Text


Wednesday, June 2, 2010

Semua dgn Izin ALLAH SWT....



Teknik Tarik dalam botol

Cuba anda perhatikan... apa yang anda nampak?


Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu!!!


(walaupun ni iklan hari raya,tapi....ahh bolehja,asalkan mesejnya sampai)

bila tgk video ni, terasa betul... oh,kalau nak diikutkan,selepas ja habis SPM,akulah antara anak mak + ayah aku dan adik kepada abang2 dan kakak2 aku yang jarang dapat bersama keluarga. oh,terlalu susah utk cari masa & waktu bersama keluarga.kalaupun ada cuti yang panjang,aku terpaksa menggunakannya utk tujuan mencari ilmu2 yang wajib aku dalami(itulah ilmu agama),tapi Alahamdulillah,mak+ayah masih memahami walaupun agak berat utk terima kenyataan nih... semoga waktu yang singkat didunia ini dapat kita semua ganti dgn kenikmatan yang kekal disana buat selama-lamanya.InsyaALLAH

Teringat pesan murobbi ustaz zulkifli shafie(INPAL,Rong Chenak), "bahagikanlah masa sebaik-baiknya,ingatlah,ilmu boleh kita cari selagi mana kita punyai usia,namun mak + ayah kita hanya dapat cari bila mereka masih punyai usia..."-->hakikatnya,kita semua x tahu tempoh usia kita & tempoh usia kedua ibubapa kita...

untuk sahabat2, gunakanlah masa yang ada sebaik2nya...janganlah masa dijadikan alasan utk kita menjauhkan diri dari menuntut ilmu ALLAH SWT dan janganlah jadikan kesuntukan masa sebagai alasan kita untuk tidak menziarahi dan bersama kedua ibubapa,.Kejarlah redha ALLAH SWT dan redha kedua ibubapa...bahagikanlah masa sebaik-baiknya...



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١)
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Monday, April 26, 2010

Post Terbaru....

Assalamualaikum...

sekadar memberi salam,takde modal sebenarnya nk menulis nih.... nantikan semangat baru......

Selamat Mengecapi Hidup..........

Saturday, April 3, 2010

Kepada sesiapa yg nak Sertai Malaysia Airlines


Temuduga terbuka kepada sesiapa yg nk sertai MAS... utk pilot & Teknisyen.... umur 18-26 tahun... temuduga di akademi MAS di kelana jaya, sebelah masjid Tungku tepi Tasik KJ... 10/4/2010(sabtu)...

semoga berjaya!!!

Tuesday, February 16, 2010

Ahbab Al-Mustaffa... Hayatilah

Hayatilah... Beradablah dgn Baginda Rasulullah SAW... sentiasalah berselawat ke atas Baginda...

Sunday, February 14, 2010

Ingin Mengenal ALLAH???

(Adakah Anda Kenal Akan ALLAH?)
Alhamdulillah,Allah telah menggerakkan hati saya untuk berkongsi email yang dihantar oleh bapa saudara saya(ayah Sir) tidak lama dulu. semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan bagi sesiapa yang ingin berjalan untuk mengenal ALLAH demi menuju keredhaan ALLAH SWT di dunia & Akhirat,InsyaALLAh. doakan saya juga (^^,)..


Ciri-ciri Pendakian Ilmu yang perlu dimiliki:

A- Kategori Asas (Ilmu)
1-Ilmu keaImanan/ Keyakinan kepada Allah ( Ilmu Tauhid )
2- Ilmu Syari’at atau Ilmu lahir (Ilmu Fikh)
3-Ilmu Bathin atau Ilmu Tasauf ( Tasawwuf)

B- Kategori Menengah (Amali)
1-Tarikat
2-Hakikat

C-Kategori Atas (Pencapaian)
1-Ma’rifat Berkata Iman As-Syafei “Barangsiapa bersyari’at tanpa bertasauf, ‘Fasikun/ Zindik!!,barangsiapa bertasauf tanpa bersyari’at , Sesat!!
( A tanpa B, =Fasik, B tanpa A , = Sesat)


A.1- Ilmu keImanan
1.1-Ilmu Tauhid atau Aqaaidul Iman atau ilmu sifat dua puloh atau Qalam.

A.2 - Ilmu Syari’at atau Ilmu lahir
1- Ibadah
2- Munakahad
3- Mua’amalat
4- Jenayah

A.3-Ilmu Bathin atau Ilmu Tasauf
1- Sifat2 terpuji
2- Sifat 2 Tercela
3- Sifat2 nafsu


Ilmu Kifayah
1- Ilmu Al-Qur'an
2- Ilmu Al- Hadith
3- Sirah Nabawiah

(SEMOGA BERJAYA)

Monday, January 4, 2010

21 Tahun???


Alhamdulillah...
Indahnya hidup ni, di sebalik secuit keperitan yang dirasai, tersingkap segala nikmat kurniaan Ilahi. Inilah kehidupan, diberi keperitan supaya diri kembali mengingati saat-saat kesenangan, diberi senang untuk mengingati kembali segala keperitan yang pernah dilalui oleh diri.

Segala yang berlalu mengajar kita untuk kembali mengenali fitrah diri, kembali kepada Ilahi, kembali mengotakan segala janji yang pernah dilafazkan sejak azali lagi. Itulah kehidupan, setiap saat bertukar kepada minit, setiap minit bertukar kepada jam dan begitulah seterusnya sehinggalah kita menemui penghujung kehidupan kita di dunia untuk memulakan kehidupan baru di alam sana sebagai transit sementara untuk menuju ke penghujungnya. Untuk kembali ke sisi Pencipta yang mencipta segala-galanya, terpulanglah kepada DIA untuk menerima kita atau sebaliknya. jika diri dipenuhi debu-debu dosa dan kemaksiatan, neraka jahanamlah tempatnya, sekiranya diri dipenuhi perbuatan amal soleh dan kebajikan, syurgalah tempat penginapannya. Indah sungguh bila memikirkan keadilan tuhan terhadap hamba-hambaNya.

DAN HARI INI(4 Januari 2010)...
Ketika menyedari akan secebis hakikat yang terserap kedalam diri,teringat kembali segala kekhilafan yang telah dilakukan oleh diri, aku menyedari, indahnya tarbiah yang disediakan oleh ILAHI. Belajar dari kehidupan, belajar dari keadaan, akhirnya menyebabkan aku sedar bahawa Yang memberikan kehidupan,Yang menyediakan suasana dan keadaan adalah yang Maha Mencipta.Kini, setelah genap 21 tahun aku memerhati kehidupan, akhirnya, aku menyedari, rupa-rupanya inilah tarbiah yang disediakan oleh Ilahi, supaya aku kembali, kembali kepadaNya, kembali mengotakan janji, kembali untuk menyerah diri...

Namun, bukan mudah untuk aku melayari dan penyelusuri perjalanan yang tersedia kerana menjadi adat dan kebiasaan manusia untuk sentiasa terlena dan terleka.Dan itulah aku yang tergolong dalam golongan manusia, sering terlena dengan arus yang sementara. Jika merenung kembali segala catatan kehidupan dulu, aku pasti neraka sudah bersedia menunggu. Namun aku sedar, itulah gunanya Neraka & Syurga, untuk menjadi neraca kehidupan kita di dunia. Walaupun begitu, bukanlah harapanku untuk ke neraka kerana disitu adalah seburuk-buruk tempat kembali, harapanku adalah untuk ke Syurga, supaya aku bisa menatap zat ALLAH yang Maha Esa.Doakan diri ini...

->Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, kerana masih memberikan aku peluang dan ruang untuk aku bernafas dan menikmati segala nikmat-nikmat kehidupan dan belajar darinya, semoga baki kehidupan yang akan datang akan digunakan untuk kembali menebus segala dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh diri selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini.Selamat Hari Lahir buat 'DIRI' (4 Januari 1989), semoga sentiasa dipimpin dengan Rahmat dan Redha Ilahi...

"Ya ALLAH, panjangkanlah umur aku dalam ketaatan kepadaMU dan matikanlah aku dalam keadaan aku melakukan ketaatan kepadaMu... Seandainya hidupku dipenuhi dengan melakukan ketaatan padaMu, maka panjangkanlah umurku, sekiranya hidupku akan aku penuhi dengan kemaksiatan kepadaMu, maka pendekkanlah umurku, dan aku memohon Ya ALLAH, agar Engkau pimpini aku dengan ketaatan agar hidupku dipenuhi dengan ketaatan dan jauhkanlah kemaksiatan dari diriku... Aminnn"

*Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini...