ke dalam diri, mengambil masa mengimbau kembali tarbiah dari pengalaman yang lalu, pahit, manis, masam, tawar & bermacam-macam lagi dugaan yang pernah aku lalui. Anak mataku tertarik pada satu sudut maklumat di ruangan maklumat latar belakang yang tertera "Trainee Aircraft Maintenance Engineer at Malaysia Airlines Engineering Training Centre",begitu gah sekali 'pangkat' yang disandar bagi seorang pelajar biasa seperti aku. Aku mengkaji lagi, bertanya kepada diri terdalam di dalam diri..."adakah ini matlamat hidupmu? Adakah ini yang menjadi penghalang ketenangan hatimu sehingga engkau bisa melakukan apa saja untuk mencapai matlamatmu itu? Adakah ini punca hidupmu tidak keruan?", entah mengapa,soalan demi soalan mulai timbul menyebabkan aku tidak mampu memberikan jawapan yang benar.
Bertubi tubi soalan yang timbul menyebabkan hatiku tidak keruan, lalu terimbau kembali kenangan lama,di satu sudut di dalam diri,mencari keikhlasan & erti sebuah perjalanan, dimana satu ketika dulu aku pernah berjalan di landasan untuk membuktikan satu pembuktian janji terdahulu. Berat tanggungannya,perit jalannya, namun aku perlu menempuh jua sehingga satu tahap aku dipertemukan 'guru kehidupan'. Dan disebalik pertemuan tersebut,aku diduga dengan dugaan yang manis bersulam pahit menyebabkan aku berputus asa & memilih untuk berjalan seperti manusia biasa.
Zappp!!! Hatiku terpaku pada perkataan 'The Gardener' yang pernah didengari satu ketika dahulu. Entah mengapa, gelodak dihati yang berkeladak seolah olah menjadi jernih memberi satu perkataan baru, ya, the gardener, hina bunyinya, rendah martabatnya di pandangan mata manusia dizaman kini,namun disebalik perkerjaannya, terkandung rahsia yang sangat seni...
*Ya,aku pernah dulu dan kini, mencari materi,pangkat & bermacam darjat, malah kepingin juga mengambil kesempatan terhadap diri sehingga terlalu mencari kelebihan yang ada pada diri, lantas aku bertanya, "untuk apa aku diberi? Rahsia Tuhan Itu tersangat rahsia, Rahsia yang Terahsia, diberi sedikit nikmat, usahlah aku terlalu memuji diri sehingga terlupa diri sendiri,Astagfirullahal 'azim"
**Terkenang pengalaman dulu, terlalu ramai 'The Gardener' yang muncul dalam hidup ni,pernah juga aku 'berkebun' satu ketika dulu,namun ujiannya sangat tinggi. Alhamdulillah,aku diberi peluang bertemu seorang 'pekebun' yang dulunya dikatakan manusia biasa, & kini,telah dibuktikan melalui yayasan yg dibina nya.Alhamdulillah, melihat hasil 'tanamannya' yang menyubur,aku menjadi kagum, mahu sekali untuk mengikut jejak langkahnya. Sebelum itu, ada juga aku bertemu 'The Gardener' yang besar jiwanya, kuat semangatnya & ikhlas hatinya, namun pertemuan kami x berkekalan lama, Allah itu Maha Mengetahui & IlmuNya terlalu Rahsia untuk difahami...('',)
***Sollu ala Nabi, Allahummasolli wassalim wabarik Alaih***

Friday, March 1, 2013
'BA' didalam BismillahiRahmaniRahim
Huruf 'BA'... terkandung segala isi Bismillah, dalam Bismillah mencakup segala isi Al-Fatihah, dalam Al-Fatihah, adanya seluruh Al-Quran... "BIkana makana,BIyakunu mayakunu,fawajudul 'Awalimibi" ->(Dengan AKU ada apa saja semua yang telah ada, dengan AKU akan ada apa saja yang akan ada, maka adanya apa saja semua yang ada di alam ini adalah dengan-KU)
melepasi huruf 'BA',bertemu pula dengan husun 'SIN' & seterusnya kepada huruf 'MIM'.... SIN melambangkan 3 perkara yg perlu ada diwakili setiap 3 lekuk, untuk melengkapi MIM perlu kepada yang membawa contoh yakni Muhammad SAW, barulah seterusnya mengenal Allah SWT yg meliputi segalanya...Ar-Rahman & Ar-Rahim...

Thursday, February 28, 2013
Kembali?
Ngeh Ngeh Ngeh..... kenapa ngeh3x? trademark barangkali? erm, mungkin....bayu pagi memasuki ruang rumah menyapa pipi & angka jam mencecah 2:49 pagi. "hirspppppppp",sengaja aku menghirup nafas panjang, melihat gadjed baru dibeli.... "mungkinkah???" persoalan muncul dalam benak mindaku.... "erm, mungkin inilah masanya? -ya, inilah masanya,usah dipedulikan,walaupun banyak lumuran noda & dosa yang telah dipahat dalam diari kehidupan yang telah berlalu"... mood memujuk diri...
Penulisan dulu? ajaib bukan? bagaimana aku menulis dulu? bagaimana pula kini? hati berbisik memberi jawapan... "ahhh,lakukan saja seperti sebelumnya, tulisan ini untukmu jua" ---tersenyum---
Teringat dulu,seseorang pernah dihadirkan dalam Perjalan hidup ku, katanya mahu membantu, namun dalam hatiku,Allah itu lebih Maha Tahu...Alhamdulillah,dari pengalaman tersebut, erti diri & rohani lebih banyak aku ketahui... mencari diri, mengenal apa yang sebenar benar perlu diketahui. Allah itu Maha Tahu,segala yang aku lalui sudah ada dalam sentuhan Takluk Suluhi Qadim IlmuNya sejak Azali lagi,dan aku, hanya mampu mengenaliNya dengan belajar melihat perjalanan Tanjizi Hadis KudratNya, berdasarkan sifat IradatNya.
*Apa-apapun yang telah berlaku,sedang berlaku & akan berlaku, hiburkanlah hatimu dengan: "BIsmillahiRahmaniRahim"
-BIkana makana, BIyakunu mayakunu, Fawajudul ‘awalimibi
(Dengan AKU ada apa saja semua yang telah ada, dengan AKU akan ada apa saja yang akan ada, maka adanya apa saja semua yang ada di alam ini adalah dengan-KU)
*Dengan huruf 'BA' sahaja, terhurai segala perkara...

Tuesday, November 27, 2012
.:Limitation:.
L.I.M.I.T.A.T.I.O.N...setiap makhluk d dunia secara lumrahnya mempunyai satu tahap tersendiri... ada kalanya agak susah untuk menjaga diri,mengekalkan prestasi & menambah kapasiti kebaikan & nilaian iman yang semakin hari semakin pudar dan luntur akibat permainan dunia. adakalanya,kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik, & terkadang kita terjerlus & terjerumus juga. kenapa ini berlaku?
Seringkali kita memberi jawapan dengan mudah melatah & memarahi suasana & persekitaran yang ditakdirkan menjadi teman untuk kita.Agak malang bagi kita juga sebenarnya jika kita terus menunding jari pada makhluk ciptaan Allah yang lain,sedangkan mereka hanya berjalan tidak lari dari lingkungan atau takluk Suluhi Qadim Ilmu Allah yang telah ada sejak azali lagi, malah kita sendiri turut mengakui & menyerah diri sepenuh hati dengan apa yang telah dirancangkan ketika Azali dahulu. Lahirnya kita di dunia, secara automatik takluk Tanjizi Hadis terhadap Kudrat Allah berlagsung, sebagai petanda untuk mengukur kesetiaan kita terhadap perancangan Allah SWT...namun amat menyedihkan sekali apabila kita mula gundah & gulana & terkadang sampai kepada tahap berputus asa dari Rahmat Allah SWT...Tidakkah malu kita dengan Pencipta? yang dahulu kita membangga bangga, & pernah berjanji untuk setia? Namun bila sampai masanya Iradat Allah dizahirkan,KudratNya mengambil tempat melalui takluknya yang perlu kita fahami,kita sudah lupa,lupa terus pada perjanjian keramat kita dahulu... adakah kita lupa,hikayat hidup yang perlu kita utamakan adalah kembali mengenal DIA, sepertimana rapatnya & kenalnya kita dengan DIA ketika di alam Ruh dahulu? Dan adakah kita sedar,segala takdirNya yang berlaku ke atas kita tidak lain & tidak bukan antara lainnya untuk kita kenal & kembali balik kepadaNya? Kembali balik untuk membuktikan kesetian kita kepadaNya...
*Hidup itu Indah jika kita tahu erti 'KEINDAHANNYA'

Location:
Taman Nusa Subang Taman Nusa Subang
Sunday, May 27, 2012
.:Terkadang:.
kita merasa agak selesa dengan apa yang sedang kita miliki
Terkadang...
kita merasa agak menderita dengan apa yang telah terjadi
Namun...
Kita terlupa,disebalik keselesaan,
disebalik penderitaan
ada bermacam cabaran yang semakin dekat mendatang...
"usah dipuja langit yang tinggi walau indah dihiasi pelangi...
pandanglah rumput dikaki, walaupun dipijak, tetap melitupi bumi..."
Saturday, April 14, 2012
Belajar...
Tersenyum sendiri bila mengimbau kenangan dulu. Begitulah manusia diajar & ditarbiah oleh Sang Pencipta,walaupun pedih jalannya,walaupun kritikal parah 'luka'nya,walaupun segala macam yang singgah melanda,kita selalunya mudah melatah sehingga terlupa memandang natijah tarbiah yang datang dariNya.
(Dari mata yang terpejam,dalam beberapa seketika boleh terbuka melihat dunia... siapa yang mengajarnya? Dan kenapa?)
Dalam ketika melayani emosi diri mendepani jalan hidup yang bakal mendatang,terkenang kembali perjalanan hidup sewaktu di alam dunia di peringkat permulaan. Dimana manusia diperkenalkan tentang kehidupan melalui tarbiah yang langsung dari Pencipta. Mana tidaknya,dari seorang bayi yang tidak tahu membuka mata diajar secara direct oleh Allah SWT untuk melihat dunia,maka selang beberapa ketika terbukalah si kelopak mata,ajaib bukan? Tidak pula kita tertanya-tanya siapa yang mengajarkannya.ermmm.
Sesudah itu,tarbiah demi tarbiah berlaku melalui kelangsungan kehidupan manusia. Tanpa kita sedari disitulah letaknya fungsi sebenar sang aqal untuk 'mengembara' mencari erti disebalik tarbiah. Untuk apa aku diajar? Untuk apa aku dihidupkan? Untuk apa aku diuji? Mesti ada sesuatu hikmah yang perlu kita ketahui... Dan jawapannya? Ada pada dirimu sendiri...selamat mengembara wahai pencari erti...('',)
(Berkata salah seorang guru den{ust zulkifli ismail}: Antara hikayat kehidupan manusia adalah untuk mengenal hakikat siapakah Pencipta kita sedalam-dalam pengenalan)
*Jalan menuju Allah bukan mudah & ingatlah sntiasa,tiada kebetulan dalam kehidupan kerana Yang mencipta kebetulan & Yang mencipta kehidupan adalah Zat Yang Sama yakni Allah SWT.Kenang kmbali kata2 Arif Billah:"Sesuatu yang Indah dalam kehidupan adalah takdir yang ditetapkn oleh Yang Maha Pencipta,kerana sifatNya Yang Maha Penyayang,Dia takdirkn sesuatu yangg terbaik untuk semua walaupun nampak sukar di pandangan mata.disitu terselit sayangNya pada hamba2Nya."La Tahzan,Allah sentiasa bersama.(^_^)
**Tiba-tiba ilham muncul kembali,katanya untuk dikongsi,kalau bukan untuk yang mencari,mungkin untuk diri sendiri...InsyaAllah,mungkin berguna satu hari nanti.(^_^)
(Dari mata yang terpejam,dalam beberapa seketika boleh terbuka melihat dunia... siapa yang mengajarnya? Dan kenapa?)Sesudah itu,tarbiah demi tarbiah berlaku melalui kelangsungan kehidupan manusia. Tanpa kita sedari disitulah letaknya fungsi sebenar sang aqal untuk 'mengembara' mencari erti disebalik tarbiah. Untuk apa aku diajar? Untuk apa aku dihidupkan? Untuk apa aku diuji? Mesti ada sesuatu hikmah yang perlu kita ketahui... Dan jawapannya? Ada pada dirimu sendiri...selamat mengembara wahai pencari erti...('',)
(Berkata salah seorang guru den{ust zulkifli ismail}: Antara hikayat kehidupan manusia adalah untuk mengenal hakikat siapakah Pencipta kita sedalam-dalam pengenalan)**Tiba-tiba ilham muncul kembali,katanya untuk dikongsi,kalau bukan untuk yang mencari,mungkin untuk diri sendiri...InsyaAllah,mungkin berguna satu hari nanti.(^_^)
Subscribe to:
Comments (Atom)