Text


Saturday, November 5, 2011

Kejauhan


Terlalu jauh...
Semoga ada sinar
Yang mampu mengembalikan kembali cahaya
Yang satu ketika dahulu
Pernah menyuluh
Perjalanan yang suram & gelita

*Esok hari arafah... & aku??? masih disini,memikirkan perihal dosa tanpa mampu berbuat apa2... kerana aku insan yg hina... Ya Tuhan.........dengarlah rintihan hina dari hamba Mu,semoga aku diterima utk melakukan amalan yg mampu mendekatkan diriku kepada Mu... ~Faqir Ilalllah~

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari ke 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari Arafah).fadhilatnya: dihapuskan dosa selama setahun sebelumnya n setahun selepasnya..insyaAllah.(sila rujuk sanad hadis utk kepastian semua,org kata ada sandaran perawi nya lagi bagus... sama2 kita mencari...('',)

Thursday, October 20, 2011

Sesat Dalam Cahaya

aku sesat di tengah terangnya lampu
mencari arah yang harus aku tuju
bukannya tiada papan tanda
cuma keliru mana satu yang utama

menelusuri lebuhraya waktu
aku mengejar cita cita palsu
tersenyum puas bila berjaya
tapi sayang semua itu tiada guna

berpusing di bulatan kehidupan
menahan diri dari segala ujian
jalan berbatu aku teruskan
moga tercapai segala harapan

kemalangan memang tidak berbau
harus waspada hati hati selalu
kesesakan hidup atasi segera
menyesal nanti tidak berguna

aku pening dengan dunia
semakin di ikut semakin terleka
mahu sahaja aku berhenti sampai di sini
bimbang nanti terbunuh diri
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 21, 2011

Mana Mak? .:Baliklah berhari Raya:.

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah
yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan
bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap
kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa
mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak
lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta
anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam.
Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka
makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu
ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya
Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak
lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak
berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati
Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak
ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja
sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing.
Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak
merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita
masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri
yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu
memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa
anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar
handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah
yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan
setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak
ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
, "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang
dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk
naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam
itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari
ibu tanpa berjawab?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, August 14, 2011

Khas untukmu,Insan2 yang berjasa

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

“Assalamualaikum,” sana.

“Wa’alaikumussalam. Ada apa?” sini.

“Terasa macam nak cakap dengan seseorang,” sana.

“Fasal apa?” sini.

“Sibuk ke? sana.

“Agak,” sini.

“Ok,” sana.

“Allah ada,” sini.

“Tahu,” sana.

“Allahlah tempat mengadu,” sini.

“Ya baik,” sana.

“Bangun. Malam ni. Jom sama,” sini.
Senyap. Ada tangis di situ.

“Kan bagus kalau ade di sini,” sana.

“Tak bagus pun,” sini.

“Kenapa?” sana.

“Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,” sini.

“Bila dekat asyik nak gaduh,” sana. Tergelak dalam sebak.

“Rindu sebenarnya,” sini.

“Kenapa tak cakap?” sana.

“Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi,” sini.

Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..ameen~

*teringat akn insan2 yg pernah hadir dlm diri yg sama2 berjalan menuju Redha ILAHI. semoga kita semua dlm Rahmat &RahimNYA
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, July 24, 2011

Sudah Tiba Masanya

Sudah tiba masanya untuk aku menjadi diriku sendiri. The inner side of me. Setelah bermacam cabang yang aku tempuh,rasanya inilah masanya.doakan aku wahai sahabat. Semoga perjuangan ini direstui,diberkati dan dipermudahkan ILAHI.

Bila diri berkata-kata:
"Manusia akan lari,harta akan pergi. Buatlah keputusan untuk diri sendiri, diri sendiri lebih mengerti akan situasi dirimu sendiri. Mereka yg melihat hanya boleh memberi pandangan dan nasihat,namun yang memilih jalan dan yang mengalami adalah DIRI SENDIRI..."

Tersenyum sejenak....... terkadang,setiap keputusan mematangkan diri. Akan aku berjalan meneruskn langkahku.

Teringat pesan ustaz zul syafie dari rong chenak:

"Jangan dipuja langit yang tinggi,walaupun indah dihiasi pelangi.
Pandanglah rumput dikaki,walaupun rendah,tetap meliputi bumi..."

Saturday, July 16, 2011

The Blessed Tree


USIA POKOK : SUDAH 1430 TAHUN LEBIH

KAITAN : TEMPAT REHAT NABI MUHAMMAD SAW DAN PADERI BAHIRA MENGAKUI KENABIAN DAN KERASULAN BAGINDA SAW.

SUMBER KITAB :
MADARIJUS SU^UD ILA IKTASA’IL BURUD (SYARAH BARZANJI), BAGI ASY-SYAIKH MUHAMMAD NAWAWI IBNU ^UMAR AL-BANTENI AT-TANARI
Lihat lagi gambarnya di sini : https://picasaweb.google.com/100776179632869933518/BlessedTree?authkey=Gv1sRgCKCctqrghMLoygE&feat=directlink

*boleh link ke website ni
--->http://www.tenthousandfilms.com/10k/2010/09/the-blessed-tree/

hajat dihati, nak sangat2 miliki DVD ni,tapi entahla kat mana nak cari,adapun yang kena beli online by using credit card,but i don't have any credit card... oh,bila baca review dia,memang menarik.. boleh link ke website ni juga.. http://www.zamzam.tv/uk/?page_id=3&category=4&product_id=8

Sunday, July 10, 2011

.:Kembara:.

Alhamdulillah,walaupun 2 hari bercuti hujung minggu,aku berkesempatan memenuhi kehendak diri dan perancangan takdir Ilahi. biarpun cuti hanya sekejap, namun sempat juga aku manfaatkan sepenuhnya cuti ni. bermulanya pengembaraan apabila aku dengan tiba2 membuat keputusan mendadak selepas balik berpraltikal,terus sahaja menuju ke terminal 3(skypark) subang. meng'usha' tiket untuk pulang kelantan. Alhamdulillah,nasib menyebelahi dan tanggal 8/7/11 bermulalah pengembaraan 2 hari di negeri tempat tumpah darah.

Ketika manusia dan rakyat sedang sibuk dengan temujanjinya di dataran merdeka untuk 'memBERSIHkan' sistem pilihanraya,aku pula sibuk mengembara di negeri cik siti wan kembang untuk 'memBERSIHkan' diri dan hati.tepat jam 10 pagi di wakaf bharu setelah semalaman berehat,aku memulakan gerak dengan izin ALLAH SWT menuju ke suatu tempat yang belum pernah aku jejaki.unik sekali tempatnya.disana aku bertemu dengan seseorang yang dikenali sebagai pakngah @ lebih dikenali dengan panggilan tok ayah,seorang yang membawa jalan atau aliran BBM(Bapak Bani Muchtar). ketika bersua muka dengannya di terataknya,terasa begitu banyak sekali ilmu yang dapat aku ambil daripadanya, bermula dari ilmu berkaitan hati dan rohani sehinggalah ilmu kebatinan yang berkaitan dengan roh dan perjalanan hidup.sungguh bermanfaat ilmu yang dikongsikan dan banyak juga nasihat yang diberikan kepada aku sebagai bekalan diri dalam meneruskan perjalanan menuju ke arah kehidupan yang abadi. Masih terngiang-ngiang mutiara kata terakhir sebelum aku berangkat ke destinasi seterusnya pada hari yang sama: "Kalau kita x dpt melihat Allah,kita kena fikir,adakah ALLAH SWT nk melihat kita sekarang ni? Kalau kita x dapat bersama Rasulullah SAW Sekarang ni,adakah Rasulullah SAW mahu bersama kita di akhirat nanti? Kita membaca Al-Quran,adakah Al-Quran akan jadi penyuluh kita di akhirat nanti? kalau ini keadaan kita,cuba fikir dan renung2kan".

Usai sahaja menceduk ilmu dan memenuhi takdir perjalanan dan 'pengembaraan' di terataknya,aku diberikan 1 risalah berkenaan BBM-Tasawuf sebagai clue2 didalam perjalanku dalam mencari apa yang perlu dicari.terasa begitu bermanfaat sekali tarbiah dari Sang Pencipta. Perjalanan seterusnya tertumpu pada sebuah madrasah milik seorang guru yang pernah mendidik aku dahulu, jelatok lokasinya.dengan tenang,aku membonceng motorsikal kriss 100 dengan halaju yang sederhana sambil menghayati setiap bait-bait kata yang terbit dari mulut pakngah a.k.a tok ayah BBM tadi. tersenyum sendiri bila memikirkan betapa bermakna dan berharganya setiap kata-kata dari beliau.

Ditakdirkan,apabila tepat waktunya,azan zohor berkumandang.tepat sungguh takdir DIA,begitu ngam rupanya azan tersebut dengan lokasi aku berada yakni betul-betul di madrasah Qadimul Quran milik sang Murobbi(Ustaz Saifuddin),yang merupakan seorang guru dan juga seperti ayah kepadaku yang pernah membimbing aku suatu ketika dahulu berkenaan ilmu2 Al-Quran. agak begitu lama tidak bersua muka dengan beliau. begitu mesra sekali layanan yang diberikan oleh ustaz Din ditambah pula dengan layanan dari pelajar-pelajar di madrasah tersebut membuatkan diriku begitu tenang sekali. ketika disana,aku sekali lagi dijemput oleh orang kampung untuk singgah bertandang dirumahnya untuk makan tengahari bersama ustaz dan pelajar2 di madrasah tersebut.inilah yang dikatakan hubungan Ukhwah dan Silaturrahim yang terbina yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada mereka,dan Alhamdulillah,aku berkesempatan merasa nilai-nilai ukhwah dan saling sayang menyayangi antara mereka sepanjang berada disana ditambah juga dengan nasihat-nasihat dan panduan yang diberikan oleh ustaz Din kepada ku.('',).

Jarum Jam menunjukkan waktu sudah menghampiri 3.30 petang.dengan berat hati dan kaki untuk melangkah,aku meminta diri untuk meneruskan pengembaraan seterusnya yakni ke masjid putih@masjid brunei di Rong Chenak,Danau To' Uban sambil bertemu dengan ustaz2 & pelajar2 di madrasah Al-Balaghulmubin disana. kelihatan ustaz din dan pelajar madrasah begitu berat sekali untuk melepaskan aku berangkat apabila mereka berkali-kali menyuruh aku bermalam sahaja di madrasah mereka memandangkan aku jarang dapat bersama dengan mereka tambahan ketika itu mereka melihat beg pakaian dari subang sudah tersedia bersama aku.

Lebih kurang 3.45 petang,aku bertolak ke danau tok uban. sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kesana. teringat kali terakhir adalah ketika aku pulang bercuti sempena tahun baru cina tahun ini. terasa rindu benar untuk bertemu sahabat-sahabat,pelajar2 dan ustaz2 disana. setelah melalui kawasan kebun getah dan jalan yang masih merah,akhirnya aku tiba di Instituy Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubbin. terimbas segala memori dan kenangan suatu ketika dulu,memori dimana segala-galanya dalam hidup aku semakinberubah dari sedekit demi sedikit,yang membuka jalan untuk perjalanan hidupku. sesampai disana,aku terus menuju ke masjid putih. menghabiskan lebih kurang setengah jam disana,meng'usha'2 masjid dan mengambil beberapa keping gambar.melihat suasana masjid tersebut jugasekali lagi mengingatkan aku suatu ketika dahulu,dimana aku hanya berada disalah satu penjuru masjid,bersama-sama Al-Quran dan ditemani dengan sahabat-sahabat lain,menghayati dan cuba memahami isi dan mesej Al-Quran. begitu indah sekali ketika itu,sama2 berjuang dan sama2 membimbing kearah kebaikan.

jam menunjukkan pukul 4.50,kedengaran azan asar berkumandang,aku mengambil keputusan untuk memasuki kawasan sekolah,bertemu sahabat dan ustaz disana. agak mencuit hati bila melihat anak2 kecil ustaz rosdi melihat aku di kejauhan,barangkali mereka masih ingat tentang aku yang pernah bermain dengannya satu ketika dahulu. dipendekkan cerita,aku berkesempatan bertemu sahabat lama,zahir johari,seorang anak yatim kelahiran negeri kedah. perasaan bangga muncul di dalam diri bila mendegar khabar zahir sudah bergelar ustaz disana,membimbing pelajar2 disana seperti ustaz2 yang lain. aku dijemput kerumahnya(baru berumur 22 tahun dan sebaya umurnya dengan aku). hatiku terasa sebak apabila melihat keadaan rumahnya,melihat di suatu sudut,kelihatan gambarku bersamanya suatu ketika dahulu,masih elok tersimpan,ditampalkan didinding. aku berbisik di dalam hati,alangkah beruntungnya aku mempunyai sahabat yang sepertinya. mudah2han kami semua dibimbing.

setelah lama disana...keadaan juga seperti sebelumnya,Aku dijemput dan dipelawa sekali lagi untuk bermalam disana,namun memandangkan cuti hanya selama 2 hari,aku terpaksa menolak dengan hati yang berat.Alhamdulillah,mereka memahami. lebih kurang jam 6 petang,aku memulakan perjalanan balik ke kemahang. perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. setibanya di kemahang,aku mengambil kesempatan untuk singgah di rumah saudara di blok satu.terkejut mereka melihat kedatangan aku disana.maklumlah sudah sekian lama tak berada di kampung halaman.setelah lama berbual dan bertanya khabar,aku meminta diri untuk pulang kerumah.

sebelah malamnya,aku dimasjid. amat melucukan bila melihat suasana orang kampung.masing2 memandang kearahku,mungkin timbul persoalan dalam fikiran mereka "sapakah budak ni..dari mana datangnya?" teringat dulu aku pernah ditanya sedemikian. hehehe. namun kali ni,sangkaanku meleset. Alhamdulillah,mereka masih mengenali aku,apabila beberapa orang pakcik datang kearahku,bersalam-salaman dan bertanya khabar. bagus sungguh mereka. ada juga yang terkejut bila mereka mendengar aku hanya pulang ke kqmpung selama 2 hari. hehehe. itulah nasib hamba,tiada cuti yang panjang.

ohhh,penat jugak mengarang ni.akhir post. susah jugk nk menceritakan pengalaman ni,hehehe,apa2 pun,pengembaraan aku selama 2 hari dkelantan telahpun berakhir. setibanya di subang kelwk,perjalanan lama perlu diteruskan dan adapub perjalanan di kelantan hanyalan 'iklan-iklan kecil' didalam perjalanan sebenarku. ngeh3x. adiosss amigosss,wassalam.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, July 1, 2011

.:Kisah dulu--->Sahabat:.

(Faizal,Wakil Malaysia yang beraksi di The Contender Asia)

Pengalaman hidup dan perjalanan yang telah ditempuh memang amat sukar untuk dikongsikan. setelah beberapa banyak ujian dan cabaran yang mendatang,akhirnya di penghujung barulah kita menyedari akan setiap detik tarbiah yang ALLAH SWT takdirkan untuk insan yang bergelar hamba. walaupun di luaran nampak biasa,namun di sebalik dalamnya,hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.

Alhamdulillah,dalam perjalanan mencari erti di sebalik kehidupan,aku sempat dipertemukan dan diperkenalkan oleh ALLAH SWT akan seorang manusia yang biasa pada luarannya,namun bila aku mengenali dan mendekatinya dengan sedalamnya, barulah aku menyedari akan hakikat manusia & keinginan yang bergelodak di jiwa mereka. Ditakdirkan ALLAH,aku ditarbiah dengan mengenali masyarakat sekeliling, dan dengan kebijaksanaanNya,masyarakat sekeliling juga turut ditarbiah sesama sendiri. Benarlah firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang mafhumnya.."Sesungguhnya aku ciptakan manusia seperti golongan kamu untuk menjadi ujian kepada golongan yang lain untuk menguji diantara kamu siapakah yang paling banyak bersyukur.dan sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar".

Faizal,satu nama yang bakal menjadi sebutan. merupakan seorang anak kelahiran negeri kelantan. Digelar dengan nama 'siku emas' dan memiliki kekuatan dan ketangkasan yang selayaknya dimiliki oleh ahli-ahli muay thai yang sepertinya,bukanlah seperti sahabat-sahabat biasaku yang lain. aku melihat perwatakannya dari persepsi yang berbeza. sepanjang berkenalan dengannya,aku dapat rasakan keinginan dan keazamannya begitu berbeza sekali dengan sahabatku yang lain. melihat kegigihannya mencari-cari ilmu membuatkan aku begitu teruja. terlalu sukar untuk diceritakan kisah hidupnya dan keinginannya dalam kehidupan. semoga dia sentiasa dibimbing ALLAH SWT dalam pencariaanya di dunia ini(beliau mewakili malaysia untuk program the contender asia axn channel dan terpaksa tinggal serumah dengan peserta-peserta lain yang berlainan bangsa,agama & budaya,disitulah ujian besar bagi dirinya untuk survive dalam kehidupan,doa2kan selalu untuknya kerana ALLAH SWT).

*agak terharu & terkilan bila mengimbau kembali kisah dulu,disaat semangatnya begitu berkobar-kobar mencari ilmu & berusaha mencari erti kehidupan,aku ditakdirkan berpindah ke kawasan baru.Terkilan kerana terpaksa meninggalkan dia terkapai-kapai seorang diri dalam perjalanan menuju Tuhan,Semoga beliau tetap bersemangat.tiba-tiba teringat memori ketika disurau dahulu,beliau mengambil Al-Quran dan memperdengarkan bacaannya kepadaku untuk disemak bacaannya.

*just called him at the moment,asking his condition.Alhamdulillah,dia dalam keadaan sihat. apa yang mengharukan,tiada permintaan lain darinya kecuali... "Mi,doakan kawe sokmo,mudah2han dalam bimbingan ALLAH SWT"



fokuskan pada minit ke 1:10,itulah faizal
saksikan rancangan the contender asia bulan 9 ni di axn channel...(^_^)

Saturday, June 25, 2011

memori dulu

"pakcik norkulis rasidin,seorang insan yang berjiwa besar'


melihat live streaming dari mekah dan madinah. tiba tiba terkenang memori dahulu. terkenang budi dan jasa yg begitu besar sekali dari seorang pakcik yang seperti seorang ayah yang banyak berjasa pada diri. mudah2han dia dan keluarga sentiasa dalam lingkungan rahmat Ilahi. hanya ALLAH SWT yang mampu membalas segala jasa dan budi yang telah pakcik curahkan selama ini.

teringat ketika tinggal bersamanya dahulu,melihat wajahnya,mendengar tausiyah daripadanya mengingatkan aku pada sang pencipta,ALLAH SWT,mengenangkan aku pada sang pembawa rahmat sekelian alam,RASULULLAH SAW. melihat kebaikan yang ada padanya membuatkan aku berfikir sejenak, "Ya ALLAH,Sekiranya inilah tahap kebaikan hambaMu,tidak dapat aku bayangkan betapa MAHA BESARNYA kebaikan dari Mu yang memberikan kebaikan kepada seluruh makhluk-makhlukMu", "Ya RASULULLAH,sekiranya inilah kebaikan yang ada pada umat mu,tidak dapat aku bayangkan kebaikan yang ada pada dirimu Ya Rasul kerana ku tahu nisbah kemuliaanmu Ya Rasulullah adalah berpuluh kali ganda dari umat-umatmu".(pernah ku dengar dahulu,sekiranya dicampur kebaikan sepuluh org manusia.terbaik,masih tak mampu menandingi kebaikan Rasulullah SAW).

Setiap kali berada dirumahnya dan mendengar nasihat daripadanya disamping berdiskusi kitab dengannya menambahkan rasa kecintaanku dan kerinduanku pada ALLAH SWT,menambahkan keinginanku untuk bersama RASULULLAH SAW untuk mendapatkan syafaat dari Baginda. masih terkenang aku akan sifat sang pakcik yang selalu merendahkan diri dengan ilmu yang dimilikinya serta sifat kasih sayangnya pada setiap saudara semuslimnya telah membuka mata dan hatiku untuk terus menjadi dan cuba mencontohi keperibadi mulia sang Nabi,Muhammad SAW kerana ku tahu,kebaikan yang ada pada pakcik yang kukenal itu adalah secebis daripada kebaikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW,Lantas aku berfikir "kalau lah ini hanya umat Baginda,alangkah hebat lagi Baginda RASULULLAH SAW" & lantas memautkan rinduku pada sang kekasih ALLAH,ya Rasulullah SAW.

Kini,ditakdirkan kami berjauhan,namun kenangan dan perkongsian ilmu selama aku berada di teratak bermakna 'no 41,jalan cecawi' tidak akan aku lupakan. semoga ALLAH SWT melindungi kami muslimin dan muslimat dan semoga Baginda RASULULLAH SAW mensyafaati sekalian dari kami. Alhamdulillah,syukur ku padaMu ya Allah atas segala takdir yang ENGKAU ciptakan.--->"perkara yang indah dalam hidup adalah takdir,kerana yang mencipta takdir dan yang mencipta diri kita adalah Yang sama, yakni ALLAH SWT yang salah satu sifatnya Maha Bijaksana & Maha Menyayangi."

=>Thank you Allah,thank you Ya Rasulullah. please guide all of us!!!
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, June 23, 2011

Tumor

Innalillahi wa inna ilaihi roojiunnn, usai sahaja solat Isyak tadi,saya disapa seorang jemaah surau,abang fauzi namanya. terharu saya mendengar kisahnya. saya pun agak terkilan kerana dulu dia pernah meminta tolong dari saya untuk membuat sedikit rawatan ke atasnya lantaran masalah yang dialami,namun pada ketika itu saya punyai taklifan lain dan terpaksa membatalkan 'appointment' tersebut tambahan saya pun sudah tidak begitu aktif dalam dunia rawatan islam kecuali hanya kes2 yang mendesak sahaja(kerasukan) atas sebab2 yang tertentu yang hanya DIA sahaja yang tahu.

namun,sudah takdir bagi dirinya,mungkin begitu cara tarbiah tuhan dan ujian yang menimpa dirinya sebagai satu medium untuk mengangkat dirinya ke martabat yang lebih tinggi. melihat air mukanya yang tenang dan bersih,membuatkan hati saya tenang,namun bila mendengar khabar yang masalah pening kepala dan sering kali pengsan yang dialami oleh dirinya ternyata bukan masalah yang kecil apabila doktor mengesahkan yang dia menghidap penyakit kanser otak. terkejut saya mendengarnya. apa-apapun,melihat ketabahan yang terpancar dari percakapannya dan riak muka yang ditunjukkan oleh dirinya membuatkan saya bertambah kagum dengan dirinya apabila dia memberitahu saya yang dia menerima segala galanya dengan redha.

saya hanya mampu mendoakan kesembuhan dari ALLAH SWT kepada dirinya,semoga ALLAH SWT memberi ganjaran yang besar diatas ujian yang menimpa dirinya. ayuh bersama kita mendoakan kesembuhan dan ketabahan untuk abang fauzi dan semoga ALLAH SWT mencampakkan RahimNya keatas diri dan keluarga abang fauzi. Amieennn...

Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, June 21, 2011

insurans & takaful. ( ' ' , )

Erm,tadi den dpt panggilan talifon dari pihak maybank,depa ada tawarkan skim insuran yg terbaik,just rm40 sebulan. Asalnya den xnak sebab bila tengok keadaan kewangan den,rasa mcm x mampu ja. Tapi bila fikir2 balik,den pikir 2,3,4 kali,mungkin ada manfaatnya juga if kalau den eksiden mcm haritu ka,ada juga pampasan. Idak la beban den nak menanggung kos repair moto den biarpun den sakit ternganga. Ngeh3x. Yang paling den tertarik,depa kata depa cover semua jenis kemalangan,hatta jatuh bukit luka melecet sekalipun dan yang penting den kena masuk wad paling minimum 24 jam. Baru dapat claim dalam RM100 lebih sehari. Tu tak termasuk kos rawatan lagi. Yang paling best pulak,den boleh pilih mana2 hospital,kalau kena kat hospital subang jaya macam hotel tu,tak ke selesa den disana. Hehehe.

Tapi bila duk mikir banyak kali,tiba tiba tercetus di benak fikiran den,maybe idea den ni berguna untuk semua,mudah2han boleh manfaatkan idea den bersama. Idea den agak pelik sikit sebab bila den pikir pikir,den ni dah la duk kat bumi tuhan ni,hidup,bernafas & makan semua dgn nikmat yang Tuhan anugerahkan kat den. Bila pikir pikir balik,apa den nak sumbangkan untuk agama? Erm,nk bagi ilmu,den pun masih duk blaja lagi,banyak lagi den perlu belajar dan cari,nak bagi harta,den pun bukan kaya. Tiba2 den teringat kisah saidatina siti khadijah r.a bila dia bagitau,if tulang2 dia masih berguna untuk perjuangan islam,dia rela serahkan. So bila den teringat kisah tu,sebak pulak dada den. So,den terfikir, kalau la den mati eksiden,den dapat pampasan dalam RM 200,000.tu untuk plan dengan maybank ja, lagi ing insurans,socso dan prudential ummah yang den join tetap den dapat jugak. So den kira kira balik,adalah dalam RM 500,000 lebih lebih pampasan yang den dapat. Erm kalau diikutkan,dah boleh sangat kalau nk digunakan untuk bantu2 yayasan2 pondok dan madrasah yang memerlukan dana. X lah pergi begitu saja duit duit tu. So,the point here is,den nk nasihatkan,manfaatkan plan2 takaful kita semua untuk menaikkan kembali islam. Jangan duk fikir pasal duit je. Hehehee

Akhir kata dari den if den ditimpa apa apa ka,sapa2 yang terbaca post ni,di alu-alukan turut sama ambik bahagian dalam perjuangan ni.bagitau kat waris2 den yang terdekat yang den ada skim takaful prudential ummah,ing insurans,socso dan takaful etiqa pendapatan. Gunakan sebaik2 ny wang-wang pampasan tersebut untuk kebangkitan Islam.

*bersama memperjuangkan panji-panji kegemilangan ISLAM kerana ALLAH SWT.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 20, 2011

.Addict:.


Mafhum hadith: tidak bertemu dan berpisah 2 org lelaki (atau perempuan) semata2 kerana Allah, melainkan mendapat ganjaran yg besar dari Allah
Alhamdulillah,akhirnya addict untuk berprogram telah terubat setelah sekian lama menyepi, Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan ruang untuk menyambung kembali perjuangan yang telah lama diabaikan. agak banyak juga tarbiah dari DIA yg aku terima sepanjang menjalankan program disana. semoga tarikh 17/06/2011->19/06/2011 yg lalu dicatatkan sebagai tarikh yang bermakna untuk semua... Banyak yang den belajar dengan kehidupan anak-anak yatim disana. Akhir kata dari den, mereka perlu disayangi,ayuh kita saling berkasih sayang kerana ALLAH SWT...('',)

Tuesday, June 14, 2011

I Can't be PERFECT!!!



Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
Do you think I'm wasting my time doing things I wanna do?
but it hurts when you disapprove all along

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't pretend that I'm alright
And you can't change me

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero?
All the days you spend with me
Now seem so far away
And it feels like you don't care anymore

And now I try hard to make it
I just want to make you, proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't stand another fight
And nothing's alright

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect

Nothing's gonna change the things that you said
Nothing's gonna make this right again
Please don't turn your back
I can't believe it's hard
Just to talk to you
But you don't understand

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 10, 2011

I wanna run away

Teringat time duk sekolah menengah dulu,time tgh addict dgn linkirn park. ada satu lagu yg berkenan di jiwa,time dulu pasang kt hp sony ericsson K700i ja. apa2pun,ada realitinya lagu tu. ( ' ' , )... hehehee, teringat juga kenangan dulu dulu. apa2pun,lagu ni amat sesuai dgn kondisi diri den. :)

Graffiti decorations
Underneath a sky of dust
A constant wave of tension
On top of broken trust
The lessons that you taught me
I learned were never true
Now I find myself in question
[they point the finger at me again]
Guilty by association
[you point the finger at me again]

I wanna run away
Never say goodbye
I wanna know the truth
Instead of wondering why
I wanna know the answers
No more lies
I wanna shut the door
And open up my mind

Paper bags and angry voices
Under a sky of dust
Another wave of tension
Has more than filled me up
All my talk of taking action
These words were never true
Now I find myself in question
[they point the finger at me again]
Guilty by association
[you point the finger at me again]

I wanna run away
Never say goodbye
I wanna know the truth
Instead of wondering why
I wanna know the answers
No more lies
I wanna shut the door
And open up my mind

I gonna run away
And never say goodbye...
I gonna run away
And never wonder why...
I gonna run away
And open up my mind...

I wanna run away
Never say goodbye
I wanna know the truth
Instead of wondering why
I wanna know the answers
No more lies
I wanna shut the door
And open up my mind

I wanna run away
Never say goodbye
I wanna know the truth
Instead of wondering why
I wanna know the answers
No more lies
I wanna shut the door
And open up my mind

*pahami setiap lirik ni.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, May 23, 2011

.:Jazbah:. -=>Selamat mengembara wahai sahabat2 ku<=-


Apabila Allah s.w.t berkehendak menyampaikan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w, Dia menggerakkan hamba-Nya itu supaya berkhalwat di Gua Hiraa. Pemergian baginda s.a.w ke Gua Hiraa adalah kerana Tarikan Rahmani atau Petunjuk Ghaib yang datang secara langsung daripada Allah Yang Maha Tinggi. Petunjuk Ghaib mempersiapkan Nabi Muhammad s.a.w. Apabila baginda s.a.w sudah bersedia baharulah wahyu diturunkan.

Seseorang yang akan menerima urusan Tuhan akan dipersiapkan oleh Tuhan menurut kebijaksanaan-Nya. Seseorang yang akan menerima jazbah dipersiapkan terlebih dahulu. Ada orang yang diheret kepada jalan bersuluk. Walaupun mereka memasuki suluk di dalam kesedaran namun pada hakikatnya mereka ditarik oleh Petunjuk Ghaib. Petunjuk Ghaib bertindak ke atas mereka, yang pada zahirnya kelihatan sebagai bimbingan guru mereka. Kehadiran guru yang arif memudahkan murid memahami petunjuk-petunjuk sampai kepada mereka daripada alam ghaib.

Sebahagian ahli jazbah memasuki jalan yang tidak ada guru. Mereka boleh dibahagikan kepada dua golongan. Golongan pertama memasuki jalan memencilkan diri di tempat yang jauh daripada orang ramai. Ketika bersendirian itulah timbul kecenderungan dalam hati mereka untuk melakukan sesuatu ibadat dengan bersungguh-sungguh. Kemudian jazbah didatangkan kepada mereka. Golongan ini biasanya sukar untuk kembali kepada kehidupan biasa seperti orang ramai. Orang yang menjadi majzub secara terus menerus kebanyakannya terdiri daripada golongan ini. Golongan kedua pula adalah mereka yang menetap dalam masyarakat, tidak mengasingkan diri di tempat yang jauh. Ketika masih berada bersama-sama orang ramai itulah didatangkan minat kepada mereka untuk melakukan sesuatu amalan atau ibadat. Apabila mereka didatangi oleh jazbah mereka tetap juga berada di dalam lengkungan orang ramai. Ahli jazbah seperti ini mengalami berbagai-bagai perkara ganjil sambil diperhatikan oleh orang ramai. Mereka terpaksa berhadapan dengan reaksi orang ramai dan keadaan memudahkan buat mereka kembali semula kepada kehidupan biasa nanti.

Majzub berbeza daripada majnun (gila). Kepada kedua-duanya dibukakan keghaiban. Orang majnun tersangkut pada alam makhluk halus atau alam khadam. Mereka suka bercakap sendirian seolah-olah mereka bercakap dengan seseorang. Sebenarnya mereka memang bercakap dengan sesuatu yang orang lain tidak nampak dan tidak dengar. Isu percakapan mereka adalah perkara ganjil yang terdapat pada alam lain. Sekiranya orang majnun kembali kepada kesedaran biasa semula, mereka akan lupa kepada apa yang mereka telah alami pada alam makhluk halus itu. Pengalaman majnun tidak meninggalkan kesan yang mempengaruhi fahaman dan pegangannya.

Orang Majzub pula tertarik kepada ‘alam ketuhanan.’ Walaupun bercakap sendirian, isu percakapan mereka adalah Tuhan. Mereka banyak bercakap mengenai aspek misal ketuhanan. Kelakuan mereka yang kelihatan seperti orang yang tidak siuman, bercakap sendirian mengenai misal ketuhanan, boleh menyebabkan orang ramai menyangkakan mereka sudah gila. Apabila orang majzub kembali kepada kesedaran biasa semula, pengalaman jazbah tidak hilang daripada ingatan mereka. Pengalaman yang demikian meninggalkan kesan yang kuat pada jiwa mereka. Mereka yang keluar daripada alam jazbah membawa bersama-sama mereka kekuatan kerohanian yang kuat sehingga mereka mampu melakukan untuk masyarakat apa yang orang lain tidak mampu.

Allah s.w.t menyediakan berbagai-bagai cara bagi mempersiapkan hamba-hamba-Nya. Pengalaman seorang hamba Allah dimuatkan di sini untuk dijadikan iktibar bagi orang yang berminat pada jalan kerohanian.

Petunjuk Ghaib mendatangi hati si hamba itu sebagai kecenderungan atau dorongan yang kuat. Si hamba itu merasakan seolah-olah menerima perintah yang tidak boleh diengkari namun dia tunduk kepada ‘perintah’ itu dengan kerelaan. ‘Perintah’ yang datang itu menyuruh si hamba itu menziarahi 100 buah masjid.

Allah s.w.t memperakui masjid-masjid sebagai rumah-Nya. Tuan rumah sentiasa meraikan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Allah s.w.t adalah Tuan rumah yang paling baik, menyambut para tetamu-Nya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Para kekasih Allah gemar mengunjungi rumah-Nya. Mereka jadikan masjid sebagai tempat bermunajat. Tempat yang selalu disebut nama-nama Allah s.w.t, diucapkan kata-kata pujian dan kesyukuran kepada-Nya, dipenuhi oleh keberkatan. Keberkatan itu umpama cahaya yang menerangi kegelapan. Sesiapa yang mendatangi cahaya akan dapat melihat dan berada jauh daripada cahaya akan tinggal di dalam kegelapan. Bermunajat di dalam cahaya keberkatan di dalam rumah-Nya melahirkan rasa kehadiran-Nya.

Si hamba mandi mensucikan diri dan berwuduk. Kemudian dia bersembahyang sunat dua rakaat bagi memulakan perjalanannya. Sesudah bersembahyang dia bermunajat kepada Tuhannya: “Ilahi! Engkau jualah maksud dan tujuanku. Keredaan Engkau jua yang daku cari. Berikan daku petunjuk di dalam perjalananku, berkatilah langkahku dan bimbinglah daku untuk sampai kepadaMu”.

Kunjungan ke masjid-masjid cara ini bukanlah kunjungan sosial, bukan bertujuan untuk menuntut ilmu atau berkenalan dengan ahli-ahli masjid. Setiap masjid yang dikunjunginya adalah umpama negeri asing yang tidak seorang penduduk pun yang dikenalinya atau mengenalinya. Bertegur sapa dan bersalaman sekadar yang patut sahaja tanpa membanyakkan kata-kata merupakan adat berkunjung ke masjid. Setiap memasuki masjid kerjakanlah sembahyang sunnat tahiyyatul masjid, kemudian duduk beriktikaf sambil bermunajat kepada Allah s.w.t, memohon petunjuk dan bimbingan-Nya demi mencari keredaan-Nya. Jika waktu sembahyang fardu sudah sampai kerjakanlah sembahyang berkenaan secara berjemaah. Sesudah berwirid dan berdoa berpindahlah ke masjid yang lain pula.

Berkunjung ke masjid-masjid menurut Petunjuk Ghaib memberi kesan kepada jiwa hamba Allah itu. Suasana kehidupannya berubah. Dia mendapat kekuatan untuk menyelamatkan diri daripada pengaruh dan rangsangan yang datang daripada orang ramai. Kegiatan yang menyeronokkan dan melalaikan terpisah daripadanya. Jika dahulu dia sanggup menghabiskan wang yang banyak kerana tujuan berseronok dan membazir, kini setiap sen yang dia ada digunakan semata-mata untuk jalan Allah s.w.t. Jika dahulu dia sanggup mengembara dari jambatan ke jambatan kerana mencari nikmat memancing, kini dia mengembara dari masjid ke masjid kerana mencari nikmat bermunajat kepada Allah s.w.t. Kekuatan dan keupayaan yang sama kini digunakan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. Setiap waktu dan ruang digunakan untuk mengingati Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam.

Si hamba kehilangan minat kepada makhluk dan aktiviti kehidupan harian. Seberapa banyak hilang minatnya terhadap makhluk, lebih banyak pula minatnya untuk menghampiri Allah s.w.t. Bila perhatiannya banyak tertuju kepada Allah s.w.t, fikiran dan hatinya kurang memerhatikan kepada hukum sebab akibat. Dia lebih memerhatikan perjalanan takdir daripada perjalanan sebab musabab. Bila perhatiannya tertuju kepada perjalanan takdir hatinya tidak lagi terganggu dengan kerenah makhluk yang bergerak di dalam arus sebab musabab. Dia sudah boleh merasakan kedamaian di tengah-tengah kekacauan yang berlaku di sekelilingnya.

Hati manusia mempunyai satu muka. Jika ia menghadap kepada makhluk ia akan membelakangi Tuhan. Jika ia menghadap kepada Tuhan ia akan membelakangi makhluk. Sekiranya Allah s.w.t berkehendak mengurniakan taufik dan hidayat kepada hamba-Nya, Dia akan palingkan muka hati si hamba itu kepada-Nya. Hati yang menghadap kepada Tuhan akan dapat merasai kehadiran-Nya, dengan demikian menambahkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Si hamba akan menjadi seorang yang gemar beribadat. Dia sanggup melakukan ibadat dengan banyaknya semata-mata kerana Allah s.w.t, demi mencari keredaan-Nya. Kekuatan yang diperolehi oleh hati sewaktu menziarahi 100 buah masjid sudah mampu mengadakan sekatan kepada pancaindera daripada melakukan sesuatu yang Allah s.w.t tidak suka.

Apabila minat mahu berbakti kepada Tuhan sudah kuat, si hamba akan menilik kepada kecacatan dan keaiban dirinya. Dia berasa malu menghadap Tuhan dengan dirinya yang diselaputi oleh kekotoran. Dia juga melihat dirinya sebagai seorang yang ‘berpenyakit’, tidak berupaya membuat kebaktian kepada Tuhan dengan sempurna. Dia sangat ingin menyucikan dirinya dan menyembuhkan penyakitnya agar dia boleh berkhidmat kepada Tuhan dengan sekuat tenaganya dan dalam keadaan suci.

Setelah tamat peringkat menziarahi 100 buah masjid, didatangkan pula minat untuk ‘menziarahi’ dirinya sendiri.

Dan pada diri kamu apakah tidak kamu perhatikan? ( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat )
Si hamba merenung perjalanan kehidupannya di dalam dunia. Sudah sangat banyak kekotoran yang mengenai dirinya zahir dan batin, dan racun yang memasuki dirinya zahir dan batin. Dia perlu menyucikan rohani dan jasmaninya. Dia perlu mengubati penyakit rohani dan jasmaninya. Dalam dia mencari-cari alat penyucian dan penawar itu hatinya mengingati firman Tuhan:

Dan jika ada satu kitab bacaan yang (mampu) dijalankan gunung-gunung dengannya atau dibelah bumi dengannya atau dibuat bercakap orang-orang yang sudah mati dengannya (maka al-Quranlah Kitabnya). Bahkan kepunyaan Allah jua segala urusan. Apakah tidak tahu orang yang beriman bahawa jika Allah mahu nescaya Dia pimpin semua manusia? ( Ayat 31 : Surah ar-Ra’d )

Al-Quran mampu menyucikan kekotoran yang menjadi hijab di antara hamba dengan Tuhan. Al-Quran juga menjadi penawar yang menguatkan hamba berjalan kepada Tuhannya. Si hamba yakin dengan al-Quran sebagai Kitabullah yang diturunkan untuk kebaikan manusia. Oleh kerana kekotoran dan penyakitnya banyak berhubung dengan hati dia harus memulakan dengan hati al-Quran. Hati al-Quran dapat menyucikan hatinya dan menguatkannya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiap sesuatu mempunyai hati, begitu juga al-Quran. Hati al-Quran adalah Surah Yaa Siin. Sesiapa membacanya akan ditulis pahala sebanyak sepuluh kali membaca al-Quran”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Dalam al-Quran ada satu surah namanya Surah Yaa Siin. Surah ini mensyafaatkan bagi sesiapa yang membacanya dan menuntutkan keampunan bagi orang yang mendengarnya”. Fadhilat Surah Ya Sin sangat besar. Ia menjadi penawar bagi berbagai-bagai penyakit. Kekotoran dan penyakit tidak dapat bertahan apabila penawar dari Surah Yaa Siin memasuki setiap rongga dan sekalian maujud.

Si hamba meletakkan pergantungannya kepada Allah s.w.t. Selepas peringkat menziarahi 100 buah masjid dia menjadikan pembacaan Surah Yaa Siin sebagai wiridnya. Dibacanya berulang-ulang, sekadar kemampuannya setiap hari. Dia berada dalam keadaan demikian beberapa hari. Setelah dia selesai membaca Surah Yaa Siin sebanyak 203 kali dia membaca doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w:

Ya Allah! Ya Tuhanku! Adakanlah di dalam hatiku nur, dalam pendengaranku nur, dalam penglihatanku nur, adakanlah di sebelah kananku nur, sebelah kiriku nur, dihadapanku nur dan berikan daku nur.

Berkat rumah Allah dan nur hati al-Quran memberi kekuatan kepada hati si hamba untuk menerima isyarat-isyarat dari alam ghaib. Hatinya sudah bersedia untuk menghadapi perjalanan kerohanian, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

*Sesetangah salik mengembara dari masjid ke masjid,sesetengah pula dari madrasah ke madrasah, sesetengah pula mengembara dari satu ulama @ guru ke satu ulama @ guru. Apa2 pun terpulanglah pada keadaan rohani masing2.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, May 15, 2011

Saturday, May 14, 2011

1st post via samsung galaxy tab

Alhamdulillah,ada rezeki,baruni Allah SWT izinkan saya untuk memiliki sebuah galaxy tab daripada samsung. Masih byk yg perlu di'usha2' & nampaknya bkn senang juga kita nk menyesuaikan diri dgn benda baru ni. Kenapa saya memilih galaxy tab? Erm,byk sebabnya,hanya Allah SWT shj yg tahu.namun apa2 pun semoga Allah SWT gerakkab saya & pimpin saya,semoga dpt manfaatkan sepenuhnya galaxy tab ni.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, May 7, 2011

Mimpi di Baitullah

"Pahit dan manis perjalanan semuanya pengalaman perjalanan.teruskanlah walau perit,bersederhanalah ketika manis.pasti akan sampai pada si salik dua keadaan,sehingga hal keadaan itu tidak lagi mengganggumu dan perjalananmu..."


Satu kata-kata yang cuba dinukilkan untuk memujuk hati dan diri... memujuk hati supaya kembali mengenal Sang Pencipta. Ya Tuhan,begitu indah setiap detik tarbiah yang Engkau susun dan aturkan. terkadang kita terlalu menjaga hati seseorang sampai terlupa kita hak kita kepada pencipta sampailah satu masa Dia mengambil segala-galanya kerana terlupa menjaga akan hak kita dengan Nya iaitu selalu meletakkan Nya melebihi segala-galanya... semuanya bermula dengan Ikhlas,tanpa Ikhlas hilanglah segala-galanya...


*rupa2nya mimpi disana menjadi kenyataan... cuma satu nasihat untuk diri dan semua...BERSEDERHANALAH KETIKA MANIS... kerana ALLAH SWT terkadang menguji kita dgn menarik kemanisan tersebut ketika kita terlalu leka dgn asyiknya manis. Ya Tuhan indahnya tarbiah darimu,menarik hamba-hambaMu yang terleka...apa-apapun perjalanan masih jauh... terima kasih kepada 'pelampung2' yang telah cuba menyelamatkan diri daripada lemas... ketahuilah,pelampung tersebut walaupun tidak semahal kapal layar @ bot-bot besar,ia sebenarnya lebih bernilai kerana disitu ia mampu menyelamatkan nyawa-nyawa anak-anak kapal yang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada mati tenggelam kelemasan...


*pakcik,betullah mimpi tu,kita berpisah dgn keadaan dan suasana yang sgt bermakna & sayu,dan itulah keyataannya yang berlaku di dunia permainan yang kita alami sekarang... Faqodib tulial mu'minuuna wazalzilu zilzalan syadida(disitulah org mukmin diuji dgn sekeras-keras goncangan)... apa-apapun perjalan masih jauh,perjalan bukan baru bermula,tetapi telah lama bermula,cuma kita terleka & terlupa yang kita sepatutnya meneruskan perjalanan tersebut... doa-doakan saya selalu... InsyaALLAH,kita berjumpa di 'puncak' sana bersama sahabat-sahabat kita yang lain...

Friday, May 6, 2011

Teruskan Berjalan wahai Salik


manusia memandang sesuatu dari sudut yang berbeza
Namun pada pandangan DIA,
Semuanya adalah sama,namun tidak serupa
kerana DIA memiliki semuanya
Maha Mengetahui segala makna di dalam makna....

Dan kita?
Teruskan mentafsir,mencari erti sebuah makna
biarpun beribu,biarpun berjuta
kerana kita hanya manusia
yang selalu terleka
dalam mencari sebuah makna

*Puisi ini pernah dipost satu masa dulu...

Wednesday, March 23, 2011

jenis burung manakah anda?

(burung hantu aka an Owl)

"Seekor burung hantu yang bijaksana duduk di sebatang dahan,
Semakin banyak ia melihat,semakin sedikit ia berbicara.
Semakin sedikit ia berbicara ,semakin banyak ia mendengar...
Mengapa kita tidak seperti burung hantu yang bijaksana itu?"


Terjumpa quote ni dalam buku...sejak akhir2 ni memang tertarik dengan gambar-gambar burung hantu... maybe ada simbolik yg tersendiri & maybe juga kerana sifatnya yg 'pendiam' dan penuh dengan sifat2 'mistik' yang susah kita ketahui...ngeh3x... kalau org putih dia ada simbolik bird of prey,kaum cina burung api(phoneix),kalau india simboliknya merak & etc2 lagi lah... anda pula???

Sunday, March 20, 2011

Pungguk Yang Ceria menanti Takdirnya

Pungguk itu...
Besar impiannya
Merindui bayangan bulan
Yang tak pasti menjadi nyata
Sampai terlupa cintanya dusta
Ditipu ia dengan alam semesta
Yang hakikatnya
Semua itu dari Sang Pencipta

Pungguk itu...
Rebah ia mengenang nasibnya
Mengenang dirinya ditipu dunia
Dirinya redha akan takdirnya
Menolak sang purnama demi cinta yang setia
Terkorban nafsunya kerana Cinta
Menjadi pedoman si pemburu Cinta

(Pungguk Tersenyum ceria,menunggu takdirnya dari Sang Pencipta,Meredhai apa yang diberikan kepadanya)
*Pungguk sedang belajar bercinta kerana cinta... hehehee

Saturday, March 19, 2011

The dead Owl


Burung itu
Tersungkur rebah menyentuh bumi
Meredai setiap apa yang ditakdirkan Ilahi
Kerana dia hanyalah seekor burung
Yang tak mampu untuk terbang lebih tinggi
Menggapai langit yang tinggi berdiri
Lalu matinya memberi makna yang sangat bererti
Pengorbanan jiwa yang tulus & suci
Untuk pedoman yang bakal menanti
Bagi perjalanan sang pencari erti


*Ntahla apa yg aku tulisni... xpaham...

Wednesday, March 16, 2011

Tersenyum


Manusia...Terkadang Tersenyum,terkadang Tertawa...Adakalanya,kita hanya melihat,adakalanya,kita hanya mendengar dan adakalanya,kita tidak melihat apatah lagi untuk mendengar? Namun,fitrah kita sebagai manusia kita telupa untuk memerhati, kita terlupa untuk menghayati setiap apa yang dilihat dan setiap apa yg didengar Begitulah Takdir Ilahi... Adakah semua yang berlaku ini kebetulan??? Tiba-tiba satu suara bertanya...

Tersenyum sendiri bila teringat satu cerita yg bertajuk 'Kung Fu Panda',melihat sang kura-kura mengingatkan murid2nya:"Tiada kebetulan dalam kehidupan" membuatkan bibir lebih bertenaga untuk melebarkan senyuman,membuatkan muka lebih ceria mengukir gambaran keceriaan apatah lagi bila mengetahui dan diakui sendiri oleh sang hati yang akhirnya berkata-kata seorang diri...."Ya,ini sememangnya petunjuk dari Ilahi,Sang Pencipta,Ya Robbul Izzati"

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (138)
Al-Baqarah 138


*adakah filem-filem yang direka manusia itu adalah satu kebetulan? tersenyum sendiri memikirkan jawapan...teringat kalimah La Ila Ha ILLALLAH,Muhammadan Rasulullah...


--->Teringat cerita SAW 1,SAW 2,SAW3 & SAW2 yg seterusnya...byk jugak signal2 & petunjuk2 yang kita boleh relatekan dalam kehidupan.....kerana apa? Kerana semua yg berlaku tidak lari dari petunjuk dan ketentuanNYA,sudah sedia terkandung di dalam AL-Quran...cuma kita lupa menilai dan menghayati... kerana kita Manusia........

Sunday, March 13, 2011

Cahaya


Cahaya itu...
Terkadang kita terlalu buta untuk melihat
Mungkin kerana cahayanya Yang terlalu kuat

Namun...
Jika kena caranya
Jika kena pengamatannya
Jika segala jika diambil kira
Kita mungkin akan memahami fungsinya
Tetapi mungkin tidak sedar akan maksudnya

Terkadang,ada juga dikalangan kita
Yang menjadi buta
Kerana terlalu asyik memandang cahaya
Yang akhirnya menelan dirinya
Kerana terlalu taksub pada fungsinya
Sampai terlupa maksud asalnya

Mungkin Kerana kita
Hanyalah Manusia yang bergelar Hamba...


*Fungsi cahaya pada pandangan umum adalah untuk menyuluh,maksud menyuluh adalah untuk menerangi,bila sesuatu itu telah disuluh dengan terang,maka akan nampaklah apa yang tidak kita nampak,akan nampaklah apa yang dicari...bila bertemu apa yang dicari,fahamlah kita akan erti di dalam erti,makna didalam makna...selamat mengamati cahaya... terkadang,mata boleh sakit,terkadang mata boleh terpinar.....

Saturday, March 12, 2011

Arghhhhh...mai dah,mai dah...

(kadang-kadang sebuah gambar boleh menterjemahkan hikmah2 yang sangat-sangat tersirat,itulah seni di dalam seni)

Adeih....

adeih...penat memerah otak,sudahpun menaip berperenggan-renggan tiba-tiba bateri laptop habis... itulah....kalau ALLAH SWT x mengizinkan,semua takkan jadi... tapi,setiap apa yang ditakdirkannya berlaku, pasti akan berlaku dan begitulah sebaliknya...
*teringat pesan murobbi ustaz Zulkifli Haji Ismail... "kullu minal habibil khoir"

سُوۡرَةُ الفَجر
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى
(٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)


*addoooiiii,bakpola ado sokmo deja vu ni?
poning,poninggg..........................

Monday, February 28, 2011

Letih,Penat

Adakalanya,gambar itu membawa seribu makna
manusia memandang sesuatu dari sudut yang berbeza
Namun pada pandangan DIA,
Semuanya adalah sama,namun tidak serupa
kerana DIA memiliki semuanya
Maha Mengetahui segala makna di dalam makna....

Dan kita?
Teruskan mentafsir,mencari erti sebuah makna
biarpun beribu,biarpun berjuta
kerana kita hanya manusia
yang selalu terleka
dalam mencari sebuah makna

"Alastumirrobbikum"
"Qallu Bala Syahidna"

sila klik:
Ya ArhamarRohimin

Saturday, February 26, 2011

.:Kosong:.

post yang kosong... sekosong apa yg sedang difikirkan.... "Kullu minal Habibil Khoir"....

*seorang hamba ALLAH pernah berkata2...-"Sesunguhnya dalam terowong yang gelap,ada cahaya yang menunggu di penghujungnya,Berjalanlah...."