Text


Saturday, April 14, 2012

Belajar...

Tersenyum sendiri bila mengimbau kenangan dulu. Begitulah manusia diajar & ditarbiah oleh Sang Pencipta,walaupun pedih jalannya,walaupun kritikal parah 'luka'nya,walaupun segala macam yang singgah melanda,kita selalunya mudah melatah sehingga terlupa memandang natijah tarbiah yang datang dariNya.

(Dari mata yang terpejam,dalam beberapa seketika boleh terbuka melihat dunia... siapa yang mengajarnya? Dan kenapa?)

Dalam ketika melayani emosi diri mendepani jalan hidup yang bakal mendatang,terkenang kembali perjalanan hidup sewaktu di alam dunia di peringkat permulaan. Dimana manusia diperkenalkan tentang kehidupan melalui tarbiah yang langsung dari Pencipta. Mana tidaknya,dari seorang bayi yang tidak tahu membuka mata diajar secara direct oleh Allah SWT untuk melihat dunia,maka selang beberapa ketika terbukalah si kelopak mata,ajaib bukan? Tidak pula kita tertanya-tanya siapa yang mengajarkannya.ermmm.

Sesudah itu,tarbiah demi tarbiah berlaku melalui kelangsungan kehidupan manusia. Tanpa kita sedari disitulah letaknya fungsi sebenar sang aqal untuk 'mengembara' mencari erti disebalik tarbiah. Untuk apa aku diajar? Untuk apa aku dihidupkan? Untuk apa aku diuji? Mesti ada sesuatu hikmah yang perlu kita ketahui... Dan jawapannya? Ada pada dirimu sendiri...selamat mengembara wahai pencari erti...('',)

(Berkata salah seorang guru den{ust zulkifli ismail}: Antara hikayat kehidupan manusia adalah untuk mengenal hakikat siapakah Pencipta kita sedalam-dalam pengenalan)

*Jalan menuju Allah bukan mudah & ingatlah sntiasa,tiada kebetulan dalam kehidupan kerana Yang mencipta kebetulan & Yang mencipta kehidupan adalah Zat Yang Sama yakni Allah SWT.Kenang kmbali kata2 Arif Billah:"Sesuatu yang Indah dalam kehidupan adalah takdir yang ditetapkn oleh Yang Maha Pencipta,kerana sifatNya Yang Maha Penyayang,Dia takdirkn sesuatu yangg terbaik untuk semua walaupun nampak sukar di pandangan mata.disitu terselit sayangNya pada hamba2Nya."La Tahzan,Allah sentiasa bersama.(^_^)

**Tiba-tiba ilham muncul kembali,katanya untuk dikongsi,kalau bukan untuk yang mencari,mungkin untuk diri sendiri...InsyaAllah,mungkin berguna satu hari nanti.(^_^)

Thursday, February 16, 2012

Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, January 5, 2012

Unknown Post???

Huhuuu, lama x menjenguh blog,bila menjenguh terkezut ceq bila tengok ada post2 kosong dipost kat blog ni... kenapa ya? actually,dulu ceq pernah install apps kat samsung galaxy tab ceq, apps tu mmg agak ok la jugak utk bloggers yg nk update blog tanpa buka internet expolrer mahupun mozila mahupun apa2 lagi lah... ok cukup di situ penjelasannya...jangan sampai lari niat asal ceq nk bagitau yg sebenarnya ceq dah pun jual dah galaxy tab tu, & yang malangnya,ceq terlupa nk uninstall balik apps tu & yg paling cuainya ceq terlupa nk padamkan password & username kt apps blog tu(yg ni ceq terlupa plak sbb time jual aritu ceq ada kelas,kalot punya pasal la tuh...ohhh)...so sbg kesannya,maka banyakla post2 yg x tahu sapa yg post muncul kt blog ceq ni... tapi sbenarnya takdak masalah pun sbb bukannya ramai yg menjenguk blog ceq ni...('',)

*apapun kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...renung2kan dan selamat beramal(ada ke renungnan yg boleh direnung utk post kali ni utk diamalkan? hrmmm...

Saturday, November 5, 2011

Kejauhan


Terlalu jauh...
Semoga ada sinar
Yang mampu mengembalikan kembali cahaya
Yang satu ketika dahulu
Pernah menyuluh
Perjalanan yang suram & gelita

*Esok hari arafah... & aku??? masih disini,memikirkan perihal dosa tanpa mampu berbuat apa2... kerana aku insan yg hina... Ya Tuhan.........dengarlah rintihan hina dari hamba Mu,semoga aku diterima utk melakukan amalan yg mampu mendekatkan diriku kepada Mu... ~Faqir Ilalllah~

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari ke 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari Arafah).fadhilatnya: dihapuskan dosa selama setahun sebelumnya n setahun selepasnya..insyaAllah.(sila rujuk sanad hadis utk kepastian semua,org kata ada sandaran perawi nya lagi bagus... sama2 kita mencari...('',)

Thursday, October 20, 2011

Sesat Dalam Cahaya

aku sesat di tengah terangnya lampu
mencari arah yang harus aku tuju
bukannya tiada papan tanda
cuma keliru mana satu yang utama

menelusuri lebuhraya waktu
aku mengejar cita cita palsu
tersenyum puas bila berjaya
tapi sayang semua itu tiada guna

berpusing di bulatan kehidupan
menahan diri dari segala ujian
jalan berbatu aku teruskan
moga tercapai segala harapan

kemalangan memang tidak berbau
harus waspada hati hati selalu
kesesakan hidup atasi segera
menyesal nanti tidak berguna

aku pening dengan dunia
semakin di ikut semakin terleka
mahu sahaja aku berhenti sampai di sini
bimbang nanti terbunuh diri
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 21, 2011

Mana Mak? .:Baliklah berhari Raya:.

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah
yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap
kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa
mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak
lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta
anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam.
Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka
makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya
Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak
lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak
berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak
ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing.
Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak
merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita
masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri
yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu
memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa
anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar
handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah
yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan
setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak
ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
, "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang
dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk
naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam
itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari
ibu tanpa berjawab?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 14, 2011

Khas untukmu,Insan2 yang berjasa

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

“Assalamualaikum,” sana.

“Wa’alaikumussalam. Ada apa?” sini.

“Terasa macam nak cakap dengan seseorang,” sana.

“Fasal apa?” sini.

“Sibuk ke? sana.

“Agak,” sini.

“Ok,” sana.

“Allah ada,” sini.

“Tahu,” sana.

“Allahlah tempat mengadu,” sini.

“Ya baik,” sana.

“Bangun. Malam ni. Jom sama,” sini.
Senyap. Ada tangis di situ.

“Kan bagus kalau ade di sini,” sana.

“Tak bagus pun,” sini.

“Kenapa?” sana.

“Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,” sini.

“Bila dekat asyik nak gaduh,” sana. Tergelak dalam sebak.

“Rindu sebenarnya,” sini.

“Kenapa tak cakap?” sana.

“Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi,” sini.

Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..ameen~

*teringat akn insan2 yg pernah hadir dlm diri yg sama2 berjalan menuju Redha ILAHI. semoga kita semua dlm Rahmat &RahimNYA
Published with Blogger-droid v1.6.9