Text


Sunday, July 11, 2010

.:Tittle:.

Eh, tertukar lagi title blog ni? erm, biasalah, dalam dunia ni,semua benda boleh berubah. sedangkan Rasulullah sendiri pun menganjurkan kita supaya berhijrah (baca:dari yg buruk kpd yg baik)...Kalau kita tgk kat sekeliling pun,byk yg ALLAH nk tunjukkan pada kita sbg hikmah kepada kita sbg makhluk,hikmah yang membezakan kita dgn Pencipta itu sendiri yg hakikatnya siapalah kita untuk dibanding-bandingkan dgn ALLAH SWT(baca:time blaja dulu,salah satu perkara yg kita perlu pgg betul2,ALLAH SWT x leh dibanding2kan dgn makhluk,sbb ALLAH SWT tu mmg berbeza dgn makhluk-Mukhalafatuhullilhawadith),yg sbg makhluk,kita perlunya berusaha dan usaha itulah medium utk kita mengenaliNYa sekaligus mengubah diri kita dari keadaan yg teruk kpd keadaan yg baik...ah,masuk bab pengajian Akidah plak ni...

(Tengok,ulat pun bertukar dari rupa yg hodoh kepada yg lebih baik,kita manusia? takkan xnak berubah kpd yg lebih baik kot?)

Tapi takpa2,sambil2 menulis tu,kena pening2kan sikit pembaca nih,baru diorang smangat sikit nk top up ilmu tu,kalau x senyap ja. lagipun Imam Hassan Al-Banna pun ada bg nasihat,jgn jadi air yg statik(baca:air yg statik lama kelamaannya akan jadi rosak kerana kestatikannya)...sama lah mcm kita,jgn duk maintain ja tahap ilmu didada tu,nanti karat,tak pun jem gitu ja..ohohohh,so apa lagi? gi la blaja nuh...(baca:bulan 9 @ 10 ni,geng METC & sewaktu dgnnya adakan konvoi ke Pondok Baitul Qurra' kt Melaka,kalau sapa2 nk join,bleh la,dialu-alukan, mati eksiden pun takpa,dgn syarat betul2 nk cari Ilmu Ikhlas kerana ALLAH,bleh la peluang nk Syahid di jalan ALLAH..hehehee)

ops,masuk mula2 nk taip pasal ubah title blog,alih2 dah masuk kesitu plak... takpa2,paling2 koman pun,ada jgak input2 utk menginsafkan diri aku & kpd sesapa yg baca blog ni(baca:ade ke org baca blog ni? hehehee)...

ha baru masuk tajuk,yg kat atas tadi tu,kira mcm pendahuluan la,ada thesis statement,Suportive statement & etc(baca:Intro pun dah berperenggan-renggang dah?)...citernya gini, dulu kalau sapa2 yg dah penah masuk blog ni,blog ni dulu 'tittle'nya محمد.:Pemburu Cinta Ilahi:.الله,tapi ntah kenapa ntah,aku jadi tertukar plak ke محمد.:Dunia Pemikiranku:.الله... alih2 bila rasa mcm x ngam ja,aku rasa mcm nk tukar plak nama blog ni,asalnya aku mmg suka kt title pertama,tapi ntah la,tetiba tertukar tjuk(baca:ALLAH lebih mengetahui)... jadi aku nk tukar la ke tittle lama,tapi biarlah,kita kena sentiasa berubah,tapi the main point is, berubah tu mestilah kerana ALLAH...

So, 'In conclusion'nya,aku pun secara automatiknya menamakan balik blog ni dgn nama yg unik sikit which is--->محمد.:PCI:.الله, kalau sapa2 nk tahu,PCI tu adalah shortform Pemburu Cinta Ilahi, dah2...pasni jgn nk tanya2 apa PCI tu... hehehe... apa2 pun,doa2kan,semoga aku,mak ayah aku,semua ustaz2 & guru2 aku,famili aku,sedara mara aku,sahabat2 aku dan sume skali,mudah-mudahan sentiasa dlm Rahmat & petunjuk ALLAH SWT,aminn...

*dah,dah...jgn duk baca jah...berubah,berubah nuhhhh...~~~kali ni byk taip '(baca:........)'..hehee,aku pun x tahu kenapa....Allah knows the best!!!

Wednesday, June 2, 2010

Semua dgn Izin ALLAH SWT....



Teknik Tarik dalam botol

Cuba anda perhatikan... apa yang anda nampak?


Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu!!!


(walaupun ni iklan hari raya,tapi....ahh bolehja,asalkan mesejnya sampai)

bila tgk video ni, terasa betul... oh,kalau nak diikutkan,selepas ja habis SPM,akulah antara anak mak + ayah aku dan adik kepada abang2 dan kakak2 aku yang jarang dapat bersama keluarga. oh,terlalu susah utk cari masa & waktu bersama keluarga.kalaupun ada cuti yang panjang,aku terpaksa menggunakannya utk tujuan mencari ilmu2 yang wajib aku dalami(itulah ilmu agama),tapi Alahamdulillah,mak+ayah masih memahami walaupun agak berat utk terima kenyataan nih... semoga waktu yang singkat didunia ini dapat kita semua ganti dgn kenikmatan yang kekal disana buat selama-lamanya.InsyaALLAH

Teringat pesan murobbi ustaz zulkifli shafie(INPAL,Rong Chenak), "bahagikanlah masa sebaik-baiknya,ingatlah,ilmu boleh kita cari selagi mana kita punyai usia,namun mak + ayah kita hanya dapat cari bila mereka masih punyai usia..."-->hakikatnya,kita semua x tahu tempoh usia kita & tempoh usia kedua ibubapa kita...

untuk sahabat2, gunakanlah masa yang ada sebaik2nya...janganlah masa dijadikan alasan utk kita menjauhkan diri dari menuntut ilmu ALLAH SWT dan janganlah jadikan kesuntukan masa sebagai alasan kita untuk tidak menziarahi dan bersama kedua ibubapa,.Kejarlah redha ALLAH SWT dan redha kedua ibubapa...bahagikanlah masa sebaik-baiknya...



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١)
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Monday, April 26, 2010

Post Terbaru....

Assalamualaikum...

sekadar memberi salam,takde modal sebenarnya nk menulis nih.... nantikan semangat baru......

Selamat Mengecapi Hidup..........

Saturday, April 3, 2010

Kepada sesiapa yg nak Sertai Malaysia Airlines


Temuduga terbuka kepada sesiapa yg nk sertai MAS... utk pilot & Teknisyen.... umur 18-26 tahun... temuduga di akademi MAS di kelana jaya, sebelah masjid Tungku tepi Tasik KJ... 10/4/2010(sabtu)...

semoga berjaya!!!

Tuesday, February 16, 2010

Ahbab Al-Mustaffa... Hayatilah

Hayatilah... Beradablah dgn Baginda Rasulullah SAW... sentiasalah berselawat ke atas Baginda...

Sunday, February 14, 2010

Ingin Mengenal ALLAH???

(Adakah Anda Kenal Akan ALLAH?)
Alhamdulillah,Allah telah menggerakkan hati saya untuk berkongsi email yang dihantar oleh bapa saudara saya(ayah Sir) tidak lama dulu. semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan bagi sesiapa yang ingin berjalan untuk mengenal ALLAH demi menuju keredhaan ALLAH SWT di dunia & Akhirat,InsyaALLAh. doakan saya juga (^^,)..


Ciri-ciri Pendakian Ilmu yang perlu dimiliki:

A- Kategori Asas (Ilmu)
1-Ilmu keaImanan/ Keyakinan kepada Allah ( Ilmu Tauhid )
2- Ilmu Syari’at atau Ilmu lahir (Ilmu Fikh)
3-Ilmu Bathin atau Ilmu Tasauf ( Tasawwuf)

B- Kategori Menengah (Amali)
1-Tarikat
2-Hakikat

C-Kategori Atas (Pencapaian)
1-Ma’rifat Berkata Iman As-Syafei “Barangsiapa bersyari’at tanpa bertasauf, ‘Fasikun/ Zindik!!,barangsiapa bertasauf tanpa bersyari’at , Sesat!!
( A tanpa B, =Fasik, B tanpa A , = Sesat)


A.1- Ilmu keImanan
1.1-Ilmu Tauhid atau Aqaaidul Iman atau ilmu sifat dua puloh atau Qalam.

A.2 - Ilmu Syari’at atau Ilmu lahir
1- Ibadah
2- Munakahad
3- Mua’amalat
4- Jenayah

A.3-Ilmu Bathin atau Ilmu Tasauf
1- Sifat2 terpuji
2- Sifat 2 Tercela
3- Sifat2 nafsu


Ilmu Kifayah
1- Ilmu Al-Qur'an
2- Ilmu Al- Hadith
3- Sirah Nabawiah

(SEMOGA BERJAYA)