Text


Friday, March 27, 2009

"Pembubaran Kerajaan"

Sedar tak sedar. Dah hampir 2 tahun 'kerajaan de-motivation' memerintah dalam diri saya. Erm, terlalu banyak perubahan dan pembaharuan negatif yang telah dilakukan oleh kerajaan de-motivation ni. Hari ni, ternyata hari yg bermakna kerana ia telah yang membongkarkan kebrokbrokan pemerintahan kerajaan de-motivationn ke atas diri saya lantas memaksa untuk saya untuk membubarkan parlimen & membuat satu 'pilihanraya antara kerajaan motivation & kerajaan de-motivation.

Antara perubahan akibat dari rampasan kuasa oleh kerajaan de-motivation pada penggal lepas:
i)low performance
ii)malas berusaha
iii)suka menyalahkan suasana
iv)Spoon Feeding
v)more talk than action
vi)loafting
vii)lupa matlamat
viii) dan byk lagi kesan2 negative
terbaru, saya didapati failed untuk subjek module 11 walaupun dah 3 kali ambik exam ni...

kesan daripada itu, maka kerajaan lama terpaksa dirombak bagi tujuan melantik 'kerajaan' baru. mudah-mudahan, kerajaan baru yg bertapak mampu mengembalikan semangat saya untuk mengejar matlamat yang lama terkulai layu...

testimonial kerajaan MOTIVATION
i)Kebergantungan yang jitu dan padu pada IlAHI
ii)Meletakkan Matlamat & target(Jika tak ada target, tak ada matlamat, bila berdepan halangan kita akan terdorong untuk berhenti berusaha.)
iii)menyedarkan tentang taklifan diri
iv)memaksa supaya berusaha dan menanam keazaman untuk berjaya
v)menukar de-motivation situation into motivation
vi)Memberi semangat ketika emosi negatif menyerang
vii)Mengawal emosi dan menghalang emosi mengawal diri
viii)sentiasa improve diri, kena sentiasa memperbaiki diri, buat dengan lebih baik dari yang lepas dan jangan berhenti sehingga kejayaan benar-benar dapat dicapai
ix)Dan byk lagi motivation factors


"Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi Anda untuk muncul jadi orang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi Anda serta merta."


Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Wednesday, March 25, 2009

AKU CABAR!!!!!

"Ah!!! pedulikan cabaran yang ada di depan mung!!! Perjuangan mesti diteruskan... Mung dipilih, pahtu mung memilih dan mung terpilih dikalangan manusia2 yang dipilih... CABARAN ITU BODOH sebab ia cuba membodohkan mung, kalu mung tewas, maknanya mung lagi BODOH dari cabaran tu!!!"

Ya itulah bisikan hati mung yang perlu mung dengar... tanda hati mung dah mula dewasa, dah mula kenal yang mana batu dan yang mana kayu... Igt matlamat dan keazaman mung dulu... Ya, betul, mung meme pernah jatuh, jatuh yang x tahu adakah mung akan bangun lagi... harapan mung dulu memang benar2 mula layu... mung nk berjaya, tapi mung malah, usaha mung terkulai layu, hanyut bersama cabaran2 bodoh yang cuba mengundang kecundang ko diri mung...

Ingat, dulu mung pernah berdiri megah, ya semengah-mengahnya. kenapa mung nak robohkan kemegahan tu? sebab cabaran2 bodoh yang mung terpaksa lalui? ingat "tanpa cuba melangkah, mung xkan kemana!". Aku cabar mung! aku cabar mung! aku cabar mung!!!

Aku ingat, dulu mung pasang azam, azam setinggi gunung. Azam yang mung sediri bina, memang sesuai dgn keiginan dan kehendak mung. Tapi mung sering lupa, lupa sebab mung tewas dgn cabaran2 bodoh. Ya meme cabaran bodoh yang mng sendiri x tahu, adakah cabaran tu nak menguji kebodohan @ kebijaksanaan mung... Namun. loni, mung dah sedar. mung dah byk diperbodohkan oleh cabaran2 bodoh tu... Ingat, kembalilah, kembalilah, kembalilah!!!!!

AKU BERSUMPAH, BERSUMPAH DEMI YANG MAHA PENCIPTA... WALAUPUN SEKUAT MANA CABARAN YANG TERPAKSA AKU TEMPUH, AKU AKAN TERUS MELANGKAH, MELANGKAH DAN TERUS MELANGKAH... KEMBALI MENEBUS SEMUANYA!!!

AKU MENCABAR DIRI AKU!!!
Matlamat aku->Lisence Aircraft Maintenance Enggineer + ISLAM!!!

AKU MENCABAR DIRI AKU!!!
Aku mesti dapat LAME dan mesti further my study dalam bidang keagamaan...Aku nk sambung pengajian dalam bidang Usuluddin... x kira lagumana...aku mesti buat selapas aku dapat Lisence!!!

AKU CABAR DIRI AKU!!! Aku harap, semua sudi mencabar aku...

Detik 10:53pm(25 Mac 2009)

syukran jiddan to Haji Talib, The Instructor of the Human Factors(Haji Talib mampu dapat Master selepas jadi LAME,Takkan mung x leh???). AHH!!! Aku buleh!!!!!

Standing in the eye of the world... "Dakwah bil hal"

Who Will Win???

(Dr Zambry Abdul Kadir )

Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi
menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil
Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama
calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak
tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak
rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang
dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar



Erm... Tertarik... amat tertarik dengan landskap politik Malaysia sejak akhir-akhir ini... saya hanya mampu tersenyum sambil berbisik di dalam hati "Inilah Strategi"...

(Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)

p/s: Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, amat saya segani dan kagumi,mampu menguasai bidang ilmu agama Islam dan juga bidang ilmu keduniaan... Tak seperti kebanyakan pemimpin biasa,beliau mampu mendidik kesemua anak-anaknya untuk belajar dalam bidang agama dan terdidik berlandskapkan moral2 keISLAMan. Tak lupa juga, beliau mampu mengusai lebih kurang 6 bahasa. Teringat sirah terdahulu... Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang pemimpin yang bijak merancang strategi dan juga mampu menguasai byk bahasa... saya bagaimana??? Bahasa Ingeris pun tunggang langgang...hehehee(pasni kena usaha blajar B.I betul2, bukan kerana untuk menjanjung bahasa mereka, tapi sebagai Platform utk Islam... X lupa juga bahasa ARAB yg mesti dikuasai, harapnya diberi kesempatan)

Saturday, March 21, 2009

Nostalgia

huhuuhuuu...

Terkenang memori lama2 dulu... berbeza betul aku dulu dgn skang...
time ting 5 dulu, pantang tengok kalendar, tgk je jadi cuak,tgk je jadi cuak... tapi skang, kalendar dah x bawa apa2 makna dah kt aku... mana xnya, aku sendiri pun x tahu when is the time for the next exam...tahu2 je,minggu depan, tahu2 je bulan depan... kalau gitu ok lagi... ada lak tyme2 nya... bila dah baik punya preparation, tetiba lak postpone...wawawawa... ni esok ada exam, ntahla aku nk jawab apa... tahu2 je, next month exam(time 1st time dpt tahu remedial exam for module 11). time tu,dah jadi mcm hamster dalam sangkar dah, x tahu nk buat apa, balik2 main roda, balik2 pusing roda. Almaklumlah,dah lama tinggal subjek tu,for almost one year... dahla 5 module. satu modul lak setebal yang aku sendiri pun x tahu berapa ukurannya... mana xnya, aku dulu,time ting 5, selalu buat preparation utk spm. malah seingat aku,tidur cuma 3 jam sehari(mantap time tu)... maklumlah,dulu lain,skarang lain. dulu xdak roll call2 ni,skang dah advance sikit, ada roll call,setiap malam lak tu... yang sedihnya,aku lak ditaklifkan jadi skuad leader(hehehee,ada byk kelebihan ni)... tapi bukan ni yang aku nk bangkitkan kat sini.

adeih... tapi kan, bila fikir2 balik... ada makna semuanya ni, ada sebabnya kenapa tuhan takdirkan begini pada aku, sbb aku tahu,ada sesuatu yg Dia nk tunjukkan dan itu termasukdalam rahsiaNya yg aku sendiri pun x tahu... but, tadi adalah aku terjumpa sedikit sebanyakyg mungkin jawapan terhadap apa yg berlaku... dan klu nya. "kembalilah kepada tuhanMu"(kembali kt sini bkn makna mati lagi, tapi kembali kt sini maknanya bergantunglah pada ALLAH SWT...but at last but not least,aku akn mati juga,tapi tak tahu bila,dan harapnya,biarlah dalam husnul khatimah...aku rindukan syahid(^^,)/ )


after this...aku kena kembali jadi diri aku yg positif time ting 5 dulu...rindu sgt2 time tu...huhuhuuu...

Friday, March 20, 2009

Perindu Syahid!!!

Ketika air mata menjadi darah,
dan perjuangan menjadi sumpah
Dan syahid diangkat ke langit sebanyak retak-retak di bumi yang merekah
Hatikah atau batukah itu di dalam dada,
yang masih belum tersentuh?
Matakah atau kayukah yang tersembul di kepala,
yang masih belum melihat?
Jasadkah atau mayatkah yang memangku nyawa?
yang masih mematung beku?
Kami meneguk bara dan memuntahkan api Takbir dan gema suara malaikat mengiringi
"Kukucup bumi suci, kusahut lambaian di langit sana bidadari"

-Wahai perindu syahid! Saatnya untuk bangkit!

p/s:"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Thursday, March 19, 2009

Re-Exam???



Huarghhh!!!!!!!!!

what happen to me??? This Saturday,i'm going to sit for the re-exam on cat A module 11(theory of Flight,aircraft system,landing gear and etc)... until now, i'm try to open and study about that subject, but... huh,almost 5 modules... maybe sbb saya dah tinggalkan subject ni for almost 1 year and above, that why, its seem like too hard for me to recall it back...

actually, bila saya fikirkan balik, ntahla who should be blame... either me or management? as i know, sepatutnya exam ni dah lama perlu dijalankan, lagipun, for this subject only, we need to have our practical hours with the aircraft... it seem not too fair to us because we need to understand the complex system of the aircraft throught the picture... is it nonsense right?
but thank god, Mr.Auw Ting Li, the trainees manager, willingly to teach us about this subject, but it still not enough time for us to understand that topic(lagi2 kami ni dalam bidang Engineering & bkal pelapis kepada License Aircraft Maintenance Engineer for MAS)



Therefore, our remedial class also not enough utk kami igt balik apa yg kami dah belajar ditambah pula dgn topik2 yang belum habis di discuss lagi, erm, 50-50 nih... apa2pun, lets ALLAH menentukan segala-galanya(but,ALLAH x akn mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha utk merubahnya... dan semuanya dgn perkenan dan izin dari ALLAH SWT)... jgn salah gunakan konsep tawakkal... and i'm sure, mesti ada sbb2 tertentu kenapa ALLAH SWT mentakdirkan situasini for us... Redha is the best solution...hehehee

p/s: Baju Tarbiah masih lagi dijalankan, kpada sesiapa yg berminat, boleh la contact kami... help us to collect a fund for ISLAM...